Didapati dari lelaman www.hafreen.com
Istimewa tentang baju kurung menyusu
Sebelum ini, ibu-ibu yang menyusukan biasanya akan menggunakan kain penutup atau nursing cover dan tudung bagi menutup bahagian badan yang akan terdedah apabila menyusukan bayi. Selain menggunakan kain penutup, ibu-ibu juga diberi pelbagai pilihan baju menyusu seperti blouse menyusu, kemeja, mini jubah serta kaftan menyusu.
Konsepnya sama, belahan yang agak luas pada bahagian leher memudahkan penyusuan tanpa perlu menyelak baju ke atas. Bagi mini jubah, selain belahan leher yang panjang dan besar, ada juga antaranya yang berbelah melintang pada dada dan berlapis. Bagi kemeja pula, terdapat pilihan dimana belahan dibuat pada bahagian dada menegak di kiri dan kanan. Ada yang dilengkapi dengan zip dan ada juga yang menggunakan teknik kain bertindih. Jadi ibu-ibu hanya perlu menyelak belahan pada dada untuk menyusukan bayi.
BERKAIT : 10 tempat shopping di KL anda mesti kunjungi!
Baju kurung menyusu
Walau bagaimanapun, dalam musim perayaan, tentu tidak menceriakan jika hanya memakai blouse atau kemeja. Tentu ibu-ibu menyusu juga ingin berbaju kurung. Bermula 2007, telah muncul baju kurung, sama ada jenis biasa, moden atau kurung Pahang, yang mengambil konsep sama – baju kurung menyusu.
Rata-rata baju kurung menyusu ini menggunakan belahan leher baju kurung yang panjang di dada sambil bahagian belahan tersebut dilapik dengan selapis kain dari dalam. Jadi apabila butang leher baju dibuka, tidaklah kelihatan bahagian dada ibu. Apa yang perlu dibuat hanya menyelak lapisan kain dalam pada bahagian dada dan menyusukan. Orang ramai tidak akan tahu sama ada ibu-ibu sedang menyusukan atau sedang mendukung bayi yang tidur.
Menyusukan di tempat awam
Pernahkah terbayang zaman nenek-nenek kita dahulu? Bagaimana mereka menyusukan bayi di tempat awam? Terutama di musim perayaan, pasti mereka juga sibuk mengunjungi sanak saudara dan jiran tetangga.
Melalui pengalaman orang tua-tua mereka biasanya menumpang bilik untuk menyusukan bayi atau lebih drastik lagi, jika bayi masih menyusu, tidak berkunjung ke rumah sanak-saudara tetapi saudara maralah yang mengunjungi ibu dan anak. Memang diakui sukar untuk menyusukan di tempat terbuka atau di rumah orang lain.
BERKAIT : Menyusu di tempat awam harus menjadi kebiasaan
Dengan hakikat bahawa susu ibu adalah pembina imunisasi bayi yang terbaik, dan dengan adanya pelbagai jenis pakaian menyusu termasuk baju kurung menyusu, ibu-ibu zaman sekarang sepatutnya tidak lagi punya alasan untuk tidak menyusukan anak dengan susu badan. Pakaian-pakaian menyusu ini membolehkan ibu-ibu menyusukan pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.
Didapati dari lelaman BlingBoutique.
Di manakah harus anda cari?
Bagi jenis pakaian menyusu lain seperti blouse dan kemeja, anda boleh dapatkannya di mana-mana butik ibu-ibu mengandung seperti Jusco Maternity, ModernMum dan MotherClub.
Bagi baju kurung menyusu pula, ia lebih mudah didapati secara online. Anda hanya perlu taipkan ‘baju kurung menyusu’ di ruangan carian dan senarai panjang kedai online bagi baju kurung menyusu akan diperoleh. Sebagai permulaan, anda boleh layari beberapa laman ini. Mereka menyediakan pelbagai jenis baju kurung menyusu dengan corak dan rekaan yang menarik:
BERKAIT: Sebelum membeli baju raya anak-anak..anda harus..
Amaze
Rujukan: