Bantuan Ibu Bersalin 2024 (BIB): Semak Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan RM450

Bantuan Ibu Hamil 2024 iaitu Bantuan Ibu Bersalin sebanyak RM450 kepada ibu-ibu berstatus ‘K’ yang baru melahirkan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berita baik untuk ibu-ibu yang baru melahirkan, kerajaan Negeri Sarawak kini menawarkan bantuan ibu hamil 2024 iaitu Bantuan Ibu Bersalin sebanyak RM450 kepada anda.

Apakah Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

Bantuan ibu hamil 2024 dinamakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) dari Kerajaan Negeri Sarawak menyediakan bantuan tunai kepada ibu-ibu berstatus ‘K’ atau isteri pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’ yang baru melahirkan anak. Diperkenalkan sejak tahun 2020, bantuan ini menyokong pemakanan dan penjagaan diri selepas bersalin tanpa mengira bangsa, agama, atau status sosio-ekonomi.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah kriteria kelayakan untuk Bantuan Ibu Bersalin:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Warganegara Malaysia
  • Ibu atau isteri kepada pemegang MyKad Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection)
  • Melahirkan bayi di dalam atau luar Sarawak
  • Usia kandungan 22 minggu ke atas

Dokumen Yang Wajib Disertakan

Dokumen yang perlu disertakan untuk memohon Bantuan Ibu Bersalin adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan/Pasport Ibu (Depan dan Belakang)
  2. Salinan Kad Pengenalan/Pasport Suami/Penjaga (Depan dan Belakang)
  3. Salinan Sijil Nikah jika pemohon bukan berstatus ‘K’
  4. Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Halaman Depan)
  5. Salinan Penyata Akaun Bank terkini
  6. Salinan Nota Keluar / Sijil Lahir Bayi / Pengesahan Doktor

Nota Penting: Pengesahan dokumen oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum/Ketua Masyarakat tidak diperlukan jika pemohon melalui iSarawakCare.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin masih dibuka dan boleh terus dibuat melalui :

  1. Atas talian(Online)
    Permohonan atas talian boleh dibuat di laman web ini (isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/)
  2. Manual
    Permohonan boleh dikemukakan ke mana-mana Jabatan Kebajikan Masyarakat/Pejabat Daerah, Pejabat Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Sarawak atau Jabatan Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KPWK (Kuching sahaja).

Untuk mendapatkan kepastian atau membuat semakan mengenai status Bantuan Ibu Bersalin, boleh hubungi di talian yang tertera di bawah :

  • Whatsapp : +6014-6881398 (mesej sahaja)
  • iSarawakCare (bagi permohonan atas talian)
  • Emel : bib@sarawak.gov.my

bantuankerajaan.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Daftar MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan & Cara Memohon

Baca juga: Kos Sara Hidup Meningkat, Ketahui Langkah Atasi Masalah Ini Agar Hidup Berkeluarga Tidak Terjejas

Baca juga: Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

Penulis

Lala Annuar