Jika anda seorang penggemar bubble tea atau boba, mungkin kes ini akan membuatkan anda lebih berjaga-jaga dalam kekerapan anda membeli bubble tea ini! Tahukah anda bahaya kandungan pearl bubble tea?
Baru-baru ini di China telah viral imej x-ray dalaman seorang remaja perempuan di mana kelihatan pengumpulan ‘pearl’ atau ‘boba’ yang terkumpul dalam badan seorang remaja berusia 14 tahun itu.
Imej tersebut semestinya mengejutkan ramai pihak terutamanya apabila mengetahui minuman yang digemari ramai ini tidak dapat dicernakan dengan baik sehingga berlaku penyempitan dalam tubuh manusia!
Pearl Bubble Tea Terkumpul Sebenarnya Najis Yang Tidak Dikeluarkan
Apabila disiasat, rupa-rupanya gambaran tersebut merupakan najis yang terkumpul akibat ‘boba’ yang tidak dicernakan dengan baik! Akibatnya, remaja tersebut terpaksa diberikan julap untuk melancarkan pembuangan bagi ‘mengosongkan’ ruang yang sempit akibat najis terkumpul itu!
Pengarah Hospital Bandar Zhuji, He Yuling, berkata, ‘pearls’ yang dibuat dari kanji ubi kayu itu tidak mudah dicerna. Lebih-lebih lagi apabila ditambah dengan bahan yang membuatkan ‘pearls’ tersebut lebih kenyal agar mudah dikunyah, namun ia membahayakan sistem pencernaan sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak.
Bahaya Minum Bubble Tea: Adakah Kandungan Pearl Bubble Tea Berbahaya?
Berikut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di akaun Facebook beliau:
BAHAYAKAH ‘BUBBLE TEA’
Diberitakan seorang remaja berusia 14 tahun dari Zhejiang, China telah diviralkan, berikutan xray beliau yang menunjukkan beratus ‘bubble tea pearls’ yang tidak dihadamkan berkumpul dalam saluran usus.
Dengan lebih jelas, xray menunjukkan bagaimana pearls ini yang dibuat dari kanji ubi (tapioca starch) bersifat seperti gam yg melekat.
Jika digabungkan makanan lain yang belum sempurna dihadam, ia menyebabkan najis menjadi lebih melekit dan akhirnya menyebabkan usus tersumbat.
Akhbar online China “The Paper” melaporkan ibubapa remaja ini membawa beliau ke hospital berdekatan (Zhuji People’s Hospital) di Zhejiang pada 28 May 2019, setelah remaja itu mengadu sakit perut yang keterlaluan, tiada selera untuk makan dan sembelit yang lama.
Selepas melakukan pemeriksaan xray, doktor yg merawat Dr Zhang Louzhen melakukan pemeriksaan CT scan abdomen pula sebagai pengesahan dan mendapati bahawa bayangan ketulan telah memenuhi keseluruhan ruang antara perut hingga usus besar terakhir iaitu anus.
Bila disoal, remaja itu memberitahu beliau ada meminum segelas “bubble tea” lima hari sebelumnya.
Lalu doktor di hospital itu membuat kesimpulan bahawa masalah yang dialami oleh remaja ini berpunca dari butiran ‘tapioca pearls’ dalam minuman bubble tea yang tidak terhadam.
Apa yang berlaku adalah berkemungkinan remaja itu meminum terlalu banyak ‘bubble tea’, dalam masa terdekat.
Semestinya meminum ‘bubble tea’ tidak berbahaya, tetapi meminumnya dalam kadar yang banyak dalam jangka masa yang pendek, mungkin menyebabkan ‘tapioca pearls’ tidak terhadam dengan sempurna.
Apa yang penting adalah mengamalkan apa saja makanan dan minuman secara sederhana.
Jangan minum terlalu banyak, InsyaAllah kita tidak mengalami masalah.
Bolehkah saya minum bubble tea semasa mengandung?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Facebook Dr Zubaidi
Baca juga:
https://my.theasianparent.combahaya-minum-air-dalam-botol-plastik