Ciuman Mampu Meningkatkan Kemesraan, Namun Ia Mengundang 7 Jenis Penyakit Ini

Bermanja dengan pasangan tidak salah, malah disarankan untuk melakukannya pada setiap hari. Namun, sedarkah anda bahawa bahaya ciuman terhadap kesihatan?

Bercium adalah tindakan semula jadi jika bersama pasangan atau keluarga terdekat untuk menunjukkan perasaan kasih sayang. Namun, kajian mendapati bahaya ciuman jika anda melakukannya secara lebih kerap.

Tidak dinafikan, kucupan mesra boleh meningkatkan kesihatan mental untuk anda kekal positif dan lebih bersemangat menghadapi perjalanan harian.

Bahaya ciuman mengundang penyakit

credit to sources

Menyentuh perkongsian dari Healthline, tabiat mencium pasangan berupaya memberikan ketenangan serta melepaskan segala tekanan yang dialami.

Hal ini kerana apabila bibir mencium salah satu anggota badan, otak akan melepaskan hormon oxytocin, dopamin atau serotonin. Ia adalah kumpulan hormon yang lebih dikenali sebagai hormon gembira.

Di samping itu, kepelbagaian hormon ini akan membuatkan seseorang berasa lebih bahagia dan menggalakkan nilai kasih sayang antara suami isteri.

Walau bagaimanapun di sebalik manfaat ciuman ini, ia turut memiliki beberapa aspek bahaya terhadap kesihatan diri. Antaranya ialah:

#1. Influenza

Virus selesema boleh tersebar melalui air liur, makanan dan udara. Apabila anda mencium pasangan, virus ini akan terkumpul dalam air liur dan boleh merebak dengan mudah.

Oleh itu, hal yang perlu anda elakkan adalah tidak mendekati pasangan ketika sedang mengalami selesema ataupun demam. Sudah mestinya hati tidak akan sanggup melihat orang tercinta jatuh sakit, kan?

Bagi mengelakkan penyebaran kuman di dalam mulut, anda dinasihatkan untuk menggosokkan gigi terlebih dahulu atau berkumur menggunakan cecair pembersih mulut.

#2. Masalah gigi berlubang

credit to sources

Hampir sama dengan selesema, gigi berlubang juga disebabkan oleh bakteria yang bergerak melalui air liur. Menurut perkongsian dari Self, air liur berfungsi mengekalkan keseimbangan pH mulut untuk bakteria baik dan buruk.

Walau bagaimanapun, pada satu masa, keseimbangan akan terganggu ketika anda menikmati hidangan makanan manis yang tinggi dengan gula. Ia boleh mengaktifkan bahan asid dan menyebabkan kerosakan pada gigi.

Bakteria yang menjejaskan kesihatan gigi adalah Streptococcus mutans dan Streptococcus sobrinus.

” Bakteria ini bukan sahaja melekat pada gigi tetapi juga dalam air liur. Sama seperti selesema, bakteria ini boleh merebak, ” kata Emanuel Layliev, dari Pusat Perubatan Gigi Kosmetik New York City.

Menurut Layliev, bakteria ini dapat disebarkan sekiranya anda berciuman kerana ia menyebabkan berlakunya hubungan air liur dan pemindahan bakteria.

#3. Penyakit kelamin (sifilis)

Siapa sangka sifilis boleh terjadi melalui seks oral? Penyakit kelamin boleh terjadi melalui aktiviti seksual termasuklan berciuman.

Satu ciri sifilis ialah kehadiran luka pada bibir. Mencium boleh menyebarkan virus secara langsung kepada pasangan. Jadi, elakkan melakukan aktiviti seksual sekiranya anda menghidapi gejala penyakit kelamin ini.

#4. Herpes

Herpes adalah jangkitan yang disebabkan oleh sekumpulan virus herpes. Jangkitan virus ini boleh menyebabkan luka atau cacar di bahagian tertentu badan.

Virus ini dihantar melalui manusia ke manusia iaitu hubungan fizikal seperti mencium atau seks bersama pasangan. Menurut Flo, terdapat dua jenis virus herpes iaitu HSV-1 (herpes oral) dan HSV-2 (herpes genital).

Kedua-dua jenis virus ini hidup dalam sel saraf dalam keadaan tidak aktif untuk beberapa waktu. Apabila ia aktif akan menular melalui air liur atau bentuk cairan tubuh yang lain.

Orang yang dijangkiti tidak mengalami gejala herpes kerana ia memerlukan sedikit masa. Jika anda dijangkiti virus herpes simplex, ia akan terus bersarang di dalam badan dan menyebabkan jangkitan lain.

#5. Penyakit gusi

Bahaya ciuman juga boleh menjejaskan kesihatan gusi. Ia menyebabkan gusi menjadi bengkak, kemerahan dan berdarah.

Bagi seorang ibu, anda perlu mengelakkan dari berkongsi peralatan dengan si manja kerana bakteria boleh merebak sekiranya kesihatan gusi telah terjejas.

Untuk membunuh bakteria, anda disarankan mengambil makanan tinggi kalsium, mengurangkan makanan manis dan sentiasa gosok gigi dengan betul.

#6. Hepatitis B

credit to sources

Virus hepatitis B sebenarnya boleh disebarkan melalui darah. Menurut Better Health, ia dapat disebarkan melalui ciuman ketika air liur seseorang pesakit tercemar dengan darah.

Ini boleh berlaku jika pesakit hepatitis B mengalami luka atau gangguan gusi yang cedera. Risiko ini semakin bertambah apabila pasangan yang tidak mempunyai hepatitis B mempunyai luka di bibir.

Ia memudahkan virus memasuki aliran darah atau membran mukus yang terdapat di pelbagai bahagian badan termasuk rongga mulut dan hidung.

Apabila dijangkiti virus ini, seseorang akan mengalami disfungsi hati yang serius.

#7. Meningitis

Meningitis atau radang selaput otak disebabkan oleh infeksi virus meningitis. Menurut HealthLine, penularan virus ini terjadi kerana kontak secara langsung atau tidak langsung dari pessakit.

Risiko penyebaran menjadi lebih tinggi jika anda terkena air liur, cecair hidung atau najis.

Sumber: Popbela, Tirto

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comjenis-ciuman