Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

Baju raya untuk wanita hamil bukan terhad macam dulu lagi dah, sekarang dah banyak pilihan yang cantik dan selesa!

“Alamak…macam mana nak pakai baju lawa masa raya nanti? Mesti banyak baju tak muat. Kalau ada baju raya ibu mengandung pun mesti tak boleh bergaya pun."

Menjelang hari raya, biasanya kaum wanita mula mencari baju yang cantik dan kemas untuk digayakan, malah ada yang berpakat untuk sedondon dengan ahli keluarga. Tambahan lagi, fesyen terkini memang banyak rekaan yang menarik dan pelbagai.

Mungkin bagi sesetengah bakal ibu, pemilihan baju raya untuk ibu mengandung biasanya lebih terhad dan tidak banyak rekaan yang bukan sahaja sesuai untuk wanita hamil, tetapi boleh dipakai untuk menyusu juga. Ini sebenarnya hanya anggapan ramai sahaja, hakikatnya kini banyak baju raya ibu mengandung yang cantik, dan masih boleh dipakai selepas melahirkan kerana tak nampak macam baju ibu mengandung pun tau!

Cara Memilih Baju Raya Ibu Mengandung Yang Selesa dan Sesuai Dengan Tubuh

baju raya ibu hamil

Apabila memilih baju untuk wanita hamil, kalau boleh ibu jangan memilih sebarangan sahaja. Sebenarnya ibu boleh saja memakai baju yang tepat jika anda pertimbangkan beberapa perkara seperti di bawah:

  • Corak baju: Cari baju raya ibu mengandung dengan corak yang bergaris ke bawah dan bukannya melintang ke tepi. Bagi yang berminat rekaan bunga pula, pilih bunga yang kecil. Kedua-dua faktor ini menyumbang kepada ilusi yang lebih slim dan tidak mengembang.
  • Bukaan menyusu: Pilih baju yang memudahkan penyusuan bayi. Ibu boleh pilih baju yang berbutang di atas, berzip atau lebih baik baju yang sedikit longgar di bahagian supaa mudah untuk menyelak baju. Percayalah, ibu pasti masih mahu pakai baju tersebut selepas bersalin jadi fikirlah untuk jangka masa panjang.
  • Rekaan baju: Elakkan membeli baju raya yang mengikut bentuk tubuh kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan kelak, apatah lagi selepas makan lebagai juadah raya! Pilih juga baju yang lebih labuh supaya baju tidak terangkat.
  • Kain bergetah: Pilih kain yang bergetah di pinggang supaya boleh dilaraskan mengikut keselesaan.

8 Pilihan Baju Raya Mengandung Cantik dan Selesa

Masih runsing nak beli di mana? Kami ingin membantu ibu dengan memberi cadangan baju raya yang cantik dan selesa dipakai pada hari istimewa tersebut nanti. Jom shopping!

Baju Raya Ibu Mengandung 2024
Petit Moi Yasmine Kurung
Terbaik Selesa Dengan Cuaca Malaysia
more info icon Beli di Shopee
Pokoks The Bayu Women Kurung Top
Terbaik Linen Sejuk Berangin
more info icon Beli di sini
Hanya Mawar Kurung Set
Terbaik Pinggang Elastik Penuh
more info icon Beli di Shopee
Lubna Lace Wrap Top Kurung Set
Terbaik Jenis Wrap Slit
more info icon Beli di Zalora
Whimsigirl The Signature Linen Knot Skirt in Midnight
Terbaik Dengan Kain Wrap
more info icon Beli di sini
Naelofar Aalisha Cardigan Abaya
Terbaik Stail Abaya
more info icon Beli di Shopee
Jannahnoe Batik 2.0 - Ainnys Kurung
Terbaik Dengan Potongan Loose Selesa
more info icon Beli di Shopee
Azuredzua Kareena Kurung in Violet
Terbaik Dengan Rekaan Mewah Ala Saree
more info icon Beli di Shopee

Petit Moi Yasmine Kurung

Baju Raya Ibu Mengandung Terbaik Selesa Dengan Cuaca Malaysia

Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

Siapa yang tak kenal dengan jenama Petit Moi kan? Rekaannya untuk Yasmine Kurung in Desert Rose ini cukup elegan dan menawan! Yang penting selesa ya, ibu! Ia merupakan ciptaan yang sangat minimalis untuk ibu tampil cantik di pagi raya nanti, sekali dengan konfiden level yang terbaik.

