Bahasa Isyarat Bayi? Ini Cara Yang Betul Untuk Bercakap Dengan Si Manja Wajib Ibu Ayah Tahu

Tahukah anda salah satu cara untuk berkomunikasi dengan bayi yang sangat berkesan ialah melalui penggunaan bahasa isyarat bayi? Ha... apa itu?

Tahukah anda bayi sudah boleh berkomunikasi dengan anda tanpa membuka mulutnya? Pernahkah anda dengar tentang baby signing atau bahasa isyarat bayi?

Sebenarnya, menggunakan bahasa isyarat untuk berkumunikasi dengan anak yang masih belum pandai bercakap ini sangat berkesan!

Idea menggunakan bahasa isyarat bermula dari Joseph Garcia, apabila dia mendapati ibu bapa pekak masih dapat berinteraksi bersama bayi mereka dengan berkesan.

Apakah kesannya pada perkembangan pertuturan bayi

Sebagai ibu ayah saat menantikan bayi mula bercakap adalah saat yang ditunggu-tunggu. Gunakan bahasa yang mudah dan penggunaan suara yang menarik sewaktu bercakap atau bermain dengan mereka. Anda juga boleh menarik minat mereka dengan mengajak mereka berbual semasa bermain.

Berikut adalah beberapa kesan bahasa isyarat kepada perkembangan pertuturan bayi:

1) Kurangkan kekecewaan si manja

Proses untuk memahami tanda atau isyarat dari si manja memerlukan kesabaran yang tinggi. Walaupun dengan beberapa isyarat mudah seperti makan, minum, terima kasih dan tolong. Latih bayi anda dengan beberapa pergerakkan mudah dan membiasakannya untuk mengunakan isyarat itu supaya mereka tidak menangis atau berasa kecewa. Bahasa isyarat dapat mengajar bayi anda untuk menyampaikan apa yang mereka rasa pada ketika itu. Ini lebih memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan mereka.

2) Meningkatkan kemahiran pertuturan

Jangan bimbang untuk mengajar kemahiran bahasa isyarat akan menganggu kemahiran bertutur yang normal. Sebaliknya bahasa isyarat dapat meningkatkan bahasa dan perbendaharaan kata malah membantu bayi untuk berkomunikasi sebelum mereka boleh bercakap.

3) Mengeratkan hubungan antara bayi dengan ibu ayah

Tunjukkan yang anda suka untuk bercakap dengan mereka. Disamping itu, jadi model perbuatan yang hendak anda ajar. Jika mereka mempunyai masalah untuk meniru perbuatan tersebut, berikan bantuan secara fizikal. Sebagai contoh, pegang tangan merekan dan melambai-lambai. Secara tidak langsung anda boleh berkomunikasi dengan mereka dan juga membuatkan mereka akan lebih dengan dengan anda.

Cara yang betul menggunakan bahasa isyarat

Cuba mulakan dengan tanda yang bayi berminat. Biasanya bayi akan lebih cepat mempelajari pergerakkan berkaitan dengan makan. Cuba ibu ayah menggunakan perkataan yang berkaitan dengan makan dan tunjukkan pergerakkan sebagai tanda bahasa isyarat yang bayi boleh faham. Ulang setiap masa dengan tanda sama supaya bayi dapat melihat dan memahami dengan lebih jelas. Jadikan ini satu pengalaman yang menyeronokkan.

Nota: Keupayaan setiap bayi adalah berbeza-beza, ibu ayah perlu sabar dan jangan risau jika bayi anda lambat untuk mengikut apa yang anda ajarkan.

Berikut adalah beberapa contoh pergerakkan dan makna perkataan yang ibu ayah boleh ikut:

  • Makan, letakkan hujung jari di bibir
  • Takut, ketuk dada berulang kali
  • Semua hilang, gerakkan tangan, tapak tangan ke atas, ke belakang dan ke hadapan
  • Lapar, tunas jari tangan dan kemuadian arahkan ke mulut
  • Penat, tutup mata anda dan letakkan tangan di pipi seperti sedang tidur
  • Bosan, lihat di mata dan kemudian letakkan muka paling banyak

 Kemahiran motor seorang bayi berkembang lebih cepat dari kemahiran mereka untuk bertutur.

Contoh yang baik ialah apabila bayi boleh melambai sebelum dia boleh mengatakan kata-kata “hello” ataupun “bye-bye.”

Bahasa isyarat bayi: kebebasan memberitahu keperluan

Bahasa isyarat bayi untuk “makan”, sama seperti tangan menyuap nasi

Sememangnya bahasa isyarat adalah bahasa yang diterima di seluruh dunia dan ia ialah bahasa yang lengkap.

Tapi ini tidak bermakna ibu bapa perlu mengajar bayi bahasa isyarat dengan mendalam. Ibu bapa hanya perlu mengajar beberapa pergerakkan yang asas, supaya anak boleh menyatakan keperluannya seperti, makan, minum susu, tidur dan sebagainya.

Ramai orang suka cakap kalau ajar bayi bahasa isyarat nanti dia malas nak cakap pula!

