Suami Isteri Dilarang Berhubungan Saat Haid, Jangkitan Kuman Boleh Berlaku Bahayakan Kesihatan!

undefined

Berhubungan saat haid tidak digalakkan kerana ia mendatangkan bahaya kepada suami isteri. Sebaiknya elakkan bersama pasangan ketika tempoh ini

Hubungan intim bersama pasangan mendatangkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Walau bagaimanapun ramai yang menutup mata dan berhubungan saat haid meskipun ia dilarang dalam Islam.

Tidak dinafikan bahawa pasangan yang baru berkahwin cenderung melakukan hubungan seks dengan lebih kerap berbanding pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga. Malah ada yang inginkannya setiap hari. 

Ramai pasangan tidak dapat mengawal keinginan untuk berhubungan saat haid

adakah boleh berhubungan saat haid

Bagi anda yang tidak tahu, mungkin tertanya-tanya adakah boleh berhubungan saat haid? Apakah boleh berhubungan saat haid sedikit?

Menurut pembantu perubatan di New York, Tara Ford menjelaskan bahawa beberapa orang wanita mengaku mereka berasa paling ghairah pada hari ketiga datang bulan.

Jika anda tidak mengawal keinginan ini, ia boleh menyebabkan sex saat haid terjadi.

Menurut Dr Laura Berman, pakar seks dan terapi dari Sekolah Perubatan Feinberg, Universiti Northwerstern, Chicago, berhubungan saat haid adalah sangat bahaya untuk kedua-dua pihak, terutamanya para isteri.

Ini antara kemungkinan risiko bahaya berhubungan intim saat haid:

#1. Jangkitan seksual

Efek berhubungan saat haid yang ramai tidak sedar adalah berlakunya jangkitan seksual. Hal ini kerana leher rahim yang terbuka membolehkan bakteria masuk dan membiak.

Penyakit seperti hepatitis lebih mudah merebak jika anda melakukan hubungan seks ketika haid kerana cairan dari badan keluar lebih banyak dari biasa.

#2. Jangkitan kulat faraj

Semasa haid, kadar pH di faraj meningkat kerana kadar pH dalam darah haid juga tinggi. Ini mengakibatkan kulat berkembang dan membiak dengan lebih cepat.

Oleh itu, efek berhubungan saat haid membuatkan anda mudah terkena jangkitan kulat faraj. Malah, ia juga boleh membuatkan gejala ini lebih parah!

#3. Jangkitan pada lelaki

Selain itu, bahaya berhubungan saat haid juga boleh menyebabkan suami terkena jangkitan kuman. Darah dari faraj dan rahim boleh masuk ke dalam zakar dan menjadi tempat penyebaran kuman dan bakteria.

Keadaan ini sekaligus boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing dan membahayakan kesihatan anggota kelamin pasangan anda.

#4. Infeksi pada dinding faraj

Semasa haid, dinding faraj akan membengkak dan ia merupakan proses semulajadi. Lapisan dinding rahim akan gugur bersama darah haid.

Darah ini berpotensi untuk membiakkan kuman dan bakteria yang boleh mendatangkan jangkitan saluran kencing. Sebab itulah adanya larangan saat haid untuk pasangan suami isteri.

#5. Pembuluh darah tersumbat

Seks ketika haid juga boleh membuatkan suami berisiko untuk mengalami pembuluh darah tersumbat.

Ini kerana gerakan zakar akan menusuk dan membuatkan gelembung udara masuk ke pembuluh darah dan boleh mengakibatkan darah tersumbat dan kematian mendadak.

Jadi sebagai kesimpulannya, bahaya berhubungan saat haid ini boleh dielakkan dengan menahan diri dari melakukan hubungan seksual semasa anda datang bulan.

Lebih baik mencegah dari merawat kan?

Hukum berhubungan saat haid

Hukum berhubungan saat haid

Hukum berhubungan saat haid adalah suatu perbuatan yang dilarang dalam agama Islam.

Larangan ini telah dinyatakan dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 222, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

” Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: “Haid itu adalah kotoran.” Oleh itu hendaklah kamu menjauhi wanita di waktu haidh, dan janganlah kamu mendekati mereka sehingga mereka suci. Apabila mereka suci, maka campurilah mereka di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri (Surah Al-Baqarah 222).

Ayat tersebut diturunkan apabila seorang sahabat bertanya tentang hubungan intim suami isteri ketika isteri sedang haid. Selepas ayat ini diturunkan, umat Islam dilarang bersetubuh sehingga haid bersih.

Para ulama’ juga bersepakat bahawa hukum berhubungan saat haid adalah haram dan jika dilakukan boleh menyebabkan dosa besar. Justeru, suami isteri hendaklah menahan diri daripada melakukan hubungan seksual buat sementara waktu.

Bagaimana pula suami isteri berhubungan saat awal haid karena tidak tahu?

Bagi pasangan yang berhubungan saat awal haid karena tidak tahu, ia adalah perbuatan yang dimaafkan. Anda tidak berdosa dan tidak perlu membayar kaffarah.

An-Nawawi dalam kitab al-Majmu, menjelaskan tentang hukum berhubungan saat haid:

ومن فعله جاهلاً وجود الحيض أو تحريمه، أو ناسياً أو مكرهاً، فلا إثم عليه ولا كفارة، لحديث ابن عباس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (إنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأُ وَالنِّسْيَانُ وَمَا اُسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ). حديث حسن رواه ابن ماجه والبيهقي وغيرهما

“Orang yang melakukan hubungan badan ketika haid, karena tidak tahu istrinya sedang haid atau tidak tahu bahwa itu terlarang, atau karena lupa, atau terpaksa, maka dia tidak berdosa dan tidak ada kewajiban membayar kaffarah. Berdasarkan hadis Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah memafkan kesalahan umatku karena tidak sengaja, lupa, atau dipaksa.” Hadis hasan riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi. (al-Majmu’, 2:359).

