X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

10 Checklist Persiapkan Diri Menjelang Ramadhan, Sudah Anda Bersedia?

5 min bacaan
10 Checklist Persiapkan Diri Menjelang Ramadhan, Sudah Anda Bersedia?10 Checklist Persiapkan Diri Menjelang Ramadhan, Sudah Anda Bersedia?

Menjelang Ramadhan, persiapkan diri anda secara rohani dan mental agar dapat menghadapi bulan puasa dengan baik. Semak persediaan Ramadhan untuk kali ini.

Apabila bulan Ramadhan tiba, pastinya kita mula memikirkan persediaan yang akan dilakukan, amalan yang membanyakkan pahala dan yang pastinya, mengganti puasa bagi yang ketinggalan pada bulan puasa yang lepas!

Apakah persediaan Ramadhan yang boleh anda lakukan, supaya anda akan terasa bulan istimewa ini lebih diberkati?

10 Persediaan Diri Sempena Bulan Ramadhan

Setiap kali menjelang bulan mulia ini, umat Islam pasti mahu menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya, supaya kita boleh memasuki bulan Ramadhan dengan lebih tenang, yang membawa kita lebih dekat kepada Pencipta kita, InsyaAllah. 

Perkara utama untuk diingat adalah kita semua perlu bermula dan istiqomah, dengan harapan kita boleh berubah ke arah yang lebih baik.

Berikut merupakan persediaan Ramadhan yang boleh anda lakukan:

1. Bertaubat

persediaan ramadhan

Kredit: iStock

Ramai orang yang mengabaikan bertaubat, kerana sering berfikir hanya bertaubat sekiranya melakukan kesalahan yang besar dan betul-betul disesali.

Sebaliknya taubat sepatutnya diamalkan secara konsisten agar kita sentiasa ingat akan kesalahan dan bagi memperkuatkan ibadah kita.

Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesalahan, namun setiap kesalahan mengajar kita untuk lebih peka dan pastinya boleh menjadikan kita lebih baik.

Jadikan taubat itu sebagai sesuatu yang boleh menghalang kita dari melakukan kesalahan yang sama.

2. Tingkatkan Kualiti Ibadat

persediaan ramadhan, persediaan menghadapi ramadhan, persediaan sebelum ramadhan, ramadhan 2019, persiapan bulan puasa, ketibaan ramadhan, ibadah puasa, merancang ketibaan ramadhan,menyambut kedatangan ramadhan, bulan puasa 2019, checklist ramadhan

Semasa beribadat, sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan kita seperti terleka semasa solat, tidak khusyuk ataupun mula mengamalkan surah baru.

Anda juga boleh cuba mendisplinkan diri untuk bangun lebih awal untuk subuh, hadir lebih kerap ke masjid, berdoa setiap kali selepas solat dan pelbagai lagi.

3. Melakukan Ibadah Tambahan

Ibadah tambahan dilakukan untuk mengisi masa terluang, dan menghindarkan kita dari melakukan perkara yang tidak berfaedah. Berikut merupaka beberapa ibadah lain yang boleh ditambah dalam rutin sepanjang Ramadhan:

  • Baca Al-Quran
  • Lebihkan bersolat dan berzikir
  • Puasa sunat dan puasa ganti

4. Kawal Perbuatan Dan Elak Melakukan Perkara Negatif

persediaan ramadhan

Kredit: Pexels

Walaupun mudah untuk mencari aktiviti tambahan atau perkara yang baik untuk dilakukan (seperti kerja amal atau membantu orang lain), kadang-kadang kita mengabaikan perbuatan yang kecil dan seolah-olah tidak masuk akal yang kita lakukan setiap hari yang memberi impak buruk.

Kawal diri dari bergosip, bermalas-malasan atau bersangka buruk juga antara perubahan kecil yang boleh dilakukan.

Jika kita teruskan sikap positif sebegini, semakin mudah ia menjadi dan kita akan berada dalam kedudukan yang jauh lebih baik semasa Ramadan mudah-mudahan!

5. Berpuasa Lebih Awal

Satu kelebihan melakukan puasa secara sukarela (selain daripada pahala, tentu saja) atau melakukan puasa penggantian hampir menjelang Ramadhan adalah amalan yang baik untuk tubuh anda bagi membiasakan diri dengan berpuasa.

Jadi anda tidaklah berasa terkejut dan letih terlampau pula pada bulan Ramadhan yang sebenar.

6. Jangan Membazir

10 Checklist Persiapkan Diri Menjelang Ramadhan, Sudah Anda Bersedia?

Kredit: Impiana Hotel

Seriap individu mempunyai keperluan yang berbeza untuk apa yang mereka lakukan – sesetengah memerlukan hidangan penuh untuk bertenaga sepanjang hari, sementara yang lain sudah rasa cukup dengan minum air supaya mereka tidak mengalami dehidrasi berpuasa.

