Kerap Berasa Pening & Ingin Pitam Ketika Hamil? Awas Ia Mungkin Penyakit Vertigo!

Tahukah anda bahaya penyakit vertigo ketika hamil? Biasanya ia berlaku beberapa jam atau hari, namun berlarutan bertahun-tahun jika tidak dirawat awal!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbeza dengan pening biasa, bahaya penyakit vertigo terhadap ibu yang sedang mengandung perlu sentiasa berjaga-jaga kerana ia dikatakan boleh menjadi lebih serius. Rasa pening seolah-olah dunia sekeliling berputar ini berupaya menyerang bersama dengan gejala mual dan muntah yang terjadi dalam tempoh tertentu bagi setiap individu.

Justeru, apa sebenarnya menyebabkan penyakit vertigo khususnya pada ibu hamil?

Risiko bahaya penyakit vertigo pada ibu hamil

Vertigo adalah masalah umum yang dialami oleh kira-kira 40 peratus individu, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. Ia akan menyebabkan pesakit berasa seolah-olah diri sendiri atau keadaan sekeliling sedang berpusing.

Masalah ini meningkat dengan peningkatan umur dan kira-kira dua hingga tiga kali lebih tinggi dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

Walaupun gejala ini mungkin hanya berlaku selama beberapa jam atau hari, namun simptom ini mungkin boleh berlarutan selama bertahun-tahun jika tidak didiagnos dan dirawat awal.

Bukan itu sahaja, ia boleh menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada manusia yang melibatkan keseimbangan badan. Antara punca-puncanya ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Faktor hormon

Sebenarnya punca utama penyebab vertigo pada ibu hamil ialah peningkatan hormon dalam tubuh. Hal ini kerana pembuluh darah menjadi lebih besar sehingga menyebabkan penurunan pada tekanan darah.

Vertigo yang dialami merupakan tanda alami kerana darah memerlukan masa untuk sampai ke bahagian otak. Keadaan ini terjadi kerana darah turut dialirkan ke janin, tidak hanya seluruh tubuh ibu hamil.

Di samping itu, bahaya penyakit vertigo akibat hormon ini terjadi pada trimester pertama, namun dengan tempoh masa berbeza pada setiap ibu.

#2. Tekanan darah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tekanan darah ibu turut menjadi faktor penyebab masalah vertigo. Hipotensi atau tekanan darah rendah yang disertai dengan gangguan penglihatan menjadi ciri utama anemia pada ibu mengandung.

Seterusnya, ia akan membuatkan ibu hamil cenderung untuk mengalami penyakit vertigo.

#3. Tahap gula dalam darah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak hanya masalah gula dalam darah tinggi berbahaya, rupanya kadar gula dalam darah yang rendah juga cukup membahayakan.

Hipoglikemia atau gula darah yang rendah boleh menyebabkan penyakit vertigo. Dalam hal ini, kemampuan untuk mengepam darah kembali ke otak menjadi lebih cepat sehingga memberikan kesan berasa pening.

Cara merawat masalah vertigo pada ibu mengandung

Sekiranya anda mengalami sejarah vertigo atau mempunyai faktor risiko penyakit ini, terdapat beberapa langkah rawatan bagi mengurangkan gejala.

Cara pertama apabila berlaku serangan vertigo, anda perlu duduk atau berbaring. Jangan cepat bangun kerana kemungkinan besar untuk pengsan.

Kedua sekiranya anda merasakan tanda-tanda untuk pengsan, lakukan perkara berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Duduk dan berbaring dengan meletakkan kepala secara perlahan-lahan ke bawah.
  • Amalkan cara pernafasan yang baik dan sentiasa menghirup udara segar.
  • Jangan memakai pakai ketat
  • Memaksimumkan peredaran udara di dalam rumah dengan membuka semua tingkap.
  • Amalkan makanan yang kaya dengan zat besi.

Pencegahan gejala vertigo

Walaupun mempunyai banyak faktor, risiko vertigo sebenarnya dapat dikurangkan dengan:

  1. Tidak berdiri terlau lama
  2. Pastikan kaki anda terus bergerak sambil berdiri untuk meningkatkan peredaran darah.
  3. Semasa duduk dan berbaring, praktiskan cara bangun dengan perlahan-lahan.
  4. Pengambilan makanan seimbang secara teratur.
  5. Tidur secara mengiring dan elakkan terlentang.
  6. Jangan makan malam ketika menghampiri waktu tidur
  7. Elak mandi dengan air panas
  8. Pakai pakaian yang selesa

Semasa melalui tempoh kehamilan, setiap ibu akan mempunyai pelbagai keluhan yang berbeza. Kuncinya adalah anda perlu sentiasa peka dengan keadaan dan 'isyarat' dari badan. Jangan terlalu menekankan keadaan kerana ia boleh memberikan kesan yang lebih buruk.

Justeru sekiranya anda mendapati langkah pencegahan telah dilakukan dan tidak menunjukkan sebarang tanda serangan ini akan berkurangan, pastikan untuk segera mendapatkan rawatan doktor di hospital yang berdekatan bagi memastikan keadaan diri dan bayi dalam kandungan benar-benar selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: shutterstock

Sumber: Penulis asal Anisyah. Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: