Minum Teh Panas Boleh Dapat Kanser Perut! Apakah Puncanya?

Kajian baru menemui bahaya minum teh dan kanser. Kajian menunjukkan, teh panas disertakan dengan rokok dan alkohol boleh tingkatkan risiko kanser perut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda suka minum teh? Dalam masa yang sama, anda suka merokok atau minum alkohol? Jika anda jawab ya, kami ada berita buruk untuk anda: satu kajian mengaitkan bahaya minum teh dan kanser

Adakah ini bermakna anda perlu berhenti minum teh? Tak semestinya. Merokok dan minum arak memang diketahui penyebab kanser. Tapi, minum teh panas juga dapat meningkatkan risiko kanser.

Penyelesaian untuk masalah ini adalah, anda perlu sejukkan sikit teh dulu sebelum minum.

Kajian yang diterbitkan Annals of Internal Medicine ini mendedahkan, orang yang minum teh panas akan meningkatkan risiko kanser perut atau esofagus kepada dua ke lima kali ganda.

Tapi, ini hanya akan berlaku jika anda hisap rokok/atau ambil alkohol sambil minum teh panas.

Kaitan bahaya minum teh dan kanser perut

Kanser perut atau esofagus adalah kanser kelapan yang paling biasa terjadi dalam dunia. Ia membawa maut dan membunuh 400,000 orang setahun, menurut Agensi Kajian Kanser Antarabangsa.

Kecederaan yang berulang pada esofagus biasanya punca kanser perut ini. Kecederaan yang berulang selalunya datang dari rokok, alkohol, refluks asid dan cairan panas.

Kajian ini adalah kajian yang terbesar dengan mengkaji hampir 456,155 orang dewasa Cina berusia 30 ke 79 tahun. Pada awal kajian, tak ada seorang peserta pun yang mempunyai kanser.

Pengkaji mengikut setengah dari peserta ini selama lebih sembilan setengah tahun. Selama kajian dijalankan, mereka telah menemui 1,731 orang telah mendapat tumor esofagus!

Teh panas dan kanser – Bagaimana ia terjadi?

Pengkaji telah bertanya peserta yang minum teh setiap minggu untuk menggambarkan suhu teh mereka, sama ada: “suam”, “panas” atau “sangat panas.”

Jika anda seorang yang suka minum teh, berita baiknya, minum teh panas bukan punca kanser esofagus. Malah, minum teh mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, jika anda merokok atau minum alkohol dan suka minum teh panas, lain pula ceritanya…

Menurut Jun Lv, merokok dan minum alkohol adalah punca kanser esofagus, tapi minum teh panas hanya akan meningkatkan risiko kanser dengan lebih lagi.

“Minum teh panas hanya akan menyebabkan kanser jika ia dicampur dengan amalan merokok dan minum alkohol secara berlebihan.” kata Jun.

Pengkaji mengatakan, “pengambilan alkohol yang berlebihan” adalah minum alkohol lebih dari 15 gram sehari.

Untuk tembakau pula, pengkaji merujuk kepada orang yang menghisap satu atau lebih rokok dalam sehari.

Bahaya minum teh, hisap rokok dan minum alkohol

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jangkitan pada dinding esofagus boleh meningkatkan keradangan sel,” kata Neil Freedman, dari Institut Kanser Negara di Bethesda, Marylan. “Cecair panas boleh merosakkan lapisan sel esofagus dan menyebabkan tisu terbuka untuk dirosakkan lagi oleh bahan lain.”

Ini bermakna, bukan teh panas saja yang bahaya, tapi apa-apa minuman yang panas dengan suhu setinggi 65 darjah selsius itu adalah bahaya!

Kebaikan yang ada dalam teh

Selepas membaca artikel dan kajian ini, jangan berhenti minum teh terus! Pakar telah membuktikan yang teh mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan.

Kajian mendedahkan – daun teh mengandungi komponen antiosidan. Ia boleh melindungi anda dari jenis kanser yang lain lebih-lebih lagi kanser kolon dan prostat.

Anda mungkin akan mendapat kanser esofagus dari merokok, minum alkohol dan teh panas, tapi sekurang-kurangnya anda mengurangkan risiko kanser kolon dan prostat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teh hijau mungkin lebih efektif untuk mencegah kanser, tapi teh biasa lebih efektif untuk kesihatan kardiovaskular.

Jangan hisap rokok dan minum alkohol

Ini tak bermakna anda perlu elak minum teh selama-lamanya kerana tembakau dan alkohol adalah masalah utama di sini.

“Dah tentu, mengelakkan rokok dan alkohol adalah cara paling penting untuk mencegah kanser,” Jun menambah.

Sebagai ibu bapa, kita harus menjaga kesihatan untuk menjaga anak dengan lebih baik. Berhenti merokok dan minum arak boleh menyelamatkan anda dan anak-anak anda dalam tahun-tahun yang akan datang.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Paul dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Makanan Punca Kanser Yang Kita Makan Setiap Hari – Jom Kurangkan!

 

Penulis

Nadia Ghafar