Selangor antara negeri yang banyak menyediakan bantuan untuk warganya menerusi lebih 40 inisiatif. Ia termasuklah bantuan anak Selangor yang terdiri daripada segenap aspek termasuklah pendidikan, jaminan kewangan malah polisi insurans.
Bantuan Anak Selangor
1.Skim Insurans Am Selangor
Perlindungan takaful am berkumpulan kepada Rakyat Selangor berumur bemula dari 30 hari sehingga 80 tahun dengan premium takaful ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Jenis pampasan adalah kematian akibat kemalangan (RM11,000), kematian akibat kemalangan di luar negara (RM21,000), hilang upaya kekal akibat kemalangan (RM10,000) dan tuntutan kemasukan wad RM50/hari(maksimum 30 hari). Inisiatif Kerajaan Negeri untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit pelbagai masalah, melindungi rakyat dengan semangat negeri penyayangAnda boleh mohon dan dapatkan maklumat lanjut di www.programinsan.com/
2.Iltizam Selangor Sihat
Program Iltizam Selangor Sihat ini merangkumi manfaat rawatan asas di klinik-klinik berdaftar, termasuk vaksinasi terpilih, dan penambahan manfaat perlindungan yang boleh dimohon tuntut oleh ahli aktif/waris. Maklumat lanjut layari www.iltizamselangorsihat.com/.
3.Iltizam Anak Selangor
Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang yang menawarkan sumbangan RM500 untuk setiap bayi baru lahir.
Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun kelahiran. Maklumat lanjut layari anas.yawas.my/online/
4.Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC)
Bagi anak Selangor yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang latihan dan vokasional, anda boleh daftarkan diri di Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC). Pelbagai kursus ditawarkan bawah Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor dengan yuran pengajian serta penginapan ditanggung Kerajaan Negeri.
Ia termasuk kursus elektrik (tahap 2), sistem komputer (tahap 3), jahitan (tahap 1 & 2), automotif (tahap 2), kulinari (tahap 2), pastri (tahap 2) dan motosikal (tahap 1 & 2). Maklumat lanjut layari stdc.edu.my/
5.Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.
Terdapat juga Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun. Penyata Simpanan TAWAS ini adalah dokumen penting yang perlu disertakan semasa membuat tuntutan RM 1500 apabila mencapai usia 18 tahun. Maklumat lanjut layari tawas.yawas.com.my/
6.Skim Air Darul Ehsan
Program penjajaran semula pemberian air percuma kepada golongan sasar penduduk Negeri Selangor yang berkelayakan untuk menikmati pemberian rebat air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang). Maklumat lanjut layari www.selangorpenyayang.com/program/skim-air-darul-ehsan-sade
7. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
Bantuan barangan asas serta barangan persekolahan dan pendidikan melalui penggunaan e-wallet. Bantuan RM300 sebulan selama 24 bulan menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah). Pemohon berpendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah.
Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah juga boleh memohon. Maklumat lanjut layari www.bingkasselangor.com.
8.Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
Pembelajaran kelas tambahan percuma menerusi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Melibatkan kelas tambahan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan bagi pelajar tingkatan empat dan lima.
Boleh diakses melalui portal ePTRS itu yang memuatkan kedah menjawab soalan dan menyediakan modul ulang kaji boleh diakses semua pelajar. Maklumat lanjut layari eptrs.my/welcome-learning
9.Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU)
Bantuan tajaan yuran asas kepada mahasiswa anak Selangor yang mendapat tempat di universiti dan bertujuan membantu golongan ibu-ibu bapa kategori B40 dan M40.
Permohonan dan pertanyaan lanjut boleh rujuk ke Universiti Selangor (UNISEL) / Universiti Islam Selangor (UIS). Maklumat lanjut layari unisel.edu.my/bantuan-asas-yuran-universiti-bayu-universiti-selangor-unisel/
10.Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS)
Program pinjaman komputer ‘refurbished’ yang bertujuan membantu pengguna yang kurang berkemampuan untuk mengadakan sudut pembelajaran di rumah.
Pemohon daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isirumah kurang RM 8,000.00 sebulan. Peminjam yang masih bersekolah hanya diberi pinjaman set Desktop sahaja. Maklumat lanjut layari www.ppas.gov.my/form_sepintas/
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bantuan Ibu Bersalin 2024 (BIB): Semak Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan RM450
Baca juga: Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran
Baca juga: Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel