Bangkitlah! Keluar Daripada Kemelut Rumahtangga Tidak Bahagia

Mangsa kekejaman rumahtangga haruslah bangkit dan berjuang dan supaya tidak ditindas lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rumahtangga tidak bahagia membuatkan ramai wanita yang menjadi mangsa kekejaman rumahtangga dari saat mereka berkahwin, mengandung, sehinggalah anak meningkat besar. 

Berdasarkan cerita Ayu Aziz IV yang menceritakan bahawa beliau didera mental dan fizikal oleh si suami dan dipisahkan dari anaknya, serta dinafikan hak penjagaan. Selepas itu, beliau memutuskan untuk bangkit dan berjuang demi anak tersayang dan akhirnya, telah menang. Inilah nasihat beliau, mesej kepada wanita wanita tertindas senasib yang lain.

Gambar dari Facebook Ayu Aziz IV

Rumahtangga tidak bahagia

 

Masalah kekejaman dalam rumahtangga tidak bahagia ini terjadi bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia, dengan kisah hidup yang berlainan tetapi masalah yang sama.

Zaman yang penuh dengan cabaran ini, wanita perlu menjadi lebih berdikari, dan jangan terlalu bergantung kepada lelaki. Kerana lelaki diuji semasa dia ada segalanya, wang, harta dan wanita.

Suami Curang

Jaminan kesetiaan seorang lelaki bernama suami kepada seorang isteri tidak dapat dipercayai. Oleh itu, wanita haruslah mempersiapkan diri dengan kemahiran mahupun akademik supaya si suami tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan ke atas anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah yang dihadapi suri rumah sekarang ialah mereka ditindas sewenang-wenangnya dan tidak tahu cari jalan keluar. Mereka tiada simpanan wang sendiri dan hanya bergantung kepada lelaki. Mereka juga tiada sokongan dari pihak luar untuk bangkit memperjuangkan nasib diri. Mereka hanya mampu merintih termenung mengenangkan nasib diri.

Di samping itu, wanita juga jangan hanya bergantung kepada akademik untuk menjana wang. Persiapkan diri dengan kemahiran yang mampu menjana wang sendiri seperti memasak, menjahit dan sebagainya. Ceburikan diri dengan kemahiran berniaga, supaya anda ada simpanan untuk diri sendiri dan juga anak-anak.

Kebanyakan wanita tidak sanggup meninggalkan anak-anak jika mempunyai masalah rumahtangga kerana mereka tahu, si suami tidak akan mampu menjaga anak sesempurna seorang isteri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita juga haruslah mempunyai wang simpanan sendiri. Ini amat penting. Sekurang-kurangnya jika si suami mempunyai hajat untuk berkahwin lain maupun menjalinkan hubungan cinta bersama wanita lain, si isteri bolehlah memulakan niaga menggunakan modal yang ada.

Si isteri juga haruslah merestui si suami jika mereka berhajat untuk berkahwin lain atau cadangkan si suami supaya mengahwini sahaja kekasih pilihan hati jika tidak sanggup melihat suami anda bergelumang dosa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita harus bangkit dan keluar daripada zon selesa, kerana anda tidak tahu bila nasib malang menimpa anda dan bila Tuhan akan uji anda dengan masalah rumahtangga.

Sekurang-kurangnya jika wanita mempunyai simpanan sendiri, mereka juga boleh membantu ahli keluarga lain seperti memberi ibu bapa duit belanja bulanan, malah membesarkan rumah. Ini adalah masa yang sesuai untuk membalas jasa ibu bapa nada setelah sekian lama sibuk menguruskan hal suami dan anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menceritakan masalah rumahtangga bersama orang lain memanglah antara langkah untuk meredakan tekanan, tetapi masalahnya tidak ramai kawan yang mahu mendengar masalah kita. Tetapi langkah yang paling bijak anda boleh lakukan dengan mencari jalan keluar dari masalah.

Percayalah, anda mampu mengubah nasib anda sendiri, bukan orang lain. Dapatkan sokongan daripada kawan-kawan, ahli keluarga dan pihak luar untuk anda bangkit keluar dari masalah rumahtangga anda. Anda mampu mengubahnya.

Anda harus ingat, wanita mempunyai kekuatan sendiri, kaum wanita sangat berupaya untuk mengatasi segala rintangan. Bangkitlah!

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perceraian Dalam Islam: Ini Kesan Kepada Anak-Anak, Ibu Ayah Patut Tahu!

Penulis

Michelle Goh