Apabila hamil, anda yang akan berubah denga sangat ketara adalah bentuk badan. Malah baju yang dipakai juga perlu selesa. Di sini kami kongsikan tips memilih baju mengandung buat ibu hamil di luar sana!
Ramai ibu mengandung berpendapat bahawa bila disahkan mengandung, masa untuk anda bergaya dan menawan harus dilupakan buat seketika.
Ternyata pendapat itu tidak benar sama sekali. Wanita mengandung masih boleh kelihatan bergaya dan rasa hebat pada waktu yang sama. Dengan syarat, ibu tahu apakah ciri-ciri baju mengandung yang patut di pilih.
Baju ibu mengandung buat ibu tampil bergaya!
Dapat bergaya namun mengenakan baju yang tidak selesa sudah semestinya perkara pertama yang ingin dielakkan oleh ibu mengandung. Ini kerana apa yang paling penting dalam kehidupan seharian ibu mengandung adalah mengenakan baju yang selesa.
Ibu mengandung selalu di duga dengan masalah-masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, ketidak selesaan adalah perkara pertama yang ibu mengandung ingin hindari.
#1. Baju mengandung boleh laras
Pilih baju yang boleh laras kecil atau besar di bahagian pinggang supaya dapat disesuaikan dengan kenaikan berat badan dan saiz perut. Biasanya ia boleh dilaraskan dengan tali yang dijahit di bahagian pinggang kiri dan kanan.
#2. Baju untuk keselesaan
Membeli baju ibu mengandung bila perut sudah mula kelihatan semakin membesar oleh orang sekeliling kita. Baju khas untuk ibu mengandung ini selalu direka untuk keselesaan anda yang maksimum dan ia adalah idea yang lebih baik daripada membeli baju biasa tetapi bersaiz besar.
Anda masih boleh pakai baju biasa untuk 3 bulan pertama kehamilan.
#3. Jangan beli terlampau besar
Elakkan diri daripada membeli baju mengandung yang jauh lebih besar untuk anda. Masalah dengan membeli baju terlampau besar adalah sudah semestinya anda nampak lebih besar dari biasa.
Tidak dinafikan ketika mengandung, ibu akan mengalami kenaikan berat badan jauh lebih banyak dari biasa. Namun, seboleh-bolehnya ibu tidak mahu kenaikan berat badan itu nampak terlampau jelas bukan? Baju ibu mengandung akan kecil di bahagian yang sepatutnya namun memberi ruang yang secukupnya untuk perut supaya dapat mengekalkan bentuk badan anda.
#4. Kenal pasti bentuk badan anda
Kenal pasti jenis bentuk badan anda. Jika perut anda lebih ke bawah, pakaian yang lembut di pinggang akan lebih selesa. Potongan kemeja yang panjang melepasi perut akan kelihatan menarik untuk anda.
Jika perut anda lebih ke bawah, baju yang lembut di pinggang akan lebih selesa. Potongan kemeja yang panjang melepasi perut akan kelihatan menarik untuk anda.
Jika perut anda lebih tinggi, anda boleh cuba wujudkan garisan antara dada dan perut dengan memakai baju yang mempunyai tali.
#5. Lupakan baju yang ketat
Ketika masih dalam trimester 1, lupakan dahulu baju yang terlampau ketat dan memeluk badan. Pilih baju yang jatuh secara natural dan longgar di perut, pinggul yang boleh menutup kenaikan beberapa kilogram berat badan anda. Skirt A-line, potongan empire amat sesuai.
#6. Seluar khas ibu mengandung
Pakai seluar yang khas untuk ibu mengandung yang mempunyai getah support di perut dan ada tali boleh laras di perut.
#7. Beli ikut trimester
Untuk trimester ke-2, melaburlah dalam beberapa baju yang sesuai untuk setiap perkembangan badan anda seperti ikatan di belakang dan butang yang membolehkan anda melaras pakaian tersebut sementara anda mengalami perubahan badan dari masa ke semasa.
Ia pasti satu pelaburan yang berbaloi.
Untuk trimester ke-3, seluar mengandung adalah teramat selesa namun tetap bergaya. Pertimbangkan untuk tidak memakai kasut tumit tinggi kerana boleh membawa kepada masalah sakit belakang. Gantikan dengan kasut rata dan sandal.
#8. Sesuai untuk menyusu
Pilih baju mengandung yang sesuai untuk menyusu supaya anda dapat memakainya untuk jangka masa yang lama. Yang paling baik adalah dengan fungsi selak sahaja di bahagian dada baju dan tanpa zip.
#9. Elakkan seluar berzip
Elakkan fabrik baju yang keras dan pilih fabrik yang memeri. Elakkan seluar berzip dan berbutang. Memakai seluar yang elastic dan bertali adalah satu kemestian.
#10. Corak, garisan menegak,
Garisan menegak lebih baik daripada melintang dan elakkan corak yang besar.
#11. Seluar warna gelap, baju cerah
Pilih seluar yang gelap dan baju mengandung yang cerah.
Khas untuk pembaca theAsianparent
Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Siapa Kata Ibu Hamil Tak Boleh Bergaya? Ini Tips Fesyen Ibu Mengandung Tanpa Bajet Besar
Baca juga: 7 Tips Memilih Baju Untuk Ibu Mengandung, Yang Penting Selesa & Nampak Cantik!