X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Benarkah Wanita Lebih Mudah Terangsang Sebelum Datang Haid Kerana Kurang Kemungkinan Untuk Hamil?

4 min bacaan
Benarkah Wanita Lebih Mudah Terangsang Sebelum Datang Haid Kerana Kurang Kemungkinan Untuk Hamil?

Kebanyakan wanita mengakui berasa lebih ghairah menjelang tempoh datang bulan sehingga selalu teringin untuk bersama suami. Adakah situasi ini normal?

Menjelang sahaja tarikh datang bulan, sesetengah wanita akan mengalami gejala berbeza seperti kemunculan jerawat, mood berubah-ubah, kekejangan perut dan teringin pelbagai makanan manis. Bukan itu sahaja, ada juga wanita ghairah dan keinginan untuk bersama suami meningkat 360 darjah!

Menurut penasihat kesihatan Healthline, Janet Brito, wanita ghairah disebabkan oleh peningkatan libido menjelang waktu haid merupakan sesuatu yang normal. Ini disokong oleh beberapa penelitian membuktikan adanya peningkatan libido dua minggu menjelang waktu ovulasi.

Mengapa wanita ghairah sebelum datang bulan

wanita terangsang

credit to sources

Biarpun belum jelas apa penyebabnya, hormon seseorang memainkan peranan besar. Saat ovulasi terjadi akan berlakunya peningkatan kadar hormon estrogen dan progesteron. Ini adalah masa paling subur di mana sel telur telah bersedia untuk disenyawakan.

Selain hormon, berikut merupakan penyebab libido meningkat ketika menjelang menstruasi:

#1. Risiko kehamilan menurun sebelum datang haid

Melakukan hubungan seks sehari sebelum keluarnya darah haid akan menurunkan potensi mengandung. Justeru menyedari hal ini, kebanyakan wanita akan lebih berasa ghairah untuk bersama ‘lebih’ dengan suami.

Namun perlu berjaga-jaga juga kerana masih ada kemungkinan untuk ‘lekat’. Sekiranya belum bersedia hamil lagi, anda boleh pakai alat perancang keluarga seperti kondom, pil perancang ataupun pancut luar.

#2. Cecair keputihan menjelang haid meningkatkan daya sensitiviti

Salah satu petanda anda haid hampir tiba ialah keluarnya keputihan. Dalam hal ini, peningkatan jumlah keputihan akan menambahkan pelincir dan sekaligus sensitiviti pada bahagian kemaluan. Sebahagian wanita mengatakan ia berkesan merangsang mereka, lebih-lebih lagi bila suami ada di depan mata!

#3. Kembung perut menjelang haid menekan bahagian G-spot anda

Kebanyakan wanita akan mengalami masalah kembung atau kekejangan perut menjelang waktu haid. Menurut beberapa penelitian, perubahan kadar estrogen dan progesteron mempengaruhi penyimpanan cecair dalam tubuh badan. Biarpun masalah ini membuatkan anda rasa tidak selesa, namun ia menekan pada bahagian G-spot dan membuatkan vagina menjadi ekstra sensitif.

Uterus yang mengembang juga akan menekan saraf tepi yang memicu kepada rangsangan seksual secara semula jadi.

#4. Melakukan hubungan persetubuhan akan meredakan gejala PMS

wanita ghairah menjelang haid

credit to sources

Pre-menstrual syndrom (PMS) terjadi antara 5 hingga 11 hari menjelang anda datang haid. Gejalanya pelbagai, dari timbul jerawat, kekejangan perut dan sebagainya. Berdasarkan penelitian, melakukan hubungan persetubuhan dengan pasangan mampu menurunkan rasa kurang selesa akibat tanda-tanda menstruasi dengan melepaskan endorfin peningkat mood.

Wanita berasa terangsang selama kitaran haid adalah perkara normal. Jadi silakan sahaja jika anda ingin mengadakan hubungan seks dengan pasangan, baik seminggu atau beberapa hari sebelum haid.

Fasa perubahan hormon seks dalam tubuh badan

Normalnya beberapa hari sebeblum memasuki hari pertama menstruasi atau fasa ovulasi, semua hormon yang terlibat seperti luteinizing (LH), estrogen, progesteron dan testoteron cenderung lebih tinggi daripada hari-hari yang sebelumnya.

Peningkatan hormon LH ini akan mendorong tubuh untuk melepaskan sel telur. Ini secara tidak langsung membuatkan hormon LH berperanan membuatkan anda rasa lebih ghairah dan mudah terangsang ketika menjelang datang bulan.

Seterusnya, beberapa ketika sebelum pendarahan menstruasi terjadi, semua hormon tersebut seakan-akan berpisah bagi menjalankan tugas masing-masing. Kadar hormon estrogen cenderung mengalami peningkatan, sedangkan kadar progesteron adalah jauh lebih rendah selama dan setelah seseorang wanita datang haid.

wanita ghairah sebelum haid

credit to sources

Kombinasi perubahan hormon inilah yang akan membuatkan anda berasa lebih ghairah sebelum datang bulan berbanding ketika tidak haid. Justeru, beberapa ketika sebelum haid, semasa haid serta beberapa haid setelah haid, merupakan waktu paling umum terjadinya peningkatan keinginan seksual wanita.

Tidak dinafikan terdapat prinsip-prinsip tertentu aliran kitaran haid pada wanita. Walau bagaimanapun, kadang-kadang akan berlaku pada akhir kitaran, tarikan seksual akan tiba-tiba menjadi kuat. 

Pakar psikologi cenderung mempercayai bahawa peningkatan libido pada akhir kitaran haid sesetengah wanita adalah disebabkan oleh fakta bahawa mereka tidak takut kehamilan berlaku. Justeru, mereka akkan menjadi lebih berani dan bebas untuk hebat beraksi di ranjang.

Stories Rakan Kongsi
How Can I Improve My Child’s Nutrient Absorption?
How Can I Improve My Child’s Nutrient Absorption?
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Staying Healthy For Your Developing Child: 6 Nutritional Diet Hacks for Busy Mummies
Staying Healthy For Your Developing Child: 6 Nutritional Diet Hacks for Busy Mummies
Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang
Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang

Sumber: Liputan 6, Hello Sehat

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comingin-bersama

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Benarkah Wanita Lebih Mudah Terangsang Sebelum Datang Haid Kerana Kurang Kemungkinan Untuk Hamil?
Kongsikan:
  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham