Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu! Begitulah terjadi pada pasangan suami isteri ini yang mana idea untuk menukarkan bahasa dalam laman web www.vaksincovid.gov.my kepada bahasa Tamil membuatkannya menang dalam ‘pertempuran’ menempah slot janji temu vaksin AstraZeneca semalam.
Idea mereka yang di luar kotak mungkin timbul selepas keinginan dan kemahuan yang tinggi untuk menerima vaksin berkenaan bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dalam mewujudkan herd immunity.
Nasib menyebelahi pasangan ini apabila kaedah itu membolehkan mereka berdua dapat menempah slot temujanji untuk vaksin berkenaan, tahniah diucapkan kepada pasangan ini atas usaha dan idea mereka!
Bahasa Tamil jadi pilihan suami isteri tempah slot temujanji Astrazeneca
Walaupun tidak memahami bahasa berkenaan, pasangan ini cuba menukar bahasa kepada bahasa Tamil untuk menempah slot temujanji vaksin berkenaan. Mungkin selepas ini rakyat Malaysia yang lain boleh cuba nasib dengan cara sama untuk battle seterusnya.
Tak cuba tak tahu kan?
Punyalah battle rebut slot tadi, wife fedap lama tunggu, tukar bahasa tamil terus dpt slot, pukul 1 dia dapat. Berapa thn rahsia pandai bahasa tamil ni. Hahaha Alhamdulillah 2 2 dpt. Tak tahu dah tarikh, tmpt kat mana. Masing2 main tekan je.
Demikian dikongsikan lelaki berkenaan dalam laman Facebooknya setelah berjaya membuat tempahan janji temu pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca yang dibuka semalam.
Pada 2 Mei lalu, 260,000 slot tempahan janji temu bagi vaksin AstraZeneca pusingan pertama dibuka dan ia habis ditempah dalam masa hanya tiga jam saja.
Soalan lazim pemberian vaksin di Malaysia
#1. Bilakah saya akan tahu butiran mengenai temu janji saya?
Penerima vaksin akan mendapat pengesahan tarikh dan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan. Dalam tempoh dua minggu ini, penerima vaksin akan diberi peringatan sama ada melalui aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS.
#2. Saya telah mendaftar untuk vaksinasi. Berapa lama perlu saya menunggu untuk mendapatkan temu janji saya?
Temu janji akan diberikan secara berperingkat selaras dengan fasa yang telah dikenalpasti bagi seseorang individu. Penerima vaksin akan mendapat pengesahan tarikh dan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan.
#3. Bagaimana proses temu janji dilakukan?
Proses temu janji dilakukan apabila anda telah menjawab soalan saringan melalui aplikasi MySejahtera. Melalui proses tersebut pengesahan dibuat dalam menentukan kelayakan anda untuk menerima vaksin. Temu janji akan diatur mengikut fasa berdasarkan kategori masing-masing dan dimaklumkan melalui push notification.
#4. Adakah terdapat nombor hotline yang boleh saya hubungi bagi pertanyaan mengenai pendaftaran vaksin COVID-19?
Kamu boleh hubungi talian hotline 1800-888-828
#5. Saya mengalami darah tinggi dan kolestrol tetapi kini di bawah kawalan dan tidak perlu mengambil sebarang ubatan
Sila kunjungi seorang pegawai perubatan yang layak untuk mendapat pengesahan keadaan komorbiditi semasa.
Vaksin cegah kemasukan,kematian di hospital
Berita Harian sebelum ini melaporkan, dua dos suntikan vaksin Pfizer dan AstraZeneca memberikan tahap perlindungan yang serupa ke atas pesakit COVID-19 dijangkiti varian dari India B.1.617.2 dan varian United Kingdom (UK).
Hasil keputusan yang diperoleh itu sebagai ‘penemuan baharu’. Agensi Kesihatan Awam England (PHE) yang menjalankan kajian terbabit mengatakan, vaksin berkenaan mungkin lebih berkesan untuk mencegah kemasukan dan kematian di hospital.
Tidak mengandungi bahan daripada babi
Menurut Berita Harian juga, kerajaan mengesahkan vaksin Pfizer dan AstraZeneca tidak mengandungi sebarang ramuan bahan daripada babi seperti mana yang didakwa segelintir pihak.
Memetik Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, mengenai perkara itu kedua-dua vaksin berkenaan sudah dibuat semakan dan tidak mengandungan ramuan daripada babi seperti yang didakwa.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: berita harian, vaksincovid.gov.my, Rushdan Rashid
Kredit foto: astro awani, deposit photos
Baca juga: (Terkini) Garis Panduan Pemberian Vaksin Covid-19 Untuk Ibu Mengandung & Menyusu