Kajian katakan itu tidak benar dan “mengajar bahasa isyarat kepada kanak-kanak kecil sebenarnya boleh memberi manfaat kepada mereka yang belum pandai berbahasa.

Sebaliknya bahasa isyarat boleh membantu anak untuk bercakap lebih cepat dan mengembangkan perbendaharaan kata.

1. Ibu bapa rasa lebih yakin

Bahasa isyarat bayi untuk “minum”, sama seperti tangan mengangkat cawan ke mulut untuk minum

Yakin, kerana anda faham keperluan anak dan boleh memberi apa yang mereka perlukan dengan segera.

Contohnya kalau anak ingin minum dan melakukan pergerakkan tubuh badan untuk minum.

Ibu yang nampak boleh menyahut keperluan anak itu dengan segera berbanding ibu yang tidak faham kata-kata membebel. 

Ini akan mengurangkan rasa frus ketika menjaga anak kerana permintaan anak dapat di kabulkan. 

2. Membina ikatan yang lebih erat

Bahasa isyarat bayi untuk “ibu”, dengan tangan terbuka dan sentuh bahagian dagu

Pasti hati ibu akan lembut jika anak pandai panggil anda “ibu” bukan? Itu nama khas buat ibu saja!

Kalau nak tunggu bunyi kata-kata itu keluar dari mulut anak sendiri, anda mungkin perlu tunggu lebih lama.

Tetapi ini tidak bermakna bayi anda tidak boleh meluahkan perasaan sayang terhadap ibunya.

Anda juga boleh mengajar mereka isyarat untuk “I love you” setiap kali anda mendukung dan mencium mereka supaya mereka faham ikatan erat yang dibina.

Jangan terharu apabila mereka lakukan isyarat itu dengan tiba-tiba!

3. Komunikasi 2 hala 

Bahasa isyarat bayi untuk “tambah/lebih lagi”. Dekatkan semua jari sehingga bersentuhan untuk kedua-dua belah tangan. kemudian ketukan kedua-dua tangan bersama seperti ini.

Tujuan bahasa isyarat bayi ialah untuk menggalakkan komunikasi dua hala.

Apabila anak mula menggunakan bahasa isyarat untuk membalas, contohnya untuk “tambahkan/lebih banyak” makanan, dan ibunya faham permintaan anak, maka mulalah komunikasi dua hala ini.

Apabila mengajar bahasa isyarat, pastikan anda gunakan sambil bercakap.

Ini akan melatih bayi anda untuk melihat dan juga mendengar bunyi perkataan baru yang diajar.

Apabila anda meluangkan banyak masa untuk bercakap sambil berbahasa isyarat ini akan membantu perkembangan bahasa anak. 

4. Perkembangan kognitif

Dengan adanya kombinasi imej mental dan pergerakkan tangan serta bunyi perkataan, lama kelamaan anak akan mula faham maksud ibu.

Anak juga akan mula faham kaitan sebab dan akibat. Contohnya dia hanya akan dapat bermain dengan permainan yang diminta jika dia katakan “please” terlebih dahulu.

Walaupun, ini boleh mengambil masa yang lama, ia masih menunjukkan perkembagan kognitif anak yang positif.

Bagaimana mengajar bahasa isyarat bayi? 

Bahasa isyarat bayi untuk “thank you”. Hampir sama seperti mengajar anak untuk melakukan flying kiss tetapi dari dagunya

  • Anda boleh mula mengajar atau mengunakan bahasa badan dengan mereka pada bila-bila masa, tapi dia mungkin hanya boleh membalas sekitar umur 8-10 bulan.  
  • Mula dengan isyarat yang sering digunakan seperti “makan”, “minum” dan “tambah lagi” 
  • Ibu bapa perlu mengulangi isyarat itu setiap kali anda menyebutkannya supaya anak cepat faham. Contohnya semasa makan. Lakukan isyarat untuk “makan” kemudian beri sesuap makanan
  • Sentiasa beri perhatian pada anak apabila berbahasa isyarat dengan mereka. Pergerakan tangan mereka mungkin kurang jelas dan ibu bapa boleh terlepas pandang.
  • Yang paling penting semasa mengajar anak, ibu bapa kena tekun mengajar dan bersabar. Kadang-kadang anak mengambil masa yang lebih lama untuk belajar bahasa isyarat.
  • Ingat, jangan paksa mereka untuk belajar bahasa isyarat. Sebaliknya, gunakan cara yang seronok dan interaktif untuk memberi dorongan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

  1. Morinaga Platinum.(n.d).5 Baby’s body language and its meaning. https://morinagaplatinum.com/en/milestone/5-babys-body-language-and-its-meaning
  2. Nursery World. (2018,May). Non-verbal communication: babies – More than words. Non-verbal communication: babies – More than words. https://www.nurseryworld.co.uk/features/article/non-verbal-communication-babies-more-than-words

Baca juga: Ini Tanda Bayi Sedang Berkomunikasi Dengan Anda, Ibu Ayah Perlu Peka

Penulis

Rosanna Chio