Ibu ini menceritakan tentang bahaya car seat selepas anaknya hampir maut!

Ibu ini menceritakan tentang pengalaman ngeri yang dilaluinya sehingga menyebabkan anaknya hampir maut! Dia ingin mengingatkan ibu bapa tentang bahaya car seat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila seorang ibu Kristi Clark, meletakkan anaknya ke dalam car seat, dia tidak menyangka yang dia telah meletakkan anaknya dalam bahaya. Kristi telah belajar tentang bahaya car seat dengan pengalaman yang mengerikan ini.

Ibu kongsi amaran bahaya car seat selepas anaknya yang baru lahir hampir mati!

Peristiwa ngeri ini berlaku apabila mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Ia mengambil masa lebih lama dari biasa akibat kesesakan lalulintas. Sebaik sahaja mereka tiba di rumah, Kristi dan suaminya Christopher mengeluarkan anak pertama mereka dulu dan letakkan anaknya di bilik.

Bayi mereka, Harper duduk di dalam car seat sehingga mereka membawanya keluar apabila dia mula merengek. Mereka terkejut apabila melihat muka Harper yang telah 3 jam duduk di dalam car seat bertukar kebiruan dan hidung dan mulutnya mula membuih; dia terkena sawan!

Mereka bergegas membawa Harper ke hospital. Nasiblah doktor berjaya menyelamatkannya.

‘Melihatnya dalam keadaan seperti itu adalah perasaan yang paling teruk. Saya harap orang lain tidak mengalaminya’, kata Kristi.

Di hospital, mereka diberi amaran tentang bahaya meningglkan bayi di dalam car seat lebih dari satu jam, kerana selepas 60 minit, oksigen bayi boleh turun mendadak.

Ekoran kejadian ini, Kristi dan Christopher kini komited untuk memberitahu semua ibu bapa tentang bahaya car seat  yang selalu terlepas pandang.

Bahaya car seat yang ibu bapa patut tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti yang diceritakan, kehilangan oksigen boleh berlaku walaupun dalam car seat yang paling selamat. Sebuah kajian juga menekankan tentang bahaya meletakkan bayi di dalam car seat terlalu lama.

Sebuah lagi kajian mengkaji tentang perbandingan 200 bayi baru lahir yang mengalami perubahan pernafasam apabila diletakkan di car seat atau katil bayi. Pengkaji dari 2 kajian ini beresetuju kadar oksigen bayi boleh menurun dan pernafasan dan jantung boleh manik secara mendadak.

Lebih-lebih lagi, duduk dalam masa yang lama boleh mengakibatkan kesesakan dada dan memberi kesan kepada pernafasan mereka yang masih belum berkembang dengan sempurna.

Ini apa yang anda perlu lakukan untuk melindungi anak anda dari bahaya car seat:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Bahaya car seat: Awasi bayi anda

Walaupun anda sentiasa meletakkan bayi di dalam car seat tanpa sebarang kemalangan, jangan ambil mudah. Sentiasa berjaga-jaga dan menjaga keselematan anak anda.

Lihat anak anda melalui cermin pandang belakang atau lebih elok, pastikan anda orang yang duduk di sebelah mereka kerana car seat yang menghadap ke belakang adalah loma kali lebih selamat jika berlaku sebarang kemalangan.

2. Kenali bahasa isyarat bayi anda

Adakah bayi anda terlebih lasak dan menendang sana sini? Anda lebih kenal dengan anak anda, jadi anda tahu apabila ada sesuatu yang tidak kena.
Percaya gerak hati anda dan jangan terlepas pandang jika ada bunyi atau pergerakan yang pelik, ataupun bayi anda diam.

3. Beli alat perlindungan

Membeli monitor pernafasan dan pergerakan boleh memberi anda ketenangan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi monitor bayi yang boleh membantu anda memerhatikan anak anda.
 
Walaupun memandu jarak jauh bersama bayi anda tidak selalunya bahaya, kalau boleh anda patut mengelakkan membawa bayi anda terlalu kerap, lebih-lebih lagi jika bayi anda lahir pra-matang.

Sudah tentu car seat adalah penting. Baru-baru ini seorang bayi maut tercampak keluar kereta dari pangkuan ayahnya gara-gara tidak diletakkan di car seat. Tapi pada masa yang sama anda patut memastikan keselamatan anak anda.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : theAsianparent Singapore

Baca juga:

Penulis

Nadia Ghafar