Cara menebus dosa berhubungan saat haid yang disengajakan

Sekiranya anda dan pasangan sengaja melanggar larangan melakukan hubungan badan dengan isteri ketika haid, ada cara menebus dosa berhubungan saat haid iaitu dengan:

  • Bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah di atas perbuatan tersebut
  • Suami disunatkan bersedekah dengan satu dinar sekiranya dia melakukan persetubuhan di permulaan haid, dan setengah dinar sekiranya dilakukan pada akhir-akhir haid. 
  • Memperbanyakkan amalan soleh 

Apakah berhubungan intim saat menstruasi bisa menyebabkan kehamilan?

Apakah berhubungan intim saat menstruasi bisa menyebabkan kehamilan

Menurut American Pregnancy Association (APA), peluang untuk mengandung jika melakukan hubungan seks saat haid adalah lebih tinggi jika anda mempunyai kitaran haid yang pendek.

Sebagai contoh, kitaran haid anda ialah 21-24 hari. Ini bermakna tempoh subur atau ovulasi anda berlaku lebih awal daripada kitaran anda. Selain itu, sperma boleh hidup dalam badan wanita sehingga 5 hari.

Jadi, apabila anda melakukan hubungan seks pada hari terakhir haid, kemungkinan besar ia adalah ovulasi dan sperma akan melekat pada rahim.

Bersetubuh ketika haid masih boleh menyebabkan kehamilan kerana kitaran waktu subur wanita lebih panjang. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 26-34 hari, peluang untuk hamil jika melakukan hubungan seks semasa haid adalah kecil. Walau bagaimanapun, kemungkinan kehamilan masih wujud.

Ini kerana tempoh subur setiap wanita adalah berbeza. Telur yang dikeluarkan oleh badan semasa ovulasi hanya bertahan selama 24 jam. Jika ia tidak disenyawakan oleh sperma, sel tidak dapat bertahan di dalam rahim.

Kemudian ia keluar bersama semua darah haid kira-kira 14 hari kemudian.

Bincang dengan pasangan untuk amalan berhubungan intim yang sihat dan selamat

#1. Jangan merokok

Sekiranya pasangan atau anda masih merokok, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berhenti.

Bagi perokok sudah tentu anda tahu yang kandungan nikotin dalam tembakau berisiko untuk membuat saluran darah menjadi sempit khususnya pada bahagian zakar.

Kesannya pada hubungan intim? Sudah tentu akan terjejas! Ada kemungkinan nanti pasangan anda tidak boleh menaikkan zakarnya, atau erti kata lain tiada ereksi. 

#2. Hubungan seks yang fleksibel

Sekiranya anda berasa ‘pressure’ untuk kerap melakukannya hanya kerana ingin mengecapi bilangan ideal untuk melakukan hubungan intim, ternyata ianya salah.

Tiada peraturan dan bilangan yang tepat berapa kali anda patut lakukan dalam seminggu atau sebulan.

Asalkan anda dan pasangan saling memahami dan melakukannya dengan penuh kemesraan dan keghairahan maka sebulan sekali pun boleh. 

Tahap libido seseorang adalah berbeza. Anda tidak boleh ikut gaya hidup orang lain contoh jika rakan karib anda asyik bercerita dia dan pasangan melakukan hubungan intim 3 kali seminggu, tak bermakna anda perlu ikut.

Nafsu seks kita dipengaruhi oleh banyak faktor, seperti pekerjaan, usia, kesihatan dan tekanan harian. 

Jadi jangan sesekali rasa pressure untuk melakukan hubungan intim hanya kerana orang lain menetapkan bilangan untuk anda.

Yang penting anda dan pasangan saling memahami dan punyai cara tersendiri dalam mengatur kehidupan seks anda. 

#3. Kawal pemakanan

Sekiranya anda makan malam terlalu kenyang, ia akan memberi efek kepada nafsu berahi anda malam itu.

Pastikan anda makan sedang-sedang sahaja sekiranya anda dan pasangan sudah merancang untuk bersama malam itu.

Dan elok jika anda makan makanan yang mampu menaikkan nafsu berahi seperti makanan pedas, sayuran seperti timun, atau buah-buahan seperti betik atau strawberi, dan macam-macam lagilah.

#4. Lakukan eksperimen

Cuba tampil berlainan dalam aksi anda, contohnya anda boleh lakukannya di tempat berlainan selain di dalam bilik tidur.

Jika mahukan sedikit keseronokan, pasangkan lilin dan tutup gelap semua lampu dan jika rumah anda mempunyai pemandangan yang menarik bukalah tingkap dan beraksi!

Tapi pastikan tingkap rumah anda tidak berhadapan dengan rumah orang lain ya, takut nanti jadi persembahan percuma pula!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Jenis Seks Suami Isteri Yang Mampu Kukuhkan Rumah Tangga

Baca juga: Tips Menyimpan Duit Suami Isteri Tanpa Stres, Pilih 3 Cara Mudah Ini Dapat Simpan Banyak!

Baca juga: Benarkah Wanita Lebih Mudah Terangsang Sebelum Datang Haid Kerana Kurang Kemungkinan Untuk Hamil?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!