Baju kurung cantik dengan sentuhan yang fancy, tetapi juga pilihan yang sangat sempurna dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. Cetakan bunga menambah sentuhan manis begitu juga dengan perincian smock dan sulaman dalam warna merah jambu.

Apa yang kami suka:

  • 100% kain cotton
  • Perincian bermotif pada kolar dan sulaman di bahagian lengan
  • Bahagian atas kolar tinggi dengan tiga butang dan reben
  • Skirt berlapik penuh dengan pinggang bergetah
  • Tersedia dari saiz XXS sehingga XL

Pokoks The Bayu Women Kurung Top

Baju Raya Ibu Mengandung Terbaik Linen Sejuk Berangin

Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

Boleh kata dengan cuaca yang panas sekarang ini, seeloknya pilih pakaian yang mempunyai pengudaraan yang baik sekaligus menjaga suhu badan. Aidilfitri yang bakal menyusul selepas ramadan ini pastinya lebih selesa untuk ibu hamil menggayakan The Bayu Women Kurung Top ini dari Pokoks. 

Nama jenama yang tidak asing lagi dikalangan penggemar baju raya di Malaysia ini kali ini membawakan koleksi The Bayu yang mana anda sekeluarga boleh tampil sedondon ya!

Yang paling penting, baju raya yang sesuai sebagai baju kurung mengandung ini dihasilkan dengan LinenSejook yang mana satu material baru berinovatif tinggi yang dicipta dan dihasilkan untuk mencapai tahap pengudaraan yang terbaik, sesuai untuk cuaca tropikal di Malaysia ini.

Materialnya diperbuat daripada serat semula jadi yang rasa lembut dan licin pada kulit.

Apa yang kami suka:

  • Hadir dengan variasi rona; Sail, Explore, Wild, Window, Dusk, White, Pink, Baby Yellow, Lavender, Orange, Black
  • Potongan semi loose selesa
  • Baju raya sedondon untuk sekeluarga
  • Material semula jadi
  • LinenSejook yang mana dihasilkan untuk mencapai tahap pengudaraan kain yang terbaik
  • Kurung moden dengan silhouette A-line

Hanya Mawar Kurung Set

Baju Raya Ibu Mengandung Terbaik Pinggang Elastik Penuh

Hanya Mawar Kurung Set baju raya ibu mengandung

Satu lagi jenama lokal yang terkenal dengan baju raya, dan ibu mengandung juga tidak ketinggalan untuk menyarung helaian jenama ini kerana keselesaaan materialnya! Mawar Kurung set hadir dengan rona-rona lembut bersama perincian yang paling gah pada bahagian sambungan neckline, tali riben pembukaannya, dan riben berjurai pada bahagian lengan. 

Rekaannya yang tidak simetri nyata mengetengahkan siluet mengalirnya. Pasti selesa untuk ibu hamil kerana ia direka dengan bahagian pinggang yang elastik dan lining penuh untuk keselesaan maksimum!

Apa yang kami suka:

  • Material campuran linen yang menyejukkan menjadikan ia sesuai untuk beraya kala cuaca panas
  • Rekaan lengan yang dramatik dan mengetengahkan perincian
  • Pembukaan baju bahagian hadapan
  • Lengan puff elastik
  • Pinggan skirt elastik sepenuhnya
  • Hadir dengan 5 rona lembut: Blush, Lilac, Yellow, Blue dan Blush 

Lubna Lace Wrap Top Kurung Set 

Baju Raya Ibu Mengandung Terbaik Jenis Wrap Slit

Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

Ibu hamil yang inginkan baju raya yang jenis wrap, ini mungkin pilihan terbaik buat ibu! Lubna hadir dengan Lace Wrap Top yang mana sangat selesa untuk perut ibu hamil yang kian membesar.

