X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Lakukan Usrah Bersama Keluarga, Aktiviti WAJIB Yang Penuh Manfaat di Bulan Mulia

4 min bacaan
Lakukan Usrah Bersama Keluarga, Aktiviti WAJIB Yang Penuh Manfaat di Bulan Mulia

Selain solat tarawih dan bertadarus Al-Quran semasa di bulan ramadhan, ibu ayah juga boleh melakukan usrah keluarga kerana ia mampu membuatkan anak-anak berdisiplin, mudah menerima nasihat dan menjadi anak yang soleh/solehah.

Rukun usrah itu terbahagi kepada empat kompenan iaitu lelaki dan perempuan, anggota usrah, topik perbincangan dan aktiviti yang dilakukan. Definisi usrah itu sendiri ditafsirkan sebagai perjumpaan yang melibatkan kegiatan Agama Islam seperti perbincangan berkaitan sesuatu tajuk.

Sementara itu, perkataan usrah berasal daripada perkataan dalam Bahasa Arab bermaksud keluarga. Meskipun itu, medium usrah tidak terhad kepada perbincangan sahaja tapi meliput ziarah menziarahi, aktiviti luar, masjid dan di rumah.

Seperti Ramadan pada tahun ini cukup berbeza dan tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini, sampai kita rasa rindunya untuk bersolat tarawih di surau bersama jemaah yang lain tapi apakan daya disebabkan pandemik semuanya harus dilakukan di rumah.

Atas sebab itu, ibu ayah juga boleh memanfaatkan usrah kepada anak- anak dan seluruh keluarga ia sekaligus menjadi aktiviti kegamaaan di bulan puasa.

Rukun usrah dengan ahli keluarga

rukun usrah

Biasa kita melihat usrah ini dilakukan dengan jumlah kelompak yang besar dan secara berkumpulan.

Tapi ia juga boleh dilakukan bersama keluarga, isteri dan anak-anak. Caranya anda boleh mengambil sedikit masa selepas solat berjemaah dan duduk bersama keluarga sekaligus dapat menyucikan minda dan rohani anak-anak.

Aktiviti usrah ini dikongsikan seorang bapa di halaman Facebook miliknya apabila beliau mengadakan sesi usrah atau tazkirah bersama seisi keluarga mengenai topik tertentu sekaligus membantu anak-anak menjadi lebih positif di masa akan datang.

Rukun usrah – Kelebihan berusrah bersama keluarga tercinta

usrah keluarga

Menurut bapa ini, beliau mempunyai sembilan orang anak dan anak yang paling besar berumur 19 tahun. Manakala yang bongsu pula berusia 4 tahun.

Pada malam berkenaan, beliau mengadakan tahlil ringkas dan usrah keluarga.

“Malam ini kami melakukan tahlil ringkas dan usrah keluarga. Doa paling diterima adalah doa dengan anak sendiri. Doakan arwah mak dan arwah abah.

“Selepas melakukan tahlil, hari ini giliran anak kelima saya beri tazkirah dengan tajuk “Corona Virus peringatan daripada Allah. Dan saya memberinya 5 bintang, “tulisnya dalam FB.

Berikut ini adalah perkongsian daripada beliau sendiri tentang kebaikan usrah bersama keluarga.

#1. Jadikan aktiviti mingguan

Dengan adanya usrah ini, ia boleh menjadi aktiviti mingguan kepada anak-anak. Sekaligus ia dapat membuatkan anak-anak ternanti-nanti usrah yang akan dilakukan bersama keluarga.

Apatah lagi, anak-anak yang sudah dewasa dan telah masuk ke universiti pasti akan rindukan suasana usrah ini apabila berjauhan dengan keluarga.

#2. Tempat untuk memberi nasihat

Selain itu, dengan usrah ia dapat menjadi salah satu cara untuk menyampaikan nasihat kepada anak-anak dan keluarga.

Ini kerana, ia adalah masa yang sangat sesuai untuk hati anak bersedia menerima sesuatu selepas mengejarkan solat.

Jadi inilah masanya untuk mereka menerima nasihat dan teguran daripada ibu bapanya.

#3. Melatih anak bercakap dan berkeyakinan diri

kelebihan usrah

Dengan adanya usrah ini juga dapat melatih anak-anak supaya berkeyakinan diri dan bercakap di hadapan orang lain walaupun dengan keluarga sendiri.

Malah mereka juga boleh menasihatkan adik beradik yang lebih tua tapi sikap hormat pada kakak dan abang mesti diutamakan.

Malah, usrah juga dijadikan tempat untuk SOP dan target tertentu serta arahan dalam masa seminggu sekiranya ada event penting dalam keluarga.

#4. Anak mudah mendengar kata

Menurutnya lagi, usrah ini juga dapat membuatkan anak-anak lebih mendengar kata sekaligus dapat memaafkan kesalahan yang mereka lakukan lantas mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

#5. Meeting dalam keluarga

Lakukan Usrah Bersama Keluarga, Aktiviti WAJIB Yang Penuh Manfaat di Bulan Mulia

Biasanya kalau kita bekerja mesti ada bermesyuarat kan? Jadi, kenapa kita tidak menggunaan cara yang sama dalam keluarga?

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Malah cara ini adalah langkah terbaik untuk kumpulkan semua ahli keluarga sekaligus memberi fokus terhadap sesuatu perkara yang ingin dicapai bersama.

#6. Usrah dengan bacaan Quran dan surah Yassin

Selain daripada memberi usrah, anda juga boleh memanfaatkan waktu ini dengan membaca Al-Quran dan surah Yassin bersama anak-anak dan isteri.

Ini kerana, bacaan Quran dan yassin perlu dibaca kuat supaya rumah didatangi malaikat sekaligus jauh dari syaitan yang direjam.

#7. Meluangkan masa untuk anak dan keluarga

Dengan usrah juga dapatlah kita meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak dan isteri kerana mereka adalah segala-galanya untuk kita.

Tapi, pangkat dan harta yang kita ada hanyalah pinjaman di dunia yang sementara ini.

Semoga bermanfaat.

Lakukan Usrah Bersama Keluarga, Aktiviti WAJIB Yang Penuh Manfaat di Bulan Mulia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Baharudin Mohamed 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Lengkap Cara Solat Tarawih di Rumah Untuk Ibu Yang Perlu Jaga Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Lakukan Usrah Bersama Keluarga, Aktiviti WAJIB Yang Penuh Manfaat di Bulan Mulia
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham