Bahaya Merokok Ketika Hamil, Kasihanilah Bayi Dalam Kandungan Tidak Dapat Membesar!

Bahaya merokok pada ibu hamil termasuklah risiko melahirkan bayi pramatang, kehamilan ektopik dan juga penyebab kepada keguguran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun bahaya merokok sudah diketahui kesan buruknya kepada manusia terutama ibu hamil, namun tabiat ini masih juga dilakukan. 

Tabiat merokok sehingga hari ini dilihat seolah-olah normal dalam kalangan rakyat. Malah, ibu mengandung pun ada yang merokok, tanpa menghindarkan perkara dan kesan buruk merokok.

Bahaya merokok ketika hamil

Tahukah anda merokok sangat bahaya dan boleh mengancam kandungan? Ya, perkara ini bukanlah asing lagi dan sememangnya ramai yang mengetahuinya. Tapi mungkin belum ada kesederan sepenuhnya untuk meninggalkan tabiat membahayakan ini.

Jika ibu seorang wanita yang sedang mengandung dan mempunyai tabiat merokok, anda bukan sahaja membahayakan diri, malah bayi dalam kandungan. Oleh itu, di sini kami menyenaraikan beberapa risiko jika anda merokok ketika hamil:

#1. Risiko keguguran, kelahiran mati

Salah satu perkara yang paling dahsyat yang mungkin berlaku semasa kehamilan jika anda merokok adalah keguguran atau kelahiran mati. Jika wanita hamil terus merokok, kemungkinan risiko berkenaan akan meningkat kerana bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam rokok.

Kajian menunjukkan bahawa risiko keguguran meningkat dengan jumlah yang dihisap (1% peningkatan dalam risiko relatif setiap batang rokok yang dihisap setiap hari). Sementara itu, merokok semasa mengandung juga dikaitkan dengan peningkatan 47% kemungkinan kelahiran mati.

#2. Kehamilan luar rahim

Kehamilan luar rahim adalah apabila telur yang disenyawakan terperangkap dalam tiub fallopio dan tidak akan dapat berkembang. Nikotin dalam rokok boleh menyebabkan berlakunya perkara ini kerana ia menyekat pengecutan dalam tiub untuk telur dilalui.

#3. Plasenta previa

Dalam kehamilan biasa, plasenta biasanya berada di atas rahim, kerana ia memberi ruang untuk serviks terbuka untuk penghantaran yang betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Plasenta previa adalah apabila plasenta menutup sebahagian atau sepenuhnya pembukaan serviks dan merokok semasa kehamilan boleh menyebabkan ini.

#4. Kelahiran pramatang

Merokok semasa mengandung boleh mencetuskan kelahiran pramatang. Ini bukan sahaja bermakna bersalin awal tetapi mempunyai pelbagai komplikasi lain yang berpotensi dengan bayi.

Antara komplikasi yang mungkin berlaku termasuklah cerebral palsy, masalah pembelajaran, masalah tingkahlaku atau kecacatan. 

#5. Kecacatan ketika lahir

Ini adalah manifestasi fizikal perkara yang boleh berlaku disebabkan oleh rokok. Sumbing bibir atau lelangit atau masalah jantung mungkin berpunca jika terdapat kesinambungan merokok sepanjang kehamilan.

#6. Kurang menghasilkan susu badan

Menurut kajian, merokok juga boleh menyebabkan ibu hamil kurang menghasilkan susu selepas bersalin nanti kerana bahan kimia yang menyebabkan berlakunya pengecutan kepada kelenjar susu yang sedang berkembang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan merokok ketika mengandung

Selain itu, merokok ketika hamil juga mampu menghalang bayi yang sedang berkembang di dalam kandungan untuk menerima oksigen yang diperlukan untuk membesar pada awal kehamilan.

Malah, merokok sebelum hamil juga boleh menyebabkan komplikasi bersalin yang amat serius.

Perokok sebelum hamil dikaitkan dengan 40% peningkatan gastroschisis, gangguan di mana usus bayi terkeluar melalui lubang di dinding perut. 

