Mencari bufet Ramadan di sekitar Lembah Klang?
Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam berpuasa setiap hari dari subuh hingga matahari terbenam. Ini dimaksudkan untuk menjadi masa disiplin rohani dan merenung hubungan seseorang dengan Allah, berdoa, peningkatan amal dan bersedekah serta mempelajari Al-Quran yang intensif. Secara tradisinya, puasa dibatalkan dengan kurma atau sesuatu yang manis sebelum solat Maghrib setiap hari.
Bagi masyarakat Islam di Malaysia, sesetengah daripada mereka gemar untuk berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan. Salah satu tempat yang sering dijadikan lokasi berbuka puasa bersama-sama adalah di hotel yang menawarkan bufet Ramadan yang menarik!
Tip Memilih Hotel Dengan Iftar Bufet Ramadan
Sebelum menempah bufet Ramadhan, pertimbangkan beberapa perkara di bawah:
- Pilih hotel yang menawarkan hidangan yang menjadi pilihan anda.
- Lokasi yang strategik.
- Pilih hotel yang mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat seperti mengamalkan penjarakan sosial, memakai sarung tangan serta memakai pelitup muka.
- Pertimbangkan waktu perjalanan dari tempat kerja/rumah kerana anda perlu sampai awal untuk berbuka.
- Tempah dengan lebih awal, sebaik-baiknya 3-7 hari sebelum tarikh tarikh tempahan.
- Bijak memilih bufet yang menawarkan harga yang berbaloi, terutamanya jika anda datang dengan keluarga dan kanak-kanak.
- Tanyakan lebih awal sekiranya ada promosi bagi yang menempah sebelum bulan puasa. Jika ada, anda memang bernasib baik!
11 Hotel Sekitar Lembah Klang Yang Menawarkan Bufet Ramadan
[product-comparison-table title="Bufet Ramadan Terbaik Lembah Klang"]
#1 Hotel Sunway Putra
Terbaik selera nusantara

Selera Nostalgia Mal-Indo
Jika di Malaysia terdapat ramai penggemar tempe, begitu juga di Indonesia. Jika di sini ada ramai peminat sate, begitu juga di sana. Kita ada nasi himpit, mereka ada soto. Jika kita ada kuih bingka, di sana mereka terkenal dengan kuih bika Ambon.
Hakikatnya, bila bercerita tentang makanan, begitu banyak persamaan di antara kedua-dua negara.
Selera Nostalgia Mal-Indo membawa pelbagai hidangan lokal Malaysia yang popular seperti kari kepala ikan kakap merah, rendang Tok, makanan laut bakar-bakar dan aneka daging, sate dan lemang dengan serunding ayam & daging di sepanjang 100 meter paparan kami.
Bersama sekali dari bahagian Sumatera, Sulawesi, Jawa dan sebahagian Kalimantan, para pelanggan dapat menjamu representasi masakan Indonesia seperti soto Betawi, sup tulang rawon, nasi uduk, daging sapi dengdeng berlado, pecel lele dengan santan, paru sambal terasi, ayam bakar Taliwang, gulai daun singkong dan banyak lagi
- 9 April hingga 1 Mei 2022
- 6.30 petang hingga 10 malam
- RM129 harga bersih (dewasa)
- RM64.50 harga bersih (kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun)
- Kanak-kanak bawah 5 tahun makan secara percuma (maximum 2 orang)
#2 Hotel Pavilion Kuala Lumpur
Terbaik aneka juadah

Muhibbah Malaysia Buffet
Biasanya hujung minggu masing-masing tidak akan melepaskan peluang untuk membeli-belah keperluan raya. Jadi apa kata selepas membeli-belah di pusat beli-belah Pavilion, ajak keluarga tersayang menikmati sajian Muhibbah Malaysia hanya di The Courtyard @Pavilion Hotel Kuala Lumpur pada tahun ini.
Nikmati hidangan enak dengan suasana muhibah di tengah bandar Kuala Lumpur, dengan seleksi juadah tempatan dan antarabangsa yang pastinya kena dengan selera anda sekeluarga.
- 7 April - 1 Mei 2022
- 6.30 petang - 10 malam
- RM 188.00 (dewasa) / early bird pada harga RM150.00
- RM 94.00 (kanak-kanak usia bawah 12 tahun & warga emas atas 60 tahun)
- Promosi early bird hingga 1 April 2022
#3 Hotel Corus Kuala Lumpur
Terbaik sajian warisan

Santapan Warisan
Buat yang mahukan kepelbagaian, mari berbuka puasa di Hotel Corus Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai hidangan tradisional dan warisan air tangan nenek moyang dari lauk pauk sehingga kuih-muih.
Jika ada anak berusia 5 tahun ke bawah, mereka boleh menikmati sajian bufet secara percuma!
- 5 April - 30 April 2022
- 6.30 petang - 10 malam
- RM 108.00 harga bersih (dewasa) / early bird pada harga RM98.00
- RM 70.00 harga bersih (kanak-kanak usia 5 hingga 11 tahun)
- Tempah untuk 50 orang, dapat harga istimewa
#4 Hotel Impiana KLCC
Terbaik seisi keluarga

