Tanggal 15 Mac lalu merupakan hari gelap di New Zealand dan buat seluruh umat Islam apabila masyarakat digemparkan dengan kejadian penembakan di 2 buah masjid.
Pengganas yang melakukan serangan turut membuat siaran langsung seolah-seolah sedang bermain permainan video, walhal mangsanya adalah manusia yang tidak bersalah!
Kes Tembakan Yang Mempunyai Pengaruh Permainan Video
Irwan Dahnil, seorang blogger dan pengembara yang berasal dari Malaysia, telah berkongsi pendapatnya mengenai kejadian tersebut dan kaitannya dengan permainan video.
Berikut merupakan perkongsian saudara Irwan Dahnil di Facebook:
Kes di Christchurch sebiji seperti yang kita selalu lihat di social media atau permainan popular sekarang.
.
Penembak di Masjid Al Noor, Brenton Tarrant 28 tahun telah membuat liputan langsung selama 16 minit melalui akaun Facebook Live.
.
Dilaporkan ia berlaku ketika hampir 300 umat Islam sedang bersedia menunaikan solat Jumaat. Sehingga post ini ditulis, 49 orang terbunuh dan ramai lagi yang sedang kritikal dan dirawat di hospital.
.
Risau tengok bagaimana secara Live ini memberi input secara terus kepada seluruh pengguna internet dan media sosial.
.
Sebelum serangan, Tarrant menyatakan “Remember lads, subscribe to Pewdiepie” ketika bersiaran livestream di Facebook. “Jangan lupa kawan, subscribe ke (channel) Pewdiepie”.
.
Pewdiepie adalah seorang Youtuber yang mempunyai hampir 90 juta langganan dan sering melakukan komentari terhadap permainan elektronik secara online. Namun, Pewdiepie menafikan terlibat.
Sebut sahaja permainan seperti Counter Strike, Call of Duty atau PUBG yang memang mendedahkan pemain dengan keganasan seperti tembak-menembak, ia dengan mudah masuk ke fikiran setiap orang. P ermainan Fortnite memang jelas mempunyai objektif untuk membunuh pemain lain. Apabila Tarrant menggunakan teknik kamera yang sama seperti permainan online tersebut ketika melepaskan tembakan, ramai dari kita terpedaya dan percaya bahawa kejadian tembakan di Christchurch itu adalah salah satu komentari permainan online yang disiarkan di sosial media. Sedangkan ia adalah kejadian sebenar pada masa yang sebenar. Walau pun kajian menunjukkan pelbagai kesan yang berbeza permainan video dan kaitannya dengan keganasan di dunia sebenar, bagi anak-anak bakal menerima kesan yang lebih besar. Fortnite sebagai contoh mempunyai 200 juta pengguna berdaftar, permainan online memberi pengaruh kepada apa yang anak-anak lihat dan rasa. Ia menjadi sumber peniruan yang jelas buat kanak-kanak.
Bahaya Permainan Video: Peranan Ibu Bapa di Rumah
Bagi ibubapa, tugas kita memelihara anak-anak juga semakin sukar. Antara langkah-langkah yang kita boleh lakukan dirumah adalah : 1. Kita perlu lebih ambil peduli tentang apa yang anak kita lihat dan saksikan di internet. Ia mungkin memberi kesan terhadap sikap dan tingkah laku mereka secara senyap tanpa kita sedari.
.
2. Menghadkan masa capaian anak-anak terhadap jenis permainanan. Anak yang bermain secara berterusan mula memahami perkara seperti strategi keganasan dan modus operan di dalam sesuatu misi.
.
3. Banyak permainan adalah permainan pelbagai pengguna. Kenali dengan siapa anak kita berkawan secara online. Dalam banyak keadaan, pengguna sering menggunakan bahasa yang kasar ketika bermain.
.
4. Cipta akaun kawalan ibu bapa. Ia membolehkan permainan ini memerlukan keizinan ibubapa untuk dicapai dan ia tidak boleh dicapai sembarangan. Ini membolehkan kita mengawal bentuk permainan yang sesuai untuk anak-anak.
.
5. Baca sinopis atau objektif sesuatu permainan. Setiap permainan biasanya mempunyai tahap rating keganasan dan nilai kesesuaiannya dengan umur anak-anak.
.
Keganasan kini sudah masuk ke rumah dalam bentuk yang berbeza. Mungkin kita boleh menutup pintu rumah, menghalang anasir jahat masuk ke dalam, tetapi ancaman dari setiap komputer, tablet, gajet atau telefon bimbit merupakan sumber terbesar yang boleh merosakkan fikiran anak-anak.
.
Tugas kita semakin berat. Kita adalah apa yang kita fikir, lihat dan baca.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Glasgow, Scotland
Apa yang diperkatakan oleh pemuda ini sedikit sebanyak menjelaskan tentang bahaya permainan video.
Malah kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang bermain permainan video khususnya yang mengandungi kandungan tembak-menembak dan keganasan lebih cenderung untuk bersikap memberontak.
Hal ini bukanlah berdasarkan penilaian kata-kata sahaja, malahan terdapat dokumentari yang menjelaskan mengenai isu ini.
Ada beberapa kajian video di Youtube mengenai pengaruh permainan video yang mendorong kepada sikap agresif kepada kanak-kanak.
Walaupun isi tembakan ini bukanlah 100% disebabkan oleh permainan video, tetapi sebaiknya kita boleh mencuba untuk menjauhkan anak-anak dari terpengaruh dari situasi sebegini. Jadi ibu bapa tolong beri perhatian dan kawal apa yang dilakukan oleh anak-anak ya!
Semoga bermanfaat.
Berapa lama anak meluangkan masa dengan telefon bimbit?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Irwan Dahnil
Baca juga:
Suami Dan Anak Yang Suka Main Video Game Boleh Kena Sawan Fotosensitif!