Selain itu, seorang bapa yang merokok meningkatkan risiko anaknya mengalami kelainan kelahiran seperti kecacatan anggota badan, masalah jantung dan kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan buruk second-hand smoker

Ia kesan jangka panjang yang boleh berlaku. Jika anda menghidu bau asap rokok daripada suami atau orang sekeliling, ia boleh boleh menurunkan berat bayi anda dan meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS). Inilah maksud asap rokok basi yang dihidu oleh individu tidak merokok. 

Bayi yang ibu bapanya merokok lebih cenderung untuk dimasukkan ke hospital disebabkan oleh bronkitis dan radang paru-paru semasa tahun pertama mereka.

Adakah Rokok Elektronik/Vape Selamat Ketika Hamil?

Rokok elektronik (e-cigarettes) atau vape masih baru diperkenalkan pada ketika ini dan terdapat banyak fakta yang masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, menurut kajian penggunaan rokok elektronik atau vape adalah tidak selamat semasa hamil.

Kebanyakan cecair rokok elektronik mengandungi nikotin, bahan berbahaya dan mampu merosakkan otak bayi yang sedang berkembang serta banyak organ lain secara kekal. Ia juga mungkin mengandungi bahan kimia, perisa dan bahan tambahan lain yang mungkin tidak selamat untuk bayi anda.

Sesetengah kajian mencadangkan bahawa menggunakan rokok elektronik atau vape adalah cara yang lebih baik untuk wanita hamil jika mereka sedang mengalami masalah untuk menghentikan tabiat merokok kerana ia membolehkan anda menyedut nikotin sebagai wap jika dibandingkan dengan merokok.

Selain itu, rokok elektronik juga tidak menghasilkan tar atau karbon monoksida iaitu dua karsinogen utama yang terdapat dalam asap rokok.

Karbon monoksida itu adalah amat berbahaya kepada bayi.

Walaupun mungkin benar bahawa vape atau rokok elektronik dikatakan ‘kurang bahaya’, ia hanya akan membuatkan bayi anda terdedah kepada toksin yang lebih sedikit berbanding dengan penggunaan rokok biasa.

Perlu diingatkan bahawa pendedahan nikotin dalam apa juga bentuk berbahaya kepada bayi yang belum lahir.

Jadi, jika anda sedang hamil dan masih merokok ataupun vape, anda disarankan untuk cuba yang terbaik untuk meninggalkan tabiat itu supaya boleh memberi bayi anda permulaan yang sihat. Rujuk doktor anda untuk alternatif yang lebih selamat atau dapatkan kaunseling.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Berhenti Merokok Ketika Hamil

Jika nicotine replacement therapy (NRT) membantu anda berhenti merokok dan anda tidak boleh berhenti tanpanya, anda boleh cuba menggunakannya semasa mengandung.

Mengambil ubat anti-merokok seperti Champix atau Zyban semasa hamil tidak digalakkan kerana ia hanya mengandungi nikotin dan tiada komponen berbahaya yang terdapat dalam rokok.

NRT adalah alternatif yang jauh lebih baik daripada merokok. Ia membantu anda dengan menyediakan nikotin dengan cara yang sama seperti yang disediakan oleh rokok.

Contoh NRT:

  • patches
  • gum
  • penyedut (inhalator)
  • sembur hidung
  • sembur mulut
  • jalur untuk mulut (strips)
  • lozenges
  • mikrotab

Patches mungkin merupakan pilihan yang lebih baik jika anda mengalami loya dan muntah yang berkaitan dengan kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun, ia hanya boleh dipakai selama 16 jam daripada setiap 24 jam. Kaedah yang paling mudah ialah menanggalkan patch sebelum tidur.

Rujuk bidan atau doktor anda sebelum menggunakan mana-mana produk ini.

