X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Warga Emas Lebih Berisiko Dijangkiti Corona Virus & Ada Yang Dibiarkan Mati Atas Katil

3 Apr, 2020
Warga Emas Lebih Berisiko Dijangkiti Corona Virus & Ada Yang Dibiarkan Mati Atas KatilWarga Emas Lebih Berisiko Dijangkiti Corona Virus & Ada Yang Dibiarkan Mati Atas Katil

Di Malaysia, sepanjang PKP hampir setiap hari kita mendengar ada saja nyawa yang pergi disebabkan virus jahat Covid-19 dan di antara mereka itu berumur dalam linkungan 60 tahun dan ke atas.

Para penyelidik mengumumkan bahawa anggaran yang paling komprehensif kepada risiko penyakit dan kematian akibat covid-19 adalah warga emas.

Ini kerana, daripada tinjuan dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh pasukan perubatan mendapati kira-kira 13.4% daripada pesakit adalah berumur 80 tahun ke atas dan ada juga yang lebih tua. Berbanding 1.25%
daripada mereka yang berusia 50 tahun dan 0.3 % daripada mereka yang berumur 40 tahun.

Paling ketara yang mudah dijangkiti adalah warga emas berusia 70 tahun. Sementara 4% daripada pesakit covid-19 adalah mereka yang berusia 60 tahun yang membabitkan kematian.

Ini merupakan analisis dan penyelidikan yang dilakukan oleh Neil Ferguson dari Imperial College London bersama rakan-rakannya yang diterbitkan dalam journal penyakit berjangkit.

Warga emas lebih berisiko

risiko pada warga emas

Kredit: LPPKN

Bukan itu sahaja, para saintis juga mengemukakan punca-punca yang menyebabkan warga emas lebih cenderung dijangkiti coronavirus. Disamping, mengapa sesetengahnya mempunyai tindak balas imun yang lebih kuat berbanding yang lain.

Ia bermula dengan data yang diperolehi daripada China yang menunjukkan bahawa komuniti sedemikian secara mendadak meningkatkan risiko dan kematian disebabkan Covid-19.

Malah, pesakit juga rata-ratanya memiliki penyakit kronik yang mungkin penyumbang kepada kematian disebabkan Covid-19.

Dalam masa yang sama tanda penuaan biologi dan imuniti yang menurun juga boleh menjadi punca.

Menurut George Kunchel dari University of Connecticut, bukan usia sahaja yang menentukan bagaimana seseorang boleh terkena jangkitan corona virus dan mengancam nyawa.

“Tapi dalam masa yang sama pesakit warga emas yang memiliki penyakit kronik dan sistem imun badan yang lemah lebih terdedah ke arah itu.

“Ini kerana, seseorang warga emas yang berusia 80 tahun tapi sihat dan tidak lemah mungkin mampu lebih berdaya tahan untuk melawan jangkitan corona virus berbanding mereka yang berumur 60 tahun tapi ada penyakit kronik,” katanya mengulas lanjut.

Kadar kematian

covid-19

Sekumpulan penyelidik dari British berkata, kadar kematian di kalangan semua yang dijangkiti coronavirus turut terdiri daripada mereka yang tidak bergejala adalah 0.66%.

Secara puratanya, itu adalah jumlah yang besar jika dilihat dari kadar kematian disebabkan Influenza HINI pada tahun 2009 iaitu sebanyak 0.2%.

Ini berkemungkinan seorang pesakit Covid-19 yang memiliki gejala yang teruk perlu masuk ke hospital bagi mendapatkan sokongan pernafasan.

Sebab itulah, mengapa situasi di Itali sangat buruk dengan kebanyakan hospital dipenuhi dengan pesakit covid-19.

Menerusi laporan dalam Journal of the American Medical Association, pada pertengahan bulan Mac, 7.2% pesakit covid-19 telah meninggal dunia di Itali. Sebahagian besarnya membabitkan warga emas.

Kesimpulannya, ini adalah berita yang paling mencemaskan jika corona virus masih tidak dapat dibendung lagi.

Meskipun ada warga tua yang selamat dan sembuh dari corona virus, namun tidak memiliki imun yang tinggi mungkin mereka boleh terdedah lagi dengan virus tersebut.

Sementara orang yang lebih muda mungkin sel imun badan mereka lebih bersedia untuk melawan virus tersebut sekiranya kekebalan tubuh kuat.

Orang tua terbiar mati di pusat jagaan

warga emas

Kredit: Hello Doctor

Di Madrid Sepanyol, tentera ditugaskan membantu memerangi Covid-9 selepas menemui warga emas yang terabai sudah meninggal dunia di pusat jagaan orang-orang tua.

Dalam masa yang sama, tentera juga ditugaskan membasmi kuman di pusat jagaan warga emas yang biasanya dihuni bekas pesara antara yang paling terjejas dengan serangan coronavirus.

Menurut Menteri Pertahanan Sepanyol, mereka tidak akan berdiam diri jika layanan yang diberikan kepada warga emas tidak dilakukan dengan baik malah dibiarkan saja mayat di tempat mereka berada.

Bayangkan ramai yang sudah tidak lagi bernyawa tapi masih berada di atas katil masing-masing.

Sementara itu, gelanggang meluncur ais di Palacio de Hielo, dijadikan rumah mayat sementara berikutan peningkatan mangsa yang maut.

Walaubagaimanapun, terdapat 14 pusat persemadian di ibu negara yang menghentikan penerimaan mayat berikutan anggotanya tidak mempunyai pakaian pelindung diri (PPE) untuk dipakai semasa proses pengebumian.

Warga Emas Lebih Berisiko Dijangkiti Corona Virus & Ada Yang Dibiarkan Mati Atas Katil

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Statnews, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.combahan-berbahaya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Warga Emas Lebih Berisiko Dijangkiti Corona Virus & Ada Yang Dibiarkan Mati Atas Katil
Kongsikan:
  • Wanita warga emas di Jepun sengaja pilih untuk masuk penjara kerana sunyi dan kesepian

    Wanita warga emas di Jepun sengaja pilih untuk masuk penjara kerana sunyi dan kesepian

  • Maggi Bawa Keceriaan Kepada Warga Emas Yang Terpilih Sempena Tahun Baru Cina

    Maggi Bawa Keceriaan Kepada Warga Emas Yang Terpilih Sempena Tahun Baru Cina

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Wanita warga emas di Jepun sengaja pilih untuk masuk penjara kerana sunyi dan kesepian

    Wanita warga emas di Jepun sengaja pilih untuk masuk penjara kerana sunyi dan kesepian

  • Maggi Bawa Keceriaan Kepada Warga Emas Yang Terpilih Sempena Tahun Baru Cina

    Maggi Bawa Keceriaan Kepada Warga Emas Yang Terpilih Sempena Tahun Baru Cina

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.