X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jadikan Puasa Kali Ini Lebih Baik & Aktif Dengan 10 Tips Kesihatan Berguna Berikut!

3 min bacaan
Jadikan Puasa Kali Ini Lebih Baik & Aktif Dengan 10 Tips Kesihatan Berguna Berikut!

Amalkan pemakanan yang sihat, jangan berlebihan, banyakkan beribadah...apa lagi ya?

Apakah tips kesihatan di bulan Ramadhan yang anda boleh amalkan?

Pada bulan Ramadhan, pastinya ramai di kalangan kita yang mengamalkan gaya hidup yang berlainan dari hari-hari kebiasaannya akibat pengambilan makanan yang terhad. Hakikatnya, bulan Ramadhan merupakan waktu terbaik bagi mencuba gaya hidup yang lebih sihat dan berdisplin.

10 Tips Kesihatan Di Bulan Ramadhan

tips kesihatan di bulan ramadhan, tips kesihatan ramadhan, tips kesihatan bulan puasa, hikmah puasa, bulan ramadhan, diet bulan ramadhan, aktiviti di bulan puasa, aktiviti bulan ramadhan, amalan sihat di bulan puasa, ramadhan 2019, tips sihat ramadhan, kekal aktif di bulan ramadhan

sumber: ceramah dan khutbah

Tiap kali waktu puasa, pastinya kita akan bersahur dengan banyak dengan niat mengelakkan lapar pada siang hari, dan berbuka dengan pelbagai jenis makanan berat dan manis kononnya untuk menebus semula puasa seharian.

Bagi yang merokok, waktu berbuka puasa kadangkala bermula dengan merokok dulu pula, baru makan! Aduh…

Apa kata pada bulan Ramadhan kali ini kita tetapkan rutin yang boleh diikuti bagi mendapat puasa yang lebih mendatangkan manfaat, bukan pahala semata-mata? Seorang pengguna Facebook yang juga merupakan seorang doktor telah berkongsi tips kesihatan yang boleh anda lakukan di bulan Ramadhan ini.

Berikut perkongsian  Amirul Amzar  di Facebook.

10 TIPS KESIHATAN DI BULAN RAMADHAN

1. Awalkan berbuka, lewatkan bersahur. Ambil karbohidrat kompleks sewaktu bersahur. Minum air secukupnya.

tips kesihatan di bulan ramadhan, tips kesihatan ramadhan, tips kesihatan bulan puasa, hikmah puasa, bulan ramadhan, diet bulan ramadhan, aktiviti di bulan puasa, aktiviti bulan ramadhan, amalan sihat di bulan puasa, ramadhan 2019, tips sihat ramadhan, kekal aktif di bulan ramadhan

2. Jangan tinggalkan sahur, sesungguhnya ada keberkatan dalam bersahur itu dan amalan bersahur adalah amalan yang sihat.

3. Elakkan aktiviti fizikal di tengah terik matahari. Gunakan pelindung sekiranya perlu.

4. Minum air secukupnya, hadkan pengambilan air manis ke dua cawan sahaja sehari. Selebihnya, minumlah air kosong. Sejuk boleh, biasa pun boleh.

5. Perbanyakkan aktiviti fizikal selepas berbuka puasa. Fokus kepada aktiviti berintensiti rendah seperti berjalan, mengemas rumah dan sewaktu dengannya. Solat juga tergolong dalam aktiviti ini. Maka, amalkan lah solat terawih setiap malam.

6. Buat pesakit kronik, pastikan anda masih mengambil ubat-ubatan mengikut dos dan frekuensi ditetapkan. Jika anda disarankan untuk TIDAK berpuasa, maka ikut lah saranan doktor. Fokus kepada ibadah lain bagi menghidupkan Ramadhan.

7. Bagi perokok atau vaper, Ramadhan ini adalah satu peluang bagi anda berhenti merokok. Seawal hari ini, buang semua benda berkait dengan rokok/vape. Boleh cuba dapatkan nicotine patch dan nicotine gum di farmasi. Waktu siang, gunakan patch. Waktu malam, gunakan gum. Rujuk ahli farmasi sewaktu membeli. InsyaAllah selepas Ramadhan berakhir, anda akan menjadi insan baru.

8. Sewaktu berbuka, seeloknya berbuka dengan makanan ringkas dan air dahulu. Solat maghrib dan kemudian barulah makan makanan terhidang. Ini amalan sunnah, dan ianya lebih sihat.

9. Semasa berbuka, mohon jangan balas dendam. Makan sekadar perlu. Ambil makanan yang seimbang dan elakkan mengambil makanan atau minuman manis terlalu banyak.

tips kesihatan di bulan ramadhan, tips kesihatan ramadhan, tips kesihatan bulan puasa, hikmah puasa, bulan ramadhan, diet bulan ramadhan, aktiviti di bulan puasa, aktiviti bulan ramadhan, amalan sihat di bulan puasa, ramadhan 2019, tips sihat ramadhan, kekal aktif di bulan ramadhanA

sumber: the coverage

10. Kita tak tahu Ramadhan ini adakah yang terakhir buat kita atau ada peluang lagi tahun depan. Jadikan ianya Ramadhan terbaik buat kita. Penuhi hikmahnya dari sudut spiritual dan fizikal. Penuhkan dengan ibadah, jadikan ia tarbiyah mengubah tabiat buruk seperti merokok.

Anda boleh Google search “Ramadhan planner pdf” dan download mana-mana berkenan, bagi menjadikan perancangan ibadah anda lebih sistematik.

Dr Amirul Amzar

Semoga bermanfaat.

Bolehkah ibu hamil trimester 3 berpuasa di bulan Ramadhan?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Sumber: Facebook Amirul Amzar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comselamatkah-berpuasa-ketika-hamil

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
7 Expert tips for parents on instilling moral values in kids
7 Expert tips for parents on instilling moral values in kids
Money Lessons For Children That Will Last A Lifetime
Money Lessons For Children That Will Last A Lifetime
Sayangi Diri Anda! Ini 5 Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu-ibu Yang Sibuk Bekerja & Menguruskan Keluarga
Sayangi Diri Anda! Ini 5 Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu-ibu Yang Sibuk Bekerja & Menguruskan Keluarga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Jadikan Puasa Kali Ini Lebih Baik & Aktif Dengan 10 Tips Kesihatan Berguna Berikut!
Kongsikan:
  • Tips Untuk Menyesuaikan Anak Semasa Bulan Puasa

    Tips Untuk Menyesuaikan Anak Semasa Bulan Puasa

  • Senarai Amalan Bulan Puasa Yang Penuh Ganjaran Pahala Mengikut Sunnah Rasulullah

    Senarai Amalan Bulan Puasa Yang Penuh Ganjaran Pahala Mengikut Sunnah Rasulullah

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Tips Untuk Menyesuaikan Anak Semasa Bulan Puasa

    Tips Untuk Menyesuaikan Anak Semasa Bulan Puasa

  • Senarai Amalan Bulan Puasa Yang Penuh Ganjaran Pahala Mengikut Sunnah Rasulullah

    Senarai Amalan Bulan Puasa Yang Penuh Ganjaran Pahala Mengikut Sunnah Rasulullah

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.