X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu beri amaran bahaya yang sering dibuat ibu bapa hingga car seat bayi terbakar!

7 Feb, 2018
Ibu beri amaran bahaya yang sering dibuat ibu bapa hingga car seat bayi terbakar!

Seorang ibu telah berkongsi pengalamannya di Facebook sebagai amaran kepada semua ibu bapa tentang bahaya menggunakan cermin keselamatan bersama car seat!

Ibu bapa perlu memastikan semua peralatan bayi dipasang dengan betul. Ini termasuklah car seat untuk bayi, bahkan cermin keselamatan yang dipasang khas supaya ibu bapa boleh melihat bayi mereka yang masih menghala ke belakang.

Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi kisahnya di Facebook selepas car seat untuk bayi yang dianggapnya selamat itu tiba-tiba telah terbakar!

Dia berharap pengalamannya ini boleh menjadi peringatan kepada semua ibu bapa. Mari selami apakah kepentingan membaca dan mengikut cara betul apabila memasangkan peralatan bayi. 

car seat untuk bayi, cara pasang car seat, cara pasang car seat dengan betul, car seat

Car seat untuk bayi terbakar akibat pantulan cahaya matahari dari cermin keselamatan!

Beginilah kisah Amanda DeAngelis tersebut:

“Ini car seat untuk bayi saya. Ia sedang berasap akibat cermin keselamatan yang dipasang di belakang kerusi supaya saya dapat melihat anak saya.
 
Saya baru sahaja mengeluarkan bayi saya apabila terhidu bau asap dan melihat asap yang tiba-tiba naik dari car seat bayi saya, ” katanya dalam video rakaman tersebut sambil memberitahu car seat itu telah terbakar akibat pantulan cahaya matahari dari cermin keselamatan.
 
car seat untuk bayi, cara pasang car seat, cara pasang car seat dengan betul, car seat

Sumber: Tangkap layar dari post Facebook Amanda Kenny DeAngelis

Berserta dengan postnya itu adalah gambar bersiri dan klip video yang menunjukkan kain car seat untuk bayi itu telah terbakar.

“Nasib baik pada hari itu saya nak cepat-cepat masuk ke rumah kerana biasanya saya akan duduk dalam kereta sambil menyemak e-mel dan membalas teks jika Mila sedang tidur.

Bayangkan betapa terkejutnya saya! Sudah bertahun-tahun semua anak saya menggunakan car seat untuk bayi bersama dengan cermin keselamatan, kami tidak pernah mengalami sebarang kemalangan seperti ini! Seram! “

Car seat untuk bayi terbakar – Mengapa ia terjadi?

car seat untuk bayi, cara pasang car seat, cara pasang car seat dengan betul, car seat

Sumber gambar: post Facebook Amanda Kenny DeAngelis

Selepas cerita Amanda dimuat naik, Amanda telah menerima pelbagai respons dari netizen. Ada yang mengucapkan terima kasih atas amaran tersebut, tapi ada juga yang marah dan mengecam ibu itu sambil menyalahkannya memasang cermin keselamatan dengan salah.

 
“Ia bukan kesalahan pengeluar. Ini adalah kesilapan pengguna,” kata seorang pembaca memberi ulasan.
 
“Car seat untuk bayi terbakar disebabkan penggunaan peralatan bayi yang salah. Anda tidak sepatutnya meletakkan kereta di bawah matahari yang terik sehingga ia boleh membakar bayi anda!” kata seorang lagi.

Oleh kerana ini kejadian semulajadi, ramai yang menasihatkan ibu itu supaya berhati-hati dan fikirkan tempat yang lebih sesuai untuk meletakkan keretanya pada masa depan.

Bagaimana memastikan cermin keselamatan yang dipasang benar-benar selamat?

“Saya bukan nak menyalahkan siapa-siapa. Saya cuma ingin memberi amaran kepada semua ibu bapa tentang kemungkinan ini,” jelas Amanda selepas postnya telah dikongsi lebih dari 82,000 kali di Facebook.

“Saya betul-betul tidak pernah terfikir cermin itu akan menyebabkan kebakaran! Anda boleh melakukan apa sahaja dengan maklumat ini – tetapi jangan kecam saya!“

Tak kira apa pendirian ibu bapa sekalian, kita masih boleh mengambil pengalaman ini sebagai peringatan kerana ini soal keselamatan anak kita sendiri.

Jika ibu bapa tidak pasti cara betul untuk memasangkan cermin keselamatan anak, cuba tengok video di bawah.

Sebagai langkah keselamatan, elakkan dari meletakkan kereta di bawah matahari yang panas terik.

 

 

 

Sumber:  Amanda Kenny DeAngelis

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 Kesilapan Car Seat Anak Yang Paling Teruk Ibu Bapa Selalu Buat

 

Stories Rakan Kongsi
Parenting styles: What can Malaysian parents learn from the Japanese?
Parenting styles: What can Malaysian parents learn from the Japanese?
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu beri amaran bahaya yang sering dibuat ibu bapa hingga car seat bayi terbakar!
Kongsikan:
  • Ayah, ibu... kenapa tak beli carseat untuk saya lagi? Ambil pengajaran dari kisah ini!

    Ayah, ibu... kenapa tak beli carseat untuk saya lagi? Ambil pengajaran dari kisah ini!

  • Cara Pasang Car Seat Salah? Ini 5 Kesilapan Car Seat Anak Yang Ibu Bapa Selalu Buat

    Cara Pasang Car Seat Salah? Ini 5 Kesilapan Car Seat Anak Yang Ibu Bapa Selalu Buat

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Ayah, ibu... kenapa tak beli carseat untuk saya lagi? Ambil pengajaran dari kisah ini!

    Ayah, ibu... kenapa tak beli carseat untuk saya lagi? Ambil pengajaran dari kisah ini!

  • Cara Pasang Car Seat Salah? Ini 5 Kesilapan Car Seat Anak Yang Ibu Bapa Selalu Buat

    Cara Pasang Car Seat Salah? Ini 5 Kesilapan Car Seat Anak Yang Ibu Bapa Selalu Buat

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.