Oleh itu, menjelang Ramadan ini, adalah baik untuk ketahui apa yang berfungsi untuk badan anda dan tahu apa yang anda perlukan untuk ambil semasa sahur dan berbuka bagi mengharungi puasa tanpa membazir.

Bulan ramadhan kita lebih cenderung untuk membeli banyak makanan terutama semasa berbuka atas alasan lapar, namun perhatika kuantiti makanan dan tanya diri sendiri, “Adakah saya akan kenyang dengan 2 hidangan?”. Jika ya, hanya ambil 2 hidangan dan jangan berlebih-lebihan ya!

#7 Waktu Tidur Yang Baik

Cuba ubah corak tidur yang akan membantu rutin Ramadan anda – jika boleh, anda boleh mula tidur lebih awal supaya mudah bangun sahur.

Satu lagi kelebihan yang anda boleh lakukan untuk diri anda adalah untuk mendapatkan tidur yang cukup setiap hari , dan mengamalkan tabiat tidur yang baik – tetapkan disiplin apabila anda tidur dan bangun dan cuba mendapatkan tidur yang berkualiti.

#8 Pastikan Kesihatan Baik 

Bagi mereka yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu, sama ada tekanan darah tinggi, diabetes atau penyakit lain, jangan lupa untuk merujuk dengan doktor terlebih dahulu dan pastikan anda dibenarkan untuk berpuasa semasa bulan Ramadan.

Stories Rakan Kongsi
Immunity, The Outdoors & Resilience: How They All Work Together
Immunity, The Outdoors & Resilience: How They All Work Together
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Jangan Abaikan Tumbesaran Anak Yang Lebih Besar, Mereka Juga Perlukan Nutrisi Yang Cukup!
Jangan Abaikan Tumbesaran Anak Yang Lebih Besar, Mereka Juga Perlukan Nutrisi Yang Cukup!
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Anda harus faham keadaan tubuh anda dan sekiranya anda berpuasa, ketahui tanda-tanda apa yang harus dilihat sekiranya anda tidak perlu berpuasa.

#9 Tetapkan Matlamat Anda

persediaan ramadhan

Kredit: Pexels

Ramadan adalah peluang yang baik untuk menjadi lebih bijak tentang apa yang kita lakukan dan mengapa kita melakukannya – di mana kita berusaha untuk mendekati Allah SWT dan menjadi umat Islam yang lebih baik, serta menguatkan rasa masyarakat dalam ummah sebagaimana kita diingatkan tentang kesusahan orang miskin dan mengamalkan belas kasihan kepada mereka yang memerlukan.

Tetapkan hati dan lakukan apa yang anda anda ingin kecapi. Ia adalah baik untuk mempunyai matlamat dalam apa yang anda ingin mencapai Ramadan ini – dan apa yang anda rancang untuk mencapai matlamat tersebut.

#10 Tahu Jadual dan Rancang Dengan Awal

Sebelum menjelang Ramadhan. anda pasti sudah merancang beberapa perkara seperti pergi terawikh, berbuka puasa di luar bersama keluarga dan sebagainya.

Kali ini, rancang perjalanan hari anda dengan baik dengan menguruskan kerja-kerja tertunggak supaya Ramadhan kali ini berjalan dengan baik agar semua rancangan anda menjadi.

Jangan lupa untuk membantu menyiapkan Ramadhan agar lebih mudah dan lancar dengan mempunyai stok barang runcit dan makanan, supaya mudah menyediakan hidangan cepat untuk sahur pada waktu pagi, atau makan di pejabat untuk hari-hari yang anda tahu anda akan bekerja terlambat dan mungkin perlu berpuasa di sana.

Semoga kita semua mempunyai Ramadan yang memuaskan, dan semoga ia mengubah kita untuk lebih baik!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: havehalalwilltravel

Baca juga: Usrah Melatih Anak Mendengar Nasihat, Jadikan Ini Aktiviti Bermanfaat Di Bulan Ramadhan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • 10 Checklist Persiapkan Diri Menjelang Ramadhan, Sudah Anda Bersedia?
Kongsikan:
  • Jadikan Puasa Kali Ini Lebih Baik & Aktif Dengan 10 Tips Kesihatan Berguna Berikut!

    Jadikan Puasa Kali Ini Lebih Baik & Aktif Dengan 10 Tips Kesihatan Berguna Berikut!

  • Tips Untuk Menyesuaikan Anak Semasa Bulan Puasa

    Tips Untuk Menyesuaikan Anak Semasa Bulan Puasa

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • Jadikan Puasa Kali Ini Lebih Baik & Aktif Dengan 10 Tips Kesihatan Berguna Berikut!

    Jadikan Puasa Kali Ini Lebih Baik & Aktif Dengan 10 Tips Kesihatan Berguna Berikut!

  • Tips Untuk Menyesuaikan Anak Semasa Bulan Puasa

    Tips Untuk Menyesuaikan Anak Semasa Bulan Puasa

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.