#1 Sakit Di Tempat Suntikan
Kesan sampingan yang paling biasa adalah rasa sakit di tapak suntikan. Jangan risau, ini merupakan tindakbalas paling normal dan akan hilang dalam masa beberapa hari.
#2 Demam Ringan
Walaupun jarang berlaku, sesetengah orang mungkin mengalami demam ringan sebagai tindak balas terhadap vaksin tetanus. Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi ya.
#3 Sakit sendi atau menggigil
Vaksin Tdap yang melindungi terhadap tetanus, difteria, dan batuk kokol, juga boleh menyebabkan sakit sendi dan mengigil. Namun gejala ini mungkin berlaku pada kira-kira 1 dalam 1o orang dan biasanya tidak mengganggu kehidupan seharian.
#4 Kemerahan atau Bengkak
Sesetengah orang mungkin mengalami tindak balas yang lebih teruk selepas suntikan, menyebabkan kulit mereka di sekitar kawasan suntikan menjadi merah dan bengkak.
#5 Sakit Kepala
Sesetengah orang mengalami sakit kepala selepas suntikan tetanus. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius, dan boleh dihilangkan dengan ubat preskripsi dari doktor.
#6 Keletihan
Orang yang menerima pukulan tetanus mungkin berasa letih atau mengalami keletihan umum selepas itu. Ini biasanya merupakan tindak balas kepada vaksinasi kerana tubuh menyemai tenaga untuk membina imuniti.
#7 Mual, Muntah, atau Cirit-Birit
Sesetengah bentuk vaksin tetanus seperti Tdap boleh menyebabkan gejala gastrointestinal, termasuk rasa mual, muntah, atau cirit-birit. Ibu perlu minum banyak cecair, berehat, dan makan makanan biasa untuk mengelakkan daripada memburukkan lagi sistem gastrointestinal.
#8 Ruam atau kelenjar bengkak
Kadang-kadang, seseorang boleh mengalami ruam atau reaksi kulit yang lain dari suntikan tetanus. Kelenjar-kelenjar di dalam badan boleh membengkak sebagai tindak balas kepada suntikan. Kesan sampingan ini tidak biasa dan cenderung hilang sendiri.
Reaksi Alergi Yang Teruk Selepas Suntikan Tetanus
Terdapat juga kemungkinan yang jarang berlaku untuk seseorang mengalami tindak balas alergi yang teruk terhadap vaksin tersebut. Walau bagaimanapun, tindak balas ini berlaku kurang dari 1 dalam setiap 1 juta kes.
Gejala tindak balas alergi termasuklah:
- Kesukaran bernafas atau menela
- Gatal tekak, kaki, atau tangan
- Keradangan kulit
- Bengkak di muka, mata, atau saluran pernafasan
- Keletihan yang teruk tiba-tiba
- Degupan jantung pantas
Sekiranya anda ada tanda-tanda alergi ini, dapatkan rawatan doktor dengan kadar segera.
Orang Yang Perlu Elak Dari Suntikan Tetanus
Walaupun suntikan tetanus disahkan selamat, namun ia masih berbahaya dan memerlukan nasihat doktor bagi sesetengah individu yang pernah berada dalam keadaan berikut:
- Mengalami kesakitan teruk atau bengkak dari vaksin tetanus
- Sawan
- Sistem saraf tidak normal
- Sindrom Guillain Barre di mana sistem imun menyerang sel-sel saraf
Sesetengah vaksin tetanus mungkin menimbulkan risiko kepada kesihatan orang yang mempunyai kebimbangan ini. Doktor boleh menasihati atau mencari alternatif lain bagi mendapatkan rawatan lain bagi mencegah penyakit bawaan tetanus.
Ingat ya, bincang sebaranag kebimbangan atau keadaan kesihatan anda pada doktor sebelum mendapatkan sebarang vaksin.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: medicalnewstoday
Baca juga:
https://my.theasianparent.com9-keburukan-epidural