Kedua-dua bahagian set ini top dan bottom dihasilkan daripada material cotton, yang mana cukup selesa untuk ibu pakai di pagi raya.

Apa yang kami suka:

  • Lengan panjang terbuka mesra wuduk
  • Bahagian atas balutan renda Broderie dengan hiasan tulle dan appliqu bunga
  • Direka dengan pengetat mudah ikat sendiri di bahagian tepi
  • Selesa untuk ibu hamil dengan perut yang kian membesar

Whimsigirl The Signature Linen Knot Skirt in Midnight

Baju Raya Ibu Mengandung Terbaik Dengan Kain Wrap

Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

Ibu-ibu hamil mesti suka dengan set kebaya linen dari Whimsigirl ini. Ia direka daripada linen dengan bercorak jalur yang mana sangat mudah untuk dipakai, diraikan dan selesa menyarungnya sepanjang hari!

Boleh kata rekaan Whimsigirl ini semenganya bersahaja effortless tetapi cukup elegan. Set ini juga hadir dengan kain sarung dengan ikatan di hadapan yang mana mudah untuk ibu hamil pakai. Tak perlu risau kain tak muat lagi.

Apa yang kami suka:

  • Hadir dengan 7 variasi warna: Hitam, hijau, kelabu, maroon, rona pasir, saffron dan putih
  • Tersedia dalam 6 saiz; dari saiz XS sehingga XXL
  • Material 100 peratus linen dengan jalur
  • Tidak jarang (kecuali rona putih)

Naelofar Aalisha Cardigan Abaya 

Baju Raya Ibu Mengandung Terbaik Stail Abaya

Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

Raya kali ini, Naelofar menampilkan rekaan timeless, versatile dan elegan dalam abaya. Rekaannya yang moden dan potongan loose dengan siluet bersaiz besar pada bahagian pergelangan tangan cukup membuatkan abaya ini kelihatan elegan dan praktikal.

Abaya ini hadir bersama dengan kardigan yang mempunyai cangkuk di bahagian hadapan. Jadi, anda boleh memakainya sendiri dengan bahagian dalam di bawah, atau membuka butang di hadapan dan menggayakannya sebagai kardigan!

bercirikan material satin matte dengan lengan bersusun dan trim paip di bahagian lengan dan bawah menyerlahkan penampilan ibu dengan pakaian minimalis namun sofistikated pada hari raya ini.

Rekaannya yang loose seakan design baju mengandung ini sangat selesa untuk ibu yang kian sarat hamil.

Apa yang kami suka:

  • Material Heavy Matte Satin
  • Selesa untuk ibu hamil kerana rekaannya yang loose
  • Hadir dengan saiz S-M, L-XL
  • Dengan 2 rona lembut: Nougat & Mauve
  • Rekaan yang menutup aurat, bahagian leher yang tinggi, sesuai untuk ibu hamil yang berhijab
  • Akses zip hadapan
  • Ciptaan yang menyejukkan

Jannahnoe Batik 2.0 – Ainnys Kurung

Baju Raya Ibu Mengandung Terbaik Dengan Potongan Loose Selesa

baju raya ibu mengandung

Sekiranya ibu gemar memakai pakaian yang loose dan tidak menampakkan baby bumps yang semakin menonjol, rekaan baju kurung jenis longgar dari Jannahnoe sesuai untuk anda. 

Terdapat renda pada lengan dengan pergelangan tangan lebar dan butang di bahagian hadapan yang tidak ‘melemaskan’ perut ibu sepanjang hari. 

Baju kurung bercorak batik moden in diperbuat dari tekstur satin yang sejuk apabila dipakai.