Selera Ramadan Buffet Dinner
Mencari bufet ramadan yang mesra kanak-kanak? Anda boleh menikmatinya di Selera Ramadan Buffet Dinner @ Tonka Bean Hotel Impiana KLCC yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan orang.
Menyediakan pelbagai hidangan Melayu yang menggoda seperti Sup Gear Box Meletup, peminat masakan arab pula boleh mencuba Nasi Briyani Gam Kambing Istimewa.
Apa yang paling menarik, ais krim Baskin-Robbins free flow menanti anak-anak anda di sana! Si ayah pula pasti tidak akan melepaskan peluang menikmati pelbagai juadah durian di Durian Station dan nikmatinya dengan pemandangan malam KLCC!
- 3 April - 2 Mei 2022
- 6.30 petang - 10 malam
- RM 178.00 harga bersih (dewasa)
- RM 89.00 harga bersih (kanak-kanak berusia 2 hingga 11 tahun)
#5 Hotel Eastin Kuala Lumpur
Terbaik suasana mewah

Icip-Icip Kampungku
Dengan siling yang tinggi, ruang terbuka yang luas, dan rekaan kontemporari moden di keseluruhan restoran Swez Brasserie di Hotel Eastin Kuala Lumpur menimbulkan suasan mewah untuk berbuka puasa.
Menawarkan variasi sajian tempatan dan antarabangsa yang disediakan oleh Cef Dennie dan pasukannya, apa yang dinantikan peminat Icip-icip Kampungku setiap tahun pastinya kambing panggang yang disumbat nasi arab.
Selain itu, sup gear box berempah juga menjadi 'killer food' sepanjang bufet Ramadan ini berlangsung selain nasi lemak kukus daun teratai yang sangat enak.
- 6 April - 30 April 2022
- 6.30 petang - 10.30 malam
- RM 125.00 (Dewasa)/early bird pada harga RM125
- RM 88.00 (Kanak-kanak)
- Promosi early bird hingga 3 April 2022
#6 Hotel Berjaya Times Square
Terbaik sajian Iran

[email protected] Ramadan Buffet
Mahu mencari kelainan untuk menikmati juadah berbuka puasa? Anda boleh mencuba variasi sajian dari negara Iran di Bazaar @ 14 Ramadan Buffet di Hotel Berjaya Times Square yang turut mendapat jolokan 'bufet terpanjang di bandar'.
Menampilkan air tangan cef kelahiran Iran, Cef Sasan, pelbagai menu utama dari negara tersebut ditawarkan bersama signature dish yang sangat enak.
Bukan itu sahaja, 20 gerai lain dengan hidangan tempatan turut ditawarkan kepada pengunjung seperti daging dendeng, gulai ayam nangka, dan kambing masak merah. Tidak dilupakan menu yang sentiasa ditampilkan dalam bufet Ramadan mereka, kari kepala ikan istimewa, sup ekor, sate dan lemang juga boleh dinikmati.
- 4 April - 30 April 2022
- 7 malam - 9.30 malam
- RM 148.00 (dewasa)/early bird RM100
- RM 88.00 (kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun) / early bird RM60
- Promosi early bird hingga 31 Mac 2022
#7 Hotel Sheraton Petaling Jaya
Terbaik 2 pilihan bufet

Citarasa Rantau
Jika anda tinggal di Petaling Jaya atau bekerja di kawasan tersebut, jangan pening nak pilih bufet Ramadan kerana Hotel Sheraton Petaling Jaya menawarkan 2 pilihan bufet Ramadan mengikut bajet anda!
Anda boleh memilih Citarasa Rantau di Feast @ Sheraton PJ atau Santapan Iftar di The Grand Ballroom @ Sheraton PJ yang mana kedua-duanya menawarkan bufet sajian tempatan.
Ayam Percik dari Kelantan, Rendang Daging Minang dari Negeri Sembilan, Sayur Paku Belacan dari Sarawak dan pelbagai lagi sajian negeri yang disajikan kepada pengunjung.
- 3 April - 2 Mei 2022
- 6.30 petang - 10.30 malam
- Feast : RM158.00 harga bersih (dewasa) /early bird pada harga RM118.00 dan RM79 harga bersih (kanak-kanak)/ early bird pada harga RM59
- The Grand Ballroom : RM118.00 harga bersih (dewasa)/ early bird pada harga RM98.00 dan RM 59.00 harga bersih (kanak-kanak)/ early bird pada harga RM49
#8 Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur
Terbaik suasana klasik

Nostalgia Rembulan Ramadhan Buffet
Nikmati hidangan lebih dari 80 jenis masakan dengan suasana klasik tahun 60-an. Menarik kan? Dengan penuh rasa budaya dan asli masakan tempatan warisan Malaysia di sini di JP Teres, Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Ramadan tahun ini, jangan lupa bawa insan tersayang ya?
Setiap minggu menampilkan sajian utama berlainan seperti nasi kandar, nasi briyani lautan, nasi lemak pandan dan nasi kenduri JP teres, pengunjung juga bolek menikmati sajian live station seperti roti canai, hidangan mi, yong tau fu, aneka sup, sate, pasembur Pulau Pinang dan banyak lagi.
- 3 April - 1 Mei 2022
- 6.30 malam - 10.30 malam
- RM 188.00 (Dewasa)/ early bird pada harga RM168
- RM 94.00 (Kanak-kanak berumur antara 7-12 tahun)/ early bird pada harga RM84
- Tempah untuk 10 orang, bayar pada harga RM168 sekepala
- Promosi early bird hingga 2 April 2022
#9 Hotel The Saujana Kuala Lumpur
Terbaik pengiktirafan halal JAKIM

