AWAS, Individu Yang Menghidap Penyakit Kencing Manis & Darah Tinggi Berisiko Covid-19

Jika dilihat kes kematian akibat Covid-19, penghidap penyakit kronik dan bahaya seperti diabetes, darah tinggi dan buah pinggang amat berisiko tinggi

Bahaya penyakit diabetes atau kencing manis tidak hanya menyerang tubuh sahaja, namun juga mendatangkan beberapa masalah kesihatan yang lain.

Dianggarkan sebanyak 3.6juta orang rakyat malaysia menghidap bahaya diabetes dan 1 daripada 5 orang dewasa amat berisiko.

Bahaya diabetes dan serangan Covid-19

foto: astro awani

Ambang tahun 2020 bagaikan mimpi ngeri buat masyarakat seluruh dunia dengan kemunculan virus pembunuh bernama Covid-19.

Sekelip mata puluhan ribu menjadi mangsa dan Malaysia tidak terkecuali dengan 65 kematian direkodkan setakat 8 April.

Risiko jangkitan dan maut adalah sangat tinggi dalam kalangan pesakit yang berusia apatah lagi sekiranya anda mempunyai sejarah penyakit-penyakit kronik.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pusat, Persatuan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad, berdasarkan corak jangkitan Covid-19, golongan warga emas, individu yang mempunyai penyakit kronik, wanita mengandung dan kanak-kanak adalah lebih berisiko untuk terkena jangkitan sekali gus terdedah kepada maut.

Ini kerana golongan berkenaan mempunyai daya tahan atau imun badan yang lebih rendah.

“Orang yang sakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang dipanggil sebagai pesakit kronik. Sudah tentu mereka mempunyai daya tahan yang sangat rendah berbanding dengan orang biasa,” jelasnya.

Kes kematian pesakit kronik

foto: astro awani

Mengemukakan status terkini Covid-19, Dr Noor Hisham berkata, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan kes kematian ke-58 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis serta darah tinggi, selain sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19.

“Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 27 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia semalam pada jam 1.37 tengah hari,”

“Kes kematian ke-59 membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 68 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia semalam pada jam 3.40 petang,”

“Kes kematian ke-60 juga adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 31 Mac lalu sebelum disahkan meninggal dunia,”

“Kes kematian ke-61 pula ialah lelaki warga Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi serta penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di Hospital Keningau, Sabah pada 26 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Cara penularannya

credit to sources

Menurut Dr Latif Saad, virus Covid-19 ini akan memasuki sel pada saluran pernafasan dengan melekat pada satu enzim yang dinamakan sebagai Angiotensin Converting Enzyme(ACE) dan ia banyak di kawasan paru-paru.

ACE ini berfungsi menukarkan kompaun angiotensinogen dalam badan kepada Angiotensin. Salah satu fungsi angiotensin adalah menyebabkan pengecutan saluran darah bagi mengekalkan tekanan darah.

Sekiranya seseorang mengalami masalah darah tinggi, ubat yang merencatkan enzim akan mengurangkan tekanan darah. Ia dinamakan sebagai Angiotensin Converting Enzyme Inhibitor(ACEi).

Bahkan pesakit yang mengalami buah pinggang bocor iaitu kehadiran protein dalam air kencing seperti pesakit kencing manis akan menerima perlindungan buah pinggang jika mengambil ubat ACEi ini.

Bukan itu sahaja, pesakit jantung juga selalunya diberikan ubat ini kerana terdapat kajian mendapati ia berupaya melindungi jantung daripada terus mengalami masalah.

”Malangnya, apabila enzim ini direncatkan, maka badan akan lebih banyak menghasilkan ACE dan virus SARS-CoV-2 mempunyai lebih banyak tempat untuk melekat dan memasuki sel di bahagian pernafasan,” 

”Oleh sebab itu, golongan pesakit kencing manis dan darah tinggi ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi daripada penyakit Covid-19 kerana virus senang masuk ke dalam sel mereka,” jelasnya.

Adakah pesakit tidak perlu makan ubat tersebut?

”Pesakit diwajibkan mengambil ubat seperti biasa kerana jika tekanan darah terlalu tinggi sehingga mengakibatkan strok, ia akan berakhir dengan rawatan di hospital juga,”

”Hal yang paling penting yang perlu anda lakukan adalah sentiasa duduk di rumah, jangan keluar pergi ke mana-mana bagi mengelakkan jangkitan Covid-19,”

”Terdapat juga ubat lain yang menyebabkan penambahan enzim ACE ini seperti Ibuprofen, diclofenac, mefenamic acid iaitu ubat tahan sakit jenis non-steroidal anti-inflammatory drug (nSAID). Elakkan ubat ini ketika tidak sihat buat ketika ini kerana risau anda dijangkiti Covid-19 dan keadaan menjadi bertambah teruk,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian, Maskulin

Kredit foto: shutterstock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsehidup-semati