Apa yang kami suka:

  • Material satin
  • Pergelangan tangan lebar (mesra wuduk)
  • Selesa dipakai lama
  • Ada butang di bahagian depan
  • Sesuai dipakai untuk semua majlis

Azuredzua Kareena Kurung in Violet

Baju Raya Ibu Mengandung Terbaik Dengan Rekaan Mewah Ala Saree

baju raya ibu mengandung

Ibu ingin tampil berbeza dan menyerlah di pagi raya? Koleksi Kareena Kurung dari Azuredzua yang hadir dengan rekaan ala saree cutting loose yang memudahkan ibu menggayakannya. Walaupun kainnya jenis pario tetapi anda tak perlu ikat dan kain tidak terbelah kerana pario sudah siap dijahit. 

Terdapat zip pada bahagian tengah, belakang dan atas supaya senang menyarung atau menanggalkan baju. 

Apa yang kami suka:

  • Material Cotton Shimmer (trend baju raya 2024)
  • Bahagian top dengan leher bulat dan potongan kaftan
  • Skirt pario segera, tinggal zip dan cangkuk pada bahagian belakang
  • Potongan loose jadi ibu boleh pakai sehingga kandungan sarat

Perbandingan Baju Raya Ibu Mengandung Terbaik 2024

Jenama Harga
Petit Moi Yasmine Kurung RM359.00
Pokoks The Bayu Women Kurung Top  RM139.00
Hanya Mawar Kurung Set RM349.00
Lubna Lace Wrap Top Kurung Set  RM193.90
Whimsigirl The Signature Linen Knot Skirt in Midnight RM228.00
Naelofar Aalisha Cardigan Abaya – Black RM269.00
Jannahnoe Batik 2.0 – Ainnys Kurung RM268.00
Azuredzua Kareena Kurung In Violet RM129.00

Tips Persediaan Untuk Ibu Mengandung Ketika Beraya

Walaupun raya lambat lagi, tidak salah sekiranya ibu mengambil langkah berjaga sebagai persediaan awal untuk menyambut hari raya terutama jika kandungan telah melepasi usia kandungan 36 minggu atau sedang menunggu hari. 

Bagi situasi di atas, pakar tidak menggalakkan anda pulang ke kampung kerana dalam tempoh ini pada bila-bila masa sahaja anda akan melahirkan bayi. Sebaiknya, berbincang dengan doktor terlebih dahulu dan menjalani pemeriksaan kandungan bagi memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang baik. 

Selain itu, pastikan ibu membawa buku pink atau buku rawatan kehamilan sebagai persediaan sekiranya sudah hampir tarikh bersalin. Bawa ubat-ubatan, vitamin dan kit kecemasan serta barang kelengkapan ibu dan bayi sepanjang tempoh perjalanan. 

Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, anda mestilah sentiasa:

  • Minum air yang mencukupi sekiranya tidak berpuasa. Pengambilan air yang banyak boleh mengelakkan dehidrasi kerana terlalu letih.
  • Pakai pakaian longgar dan selesa ketika dalam kenderaa. Sama juga dengan kasut bagi mengelakkan kaki bengkak kerana duduk terlalu lama.
  • Berehat setiap dua jam dan melakukan regangan kaki dan tangan supaya pengaliran darah berjalan dengan lancar.
  • Elakkan terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Pilih waktu yang sesuai untuk bertolak dan periksa kenderaan terlebih dahulu

Pun begitu, ibu-ibu perlulah memilih baju raya berdasarkan trimister kehamilan. Ini kerana tidak semua pilihan yang disyorkan selesa untuk ibu mengandung. Jadi, sebelum melabur untuk beberapa pasang baju raya yang sesuai, ibu perlu meneliti saiz sebelum membeli. Selamat berbelanja dengan bijak!

Khas untuk pembaca theAsianparent

Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jom Tempah Bufet Ramadan 2022 Sekitar Lembah Klang Sekarang! Menu Mana Satu Yang Menjadi Pilihan Anda?

Baca juga:  Tips Memilih Baju Untuk Ibu Mengandung

Baca juga: 9 Baju Breastfeeding Terbaik, Pilihan dari Dress, Pakaian Kerja Hingga Ke Baju Tidur Untuk Ibu Menyusu