Cita Rasa & Nostalgia Ramadan
Setiap kali Ramadan, timbul perdebatan mengenai sajian makanan di premis makanan, restoran mahupun hotel yang menawarkan hidangan bufet sempena bulan puasa.
Isu ini timbul apabila operator premis makanan menawarkan promosi tanpa memperoleh persijilan halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Jika anda ragu-ragu dengan pemilihan bufet Ramadan tanpa sijil halal sah daripada JAKIM, anda tidak perlu khuatir dengan dapur Charcoal di Hotel The Saujana Kuala Lumpur kerana mereka memiliki sijil halal yang sah!
Meskipun diketuai oleh cef bukan Muslim iaitu, Cef Alex Chin namun pihak hotel sedaya upaya mematuhi garis panduan penyediaan makanan halal untuk umat Islam.
Tahun ini bufet Ramadan yang dibawa mereka bertemakan Cita Rasa dan Nostalgia Ramadan Buffet dengan menawarkan aneka sajian tempatan dan antarabangsa.
- 13 April - 12 Mei 2021
- 6.30 petang - 10.30 malam
- RM136 (Dewasa)
#10 Avani Sepang Goldcoast Resort
Terbaik aneka juadah kampung

Citarasa Kampung
Luangkan masa daripada rutin sibuk anda dan nikmati sajian buka puasa yang menarik di Citarasa Kampung pilihan bufet bersama keluarga tersayang di Restoran Bila-Bila, Avani Sepang Goldcoast Resort.
Dengan kedudukan restoran atas laut, anda juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam ketika menjamu selera.
Tahun ini, mereka bawakan menu seperti sup tulang rawan, char keow teow Pulau Pinang dan ikan goreng sos nyonya yang sangat terkenal di restoran ini.
- 2 April - 4 Mei 2022
- 6.30 petang - 10.00 malam
- RM 98.00 harga bersih (dewasa)
- RM 49.00 harga bersih (kanak-kanak)
#11 Hotel Flamingo Kuala Lumpur
Terbaik harga bajet

Ramadan Puasa Buffet
Agak sukar kan mencari bufet Ramadan di sekitar Lembah Klang di bawah harga RM100? Jangan risau ya kerana Hotel Flamingo menawarkan bufet Ramadan pada harga RM78 seorang!
Bukan sekadar murah, pilihan menu bufet juga setanding dengan hotel-hotel mewah yang lain. Paling yang dicari ketika bufet Ramadan adalah kambing golek yang turut tersedia dalam bufet ini.
Selain masakan Melayu, mereka juga menyediakan seleksi sajian India Utara sebagai kelainan untuk para pengunjung. Ternyata hotel ini menawarkan hidangan menarik yang sesuai untuk seisi keluarga, rugi kalau tak cuba!
- 5 April 2021 - 30 April 2022
- 6.30 pagi - 11.00 malam
- RM78.00 harga bersih (Dewasa) / early bird dengan harga RM72.20
- RM58 harga bersih (Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun)/early bird dengan harga RM52.20
- Promosi early bird hingga 2 April 2022
Perbandingan Harga Bufet Ramadan Terbaik
Hotel |
Harga Dewasa |
Harga Kanak-kanak |
Hotel Sunway Putra |
RM129 |
RM64.50 |
Hotel Pavilion KL |
RM188 |
RM94 |
Hotel Corus KL |
RM108 |
RM70 |
Hotel Impiana KLCC |
RM178 |
RM89 |
Hotel Eastin KL |
RM125 |
RM88 |
Hotel Berjaya Times Square |
RM148 |
RM88 |
Hotel Sheraton PJ |
RM158
RM118
|
RM79
RM59
|
Hotel Grand Hyatt KL |
RM188 |
RM94 |
Hotel The Saujana KL |
RM136 |
RM136 |
Avani Sepang Goldcoast Resort |
RM98 |
RM49 |
Hotel Flamingo KL |
RM78 |
RM58 |
Jaga SOP Sepanjang Tempoh Iftar
Bagaimanapun, anda perlulah mengamalkan penjarakan sosial, memakai hand sanitizer serta memakai pelitup muka ketika menyertai mana-mana bufet Ramadan kerana kes jangkitan Covid-19 masih tinggi.
Harus diingatkan, semua bufet Ramadan di mana-mana hotel mewajibkan vaksinasi lengkap kepada pengunjung. Tempah awal untuk mendapat harga istimewa ya!
Baca juga: Jadikan Puasa Kali Ini Lebih Baik & Aktif Dengan 10 Tips Kesihatan Berguna Berikut!