Tips Untuk Berhenti Merokok Ketika Hamil

Berhenti merokok ketika hamil boleh dilakukan pada bila-bila masa. Seeloknya, seawal dan secepat yang mungkin! Jika anda tidak mengetahui cara yang betul untuk melakukannya, boleh rujuk tips-tips yang kami berikan di bawah:

  • Jika anda belum mengandung tetapi sedang mencuba, tetapkan tarikh berhenti yang sesuai untuk anda. Jika anda hamil, anda mesti segera berhenti merokok. Cuba kurangkan penggunaan seberapa banyak yang boleh. 
  • Buang mana-mana rokok atau pemetik api yang ada bersama anda. Bersihkan rumah dan pakaian anda untuk menghilangkan bau asap.
  • Jika anda tinggal bersama seseorang yang merokok, berbincanglah tentang cara untuk berhenti merokok dengan mereka. Jika tidak boleh, berbincang dengan rakan dan keluarga anda tentang cara untuk berhenti merokok. Elakkan berada di tempat atau lokasi di mana perokok akan merokok dengan bebas.
  • Tukar perkara dalam rutin biasa anda. Elakkan situasi yang membuat anda ingin merokok.
  • Dalam dua minggu pertama selepas berhenti, cari teknik pengurangan tekanan.
  • Rujuk doktor anda jika anda berminat dengan terapi penggantian nikotin atau ubat-ubatan.
  • Dapatkan bantuan pakar. Perokok yang mendapatkan sokongan melalui telefon, dalam kumpulan adalah lebih berkemungkinan untuk berhenti.
  • Sertai kumpulan sokongan untuk perokok yang ingin berhenti.

Berikut pula merupakan langkah berjaga-jaga yang lain untuk diambil oleh wanita hamil bagi mengurangkan kesan merokok pada kehamilan anda:

  • Minta orang ramai (termasuk pasangan) untuk tidak merokok di sekeliling anda dan anak-anak.
  • Jadikan rumah dan kereta anda bebas asap rokok.
  • Pilih restoran yang bebas asap rokok.
  • Mengelakkan pendedahan asap rokok bukan sahaja jika anda hamil, tetapi juga jika anda atau anak anda mempunyai masalah pernafasan atau penyakit jantung

Manfaat Berhenti Merokok Ketika Hamil

Berhenti merokok akan memberikan manfaat kepada anda dan anak anda serta-merta. Badan anda akan mengeluarkan gas toksik seperti karbon monoksida dan bahan kimia berbahaya yang lain. Apabila anda berhenti merokok, antara manfaat lain yang akan diterima adalah:

  • Anda akan mempunyai risiko komplikasi lebih rendah sepanjang kehamilan dan bersalin
  • Anda akan mendapat kehamilan dan anak yang lebih sihat
  • Anak anda akan mempunyai peluang yang lebih rendah untuk dilahirkan kurang berat badan. 
  • Insiden Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS) akan berkurangan.
  • Peluang anda untuk melahirkan bayi mati (stillbirth) akan berkurangan
  • Anak anda kurang berkemungkinan dilahirkan pramatang dan mengalami masalah pernafasan, penyusuan dan kesihatan lain.

Berhenti merokok sekarang akan membantu anak anda pada masa hadapan. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang merokok lebih berkemungkinan menghidap asma dan penyakit serius lain yang mungkin memerlukan kemasukan ke hospital.

Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

  1. nhs.uk (February 5, 2020). Stop smoking in pregnancy. www.nhs.uk/pregnancy/keeping-well/stop-smoking/
  2. healthline (May 15, 2018). The Effects of Smoking Weed While Pregnant. www.healthline.com/health/pregnancy/smoking-weed

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Meskipun Tidak Merokok, Ibu Hamil Ketagih Vape Juga Berisiko Keguguran & Bayi Lahir Cacat!

Baca juga: Suami Merokok Tingkat Risiko Isteri Dapat Barah Pangkal Rahim, Berhentilah Sebelum Terlambat!

Baca juga: Henti Merokok Demi Kesihatan Kandungan! Ini Antara Bantuan Yang Anda Boleh Dapati

Penulis

Murns A.