Bahaya Pakai Pantyliner Sepanjang Hari, Doktor Jelaskan Kesannya Pada Bahagian Intim

undefined

Bahaya pantyliner sekiranya anda memakainya setiap masa dan sepanjang hari. Ia boleh menjejaskan kesihatan bahagian intim

Terdapat kesan bahaya pantyliner apabila anda memakainya secara kerap dan juga berterusan setiap hari tanpa ianya ditukar. Melalui artikel kali ini kami akan kongsikan kesan-kesannya kepada diri anda jika masih lagi mengamalkan pemakaiannya.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Bahaya panty liner jika dipakai setiap hari
  • Sentiasa jaga kebersihan di kawasan Miss V, elakkan bergantung pada panty liner

Bahaya pantyliner jika dipakai setiap hari

kesan bahaya

Masalah keputihan atau lelehan lendir yang keluar melalui faraj sering berlaku di kalangan wanita. Untuk mengatasi masalah ini, jalan penyelamat yang sangat praktikal adalah dengan memakai panty liner.

Namun, tanpa disedari sebenarnya dengan pemakaian panty liner ini telah menyebabkan sesetengah wanita terpaksa menghadapi masalah alahan dan juga keradangan di bahagian vulva serta faraj mereka.

Menurut Pakar Sakit Puan iaitu Doktor Muhammad Izzat, panty liner boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan jika anda memakainya pada setiap masa.

Tulisnya di laman Facebook,

“Saya nampak you ada garis-garis halus pada vulva (faraj). Awak ada pakai panty liners?”

“Of course la Doktor, saya pakai hari-hari, pada setiap masa. Vaginal discharge saya kekadang banyak, kekadang sikit. Pakai pantyliner je senang. Lagi pun saya tak berapa gemar ada tompokan discharge ni terkena pada panties.”

“Ok, most likely panty liners yang awak pakai tu menyebabkan kerengsaan (irritation) pada kulit vulva. Panty liner boleh sebabkan geseran pada kulit vulva yang halus – menyebabkan awak melecet, dan gatal. Nampaknya macam contact dermatitis.”

“Satu lagi, panty liners akan menyebabkan keadaan berwap dan panas down there. You akan berpeluh, sekaligus memburukkan keadaan. You akan continue scratching, tak berkesudahan.”

Dia pandang saya, sambil mata terbeliak.

“Kenapa takda doktor bagitau saya sebelum ni, dah banyak doktor saya jumpa, takda sorang pun siasat pasal panty liner saya.”

“Dah nama pun Doktor gynae (sakit puan) kan, mestilah saya kena tanya semua benda, hatta hal dalam kain pun.”

“Habis tu Doktor macam mana nak buat dengan vaginal discharge ni, takut kena pada underwear.”

“Kalau awak takut kena pada seluar dalam, bawa extra panties dalam your bag. Stop using panty liner, sebaliknya tukar panties.”

2 minggu kemudian beliau datang semula untuk follow up.

“Ya Allah, betul sangat Doktor cakap haritu. Hilang terus gatal, tak selesa ni.”

“I told you kannnnnn?” Akhirinya.

Menerusi perkongsian itu, ianya telah mendapat pelbagai komen dan reaksi orang ramai. Antara komen-komen tersebut,

“Sejujurnya Doktor, saya pakai panty liner memang terasa macam gatal. Hari tu saya try stop pakai. Tapi saya takut nanti nak solat underware tak bersih. So, kekadang memang kena pakai juga la, maybe ada kan yang jenis alergik dengan panty liner/pad.”

“Saya alami benda yang sama macam puan ni. Saya baru tahu. So lepas ni kena buat macam puan ni. Terima kasih doktor atas info ni. Saya sangat hargai.”

“Dulu memang suka pakai panty liner. Perasan memang akan peluh banyak dan gatal. Then stop terus sebab baca komen sapa tah kongsi lepas stop pakai keputihan dia hilang. Lepas dari tu memang hilang terus. Kecuali kalau ada makan makanan dari tepung gandum, akan ada sikit-sikit. Now pad pun tak pakai. Guna menstrual cup.”

Sentiasa jaga kebersihan di kawasan Miss V, elakkan bergantung pada panty liner

tukar panty liner

Organ intim wanita adalah sangat sensitif dan memerlukan penjagaan yang baik dan juga teratur. Jika ianya tidak dijaga dengan rapi, pelbagai masalah akan mulai muncul contohnya seperti keputihan, kegatalan malah lebih teruk jika dijangkiti bakteria pada faraj anda.

Oleh itu, bagi mengelakkan semua masalah ini daripada berlaku, anda perlu sentiasa menjaga kebersihan Miss V dengan sentiasa membersihkannya dengan air bersih setelah selesai pembuangan air kecil dan juga air besar.

Selain itu, elakkan daripada menggunakan bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia yang tinggi kerana ianya dapat mengganggu keseimbangan PH dalam vagina anda.

Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan dari jenis kain yang tidak menyerap peluh.

tuala wanita

Jika anda memakai tuala wanita atau panty liner, pastikan anda kerap menukarnya bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria di kawasan Miss V anda.

Semoga dengan perkongsian ini anda akan mendapat manfaat daripadanya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa

Baca juga: Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka

Baca juga: Kebersihan Faraj – Jangan Cuci Ms V Anda Dengan Sabun!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!