Umum tahu yang rokok boleh menimbulkan bahaya luar biasa bagi tubuh manusia, sama ada sebagai perokok ataupun orang yang berada di sekitarnya. Salah satu kandungan rokok yang bahaya dan boleh menyebabkan masalah kesihatan adalah tar.
Antara kandungan rokok adalah nikotin, tar, sianida, benzena, kadmium, metanol, arsenik dan pelbagai lagi bahan yang diketahui berbahaya untuk manusia.
Tar, yang terdiri daripada lebih 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimianya bersifat karsinogen, adalah lebih berbahaya daripada nikotin.
Kesan Kandungan Rokok Kepada Tubuh Manusia
Jika seorang perokok mempunyai banyak tar dalam tubuh, dia berisiko tinggi mengalami penyakit paru-paru. Malah tidak hanya perokok aktif, kesan tar juga boleh berpengaruh kepada lain.
Terdapat 3 peringkat perokok yang menerima kesan buruk akibat tar–first hand smoker, second hand smoker, dan third hand smoker.
“First hand smoker adalah perokok aktif, second hand smoker adalah perokok pasif. Manakala third hand smoker adalah segala makhluk hidup yang ada di sekitarnya, walaupun perokok aktif tidak merokok di sekitar mereka,” ujar dr. Mariatul Fadilah, MARS.
Sehubungan dengan itu, salah satu golongan dalam third hand smoker ini adalah bayi dan kanak-kanak. Ini akan terjadi apabila bayi mempunyai sentuhan dengan perokok aktif, terutamanya sejurus selepas selesai merokok.
“Ketika perokok aktif merokok, tar akan meresap pada baju si perokok itu. Apabila perokok tersebut , yang berkemungkinan adalah ibu bapa kepada bayi itu, berdekatan dengan anaknya, maka bayi akan cenderung bau tar tersebut,” kata Mariatul dalam majlis Peluncuran Gerakan Bebas TAR dan Asap Rokok (GEBRAK!).
Tar, Kandungan Rokok Berpotensi Membawa Risiko Maut Pada Bayi
Ibu bapa harus tahu yang kandungan tar dalam rokok merupakan salah satu faktor risiko bayi meninggal secara mendadak atau dikenali sebagai sudden unfant death syndrome (SIDS).
Jadi ibu bapa tolong beringat untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah tambahan berjaga-jaga sekiranya ingin berdekatan dengan anak selepas merokok!
Antara yang boleh dilakukan adalah terus mandi atau tukar pakaian sekiranya ingin berdekatan dengan anak. Selain itu, berus gigi kerana nafas anda juga masih mempunyai bau rokok yang tidak selesa untuk si kecil.
“Tar tidak serta merta hilang, tar akan menempel pada baju atau benda lain di sekitar perokok, jadi kalau bersentuhan itu berbahaya untuk orang sekeliling. Kes meninggal mendadak pada bayi salah satu faktor risiko yang boleh terjadi akibat tar,” jelas Mariatul pada Selasa, 9 April 2019.
Ibu Bapa Merokok Cenderung Mengakibatkan SIDS
Walau demikian, ada banyak penyebab SIDS, rokok hanyalah salah satu daripadanya sahaja. Namun beberapa kajian menunjukkan yang banyak kes kematian bayi adalah disebabkan oleh ibu bapa yang merokok.
“Memang belum pasti dari rokok itu saja, tapi banyak kes SIDS pada bayi yang mempunyai kaitan dengan ibu bapa yang merokok. Apabila ibu atau bapa merokok dalam rumah, setiap hari di rumah yang menempatkan bayi, si kecil yang masih lemah boleh terima akibatnya kerana terlalu kerap terdedah kepada asap rokok yang berbahaya.”
“Selain itu, antara kesan lain tar ialah ia boleh menyerang susunan saraf pusat, dan itu sebenarnya sangat berbahaya. Kalau sudah menyerang saraf, maka masa depan anak yang terancam, ini kerana saraf yang telah rosak hanya boleh pulih dalam jangka masa yang sangat panjangn,” tambahnya.
Jadi, bagi mengelakkan kesan kandungan rokok, khususnya tar kepada bayi anda, sebaiknya ibu bapa mula berhenti merokok dengan segera. Ingatlah orang tersayang, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Bagaimana untuk menegur ayah mertua saya supaya tidak merokok apabila bayi saya di rumahnya?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkesan-merokok-pada-anak