Ibu, Ini 8 Initipati Menarik Dalam Bajet 2018 Yang Patut Anda Tahu!

Digelar sebagai ibu segala bajet, pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada meliputi beberapa manfaat yang boleh dinikmati oleh kaum wanita dan para ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semalam, telah berlangsung pembentangan bajet 2018 oleh perdana menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kita letak tepi isu sindir-menyindir dan gelak ketawa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat semalam dan fokuskan perhatian kita terhadap beberapa perkara penting dan menarik.

Sebagai seorang wanita, ibu dan mungkin juga berkarier, berikut adalah beberapa intipati dalam Bajet 2018 yang perlu anda tahu.

Ia akan memberikan manfaat kepada diri anda, bayi, serta ahli keluarga yang lain.

1. RM200 untuk bayi yang lahir bermula 2018

Kredit: Says.com

Di dalam perbentangan Bajet 2018 semalam, Datuk Seri Najib telah mengumumkan bahawa bayi yang lahir pada tahun 2018 akan menerima dana simpanan sebanyak RM200 seorang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia akan disalurkan melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB) sehingga tahun 2022.

Ia adalah skim Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) yang pertama kali dilakukan bagi tujuan menjamin masa depan generasi TN50.

Tapi, satu perkara penting yang ibu semua perlu tahu adalah ia bukanlah saluran wang tunai yang diberikan secara terus, tetapi lebih kepada simpanan wang yang disalurkan terus ke akaun PNB di bawah nama bayi anda.

2. Cuti bersalin dipanjangkan untuk ibu mengandung

Selain itu, Bajet 2018 juga melihatkan bagaimana ia menjadi lebih mesra wanita atau mesra ibu hamil.

Semalam, di dalam pembentangan bajet beliau, perdana menteri juga turut mengumumkan bahawa tempoh cuti bersalin bagi wanita hamil yang bekerja di pejabat kerajaan akan dipanjangkan daripada 300 ke 360 hari.

Namun, setiap pekerja wanita yang akan bersalin ini hanya dihadkan kepada pengambilan 90 hari cuti bersalin untuk setiap 1 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Berita baik untuk ibu yang mengalami masalah kesihatan dan pencen awal

Bagi para wanita yang berkhidmat dalam sektor kerajaan, ada berita baik buat anda.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan dan membuat keputusan untuk pencen awal, anda masih layak untuk menikmati manfaat pencen yang sama seperti mereka yang berkhidmat sepenuhnya.

4. Ibu hamil boleh pulang kerja awal

Kredit: Says.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sememangnya, banyak berita menggembirakan telah diumumkan semalam buat para ibu yang bekerja di pejabat kerajaan.

Jika anda hamil dan telah mencecah usia 5 bulan, anda dibenarkan untuk pulang kerja sejam awal.

Malah, jika suami anda bekerja di pejabat kerajaan yang berhampiran, dia juga turut dibenarkan pulang awal.

5. Cuti rehat khas untuk para guru dipanjangkan

Jika anda seorang guru pula, cuti rehat khas yang diperuntukkan kepada para guru juga telah dipanjangkan daripada 7 ke 10 hari setahun.

Ini bermakna, anda masih berpeluang mengambil beberapa cuti tambahan jika berlakunya sebarang kecemasan keluarga atau hal penting lain.

6. Cuti bersalin mandatori untuk pekerja swasta dipanjangkan

Apabila membaca intipati bajet di atas, terasa seperti semua manfaatnya adalah khas buat para pekerja kerajaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak juga, di sini Datuk Seri Najib turut menyarankan supaya majikan memanjangkan cuti bersalin mandatori sektor swasta daripada 60 ke 90 hari.

Ini bermakna, majikan anda disarankan untuk mengikuti jumlah cuti bersalin kerajaan iaitu selama 3 bulan berbanding 2 bulan.

7. Penurunan 2 mata untuk cukai pendapatan

Kredit: Nst.com.my

Sebagai seorang ibu yang berkarier, sudah pasti berita yang seterusnya ini mampu membuatkan anda tersenyum.

Kini, cukai pendapatan 2018 telah diturunkan sebanyak 2 mata antara RM300 ke RM1,000 seperti yang berikut:

  • RM20,001 – RM35,000: Diturunkan dari 5% ke 3%
  • RM35,001 – RM50,000: Diturunkan dari 10% ke 8%
  • RM50,001 – RM70,000: Diturunkan dari 16% ke 14%

Malah, bagi ibu yang sebelum ini telah berhenti kerja selama 2 tahun dan kini ingin kembali bekerja, kerajaan juga menyarankan supaya gaji untuk tahun pertama dikecualikan daripada cukai!

8. 3 lagi mahkamah jenayah seksual terhadap kanak-kanak akan ditubuhkan

Lagi satu intipati Bajet 2018 yang patut anda tahu adalah tentang penambahan jumlah mahkamah jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3 lagi buah mahkamah akan dibina bagi melindungi anak-anak kita daripada gangguan jenayah seksual.

Menurut perdana menteri, ia adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara!

Bajet 2018 sebagai bajet yang menyeluruh

Menurut Datuk Seri Najib, bajet kali ini adalah lebih komprehensif dan merangkumi pelbagai jenis umur, daripada bayi sehinggalah para pesara dan warga emas.

Ia bersesuaian dengan temanya iaitu “Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50.”

Jadi, bagaimana ibu semua? Apa pendapat anda tentang Bajet 2018 kali ini? Mari berkongsi pandangan di ruangan komen ya!

Sumber: Metro, Says, Redza Zainol di Facebook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Cuti Bersalin Kerajaan & Swasta: Berapa Hari Maternity Leave, Hak Pekerja & Syarat

Penulis

Noor