Gara-Gara Guna Telefon Ketika Dicas, Remaja Ini Maut Dek Renjatan Elektrik!

Seorang remaja mati akibat kejutan elektrik. Pengguna telefon harus mengambil langkah berjaga-jaga dan sedar tentang bahaya guna telefon semasa mengecas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak kemalangan telah terjadi kerana telefon. Sebelum ini, seorang wanita diserang strok gara-gara melihat telefon tanpa henti. Kali ini, ada lagi satu kejadian yang membuat kita sedar tentang bahaya guna telefon semasa mengecas.

Bahaya guna telefon semasa mengecas: Remaja mati semasa meggunakan telefon!

Dalam kejadian yang mengejutkan ini, Luiza Pinheiro 17 tahun dari Brazil, mati kerana menggunakan telefon bimbitnya semasa mengecas. Ketika itu dia sedang memakai earphone sebaik sahaja dia menerima panggilan telefon.

Tiba-tiba, remaja ini terkena kejutan eletrik! Elektrik telah mengalir melalui telefon ke telinga, mengenai otak dan menyebabkan Luiza mati.

Kematian yang mengerikan ini telah mengecewakan keluarga dan rakan-rakan Luiza. Seorang rakannya berkongsi gambar dengan kapsyen: “Anda tidak akan dilupakan. Saya sudah merasa kekosongan di hati saya.”

Bahaya guna telefon semasa mengecas: Apa sebenarnya berlaku?

Selepas terkena kejutan elektrik, Luiza tidak terus mengetahui apa yang terjadi. Dia memberitahu pakciknya yang dia sakit kepala. Tidak berapa lama selepas itu, neneknya menjumpai Luiza terbaring tidak sedarkan diri di biliknya.

Di sebelahnya terletak telefon yang sudah cair dan masih dicas. Earphone Luiza juga telah cair di telinganya.

Walaupun keluarganya segera membawa Luiza ke klinik berdekatan, Luiza tidak dapat diselamatkan kerana klinik tersebut tidak mempunyai peralatan yang sesuai untuk merawatnya.

Ketika dia dihantar ke hospital, doktor tidak sempat menyelamatkannya dan mengumumkan kematian Luiza. Punca kematian tidak direkodkan secara rasmi, tetapi doktor di hospital mengesahkan Luiza mati akibat kejutan elektrik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hospital berkata yang keluarga remaja itu memberitahu yang dia terkena kejutan elektrik. Pada masa itu tidak hujan tetapi ada kilat dan guruh.

Gambar: Screenshot dari The Sun

Bahaya guna telefon semasa mengecas: Tip keselamatan

Apabila menggunakan telefon bimbit, anda harus ingat yang semua bateri mempunyai tarikh luput walaupun anda menggunakan telefon bimbit pintar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengamalkan kebiasaan mengecas telefon dengan baik boleh membantu anda untuk mengelakkan dari terperangkap dalam situasi seperti ini. Selain itu, ini antara tips keselamatan yang anda wajib patuhi:

1. Guna pengecas telefon bimbit yang disediakan

Walaupun kebanyakkan USB telah di diselaraskan dengan pelbagai jenis laptop atau telefon pintar, ia tidak sama dengan pengecas telefon.

Setiap pengecas mempunyai output yang berbeza dan jika pengecas anda tidak sama dengan yang original, ia akan memberi kesan kepada prestasi bateri anda.

2. Elak pengecas murah

Pengecas murah selalunya kurang mekanisme keselamatan yang melindungi dari cas berlebihan. Jika adapter gagal, ia boleh merosakkan telefon dan juga bateri anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Anda dinasihatkan untuk buka pelindung telefon anda

Bateri boleh menjadi panas dan haba perlu disejukkan. Anda juga boleh menterbalikkan telefon anda dengan meletakkan skrin telefon ke bawah. Guna tuala lembut untuk melindungi skrin.

4. Penggunaan pengecas yang dapat mengecas telefon dengan cepat adalah bahaya

Menggunakan pengecas pantas akan menghantar voltan yang lebih tinggi pada bateri telefon. Guna pengecas yang normal. Jika telefon anda panas, matikan telefon anda dan biarkan ia sejuk sebelum anda cas semula.

5. JANGAN mengecas telefon sepanjang malam

Mengecas telefon terlalu lama adalah tidak bagus untuk hayat bateri anda. Ia juga boleh cepat panas atau meletup. Jadi anda perlu ingat untuk matikan suis pengecas sebelum tidur.

6. Anda tidak perlu cas telefon hingga penuh

Anda boleh mengecas telefon anda sehingga 80% untuk mengelakkan cas berlebihan. Anda juga perlu biarkan telefon anda sehingga sekurang-kurangnya 20% sebelum ia dicas semula.

7. Guna power bank untuk cas telefon anda

Power bank tidak menggunakan eletrik secara berterusan dan lebih selamat. Tapi anda juga perlu ingat untuk tidak menggunakan telefon semasa sedang dicas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada zaman ini, anda tidak boleh mengelakkan dari menggunakan gadjet elektronik. Tapi anda perlu berwaspada pada risikonya dan gunakan dengan cara yang betul supaya anda dan keluarga sentiasa selamat.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

Media Sosial Beri Lebih Kesan Negatif Kepada Anak Perempuan Berbanding Anak Lelaki – Ini Sebabnya!

Penulis

Nadia Ghafar