Anak Lelaki Paling Senang Mengikut Telunjuk Bapanya, Ini 7 Perkara Yang Mereka Akan Ikut

Pepatah bapa borek anak rintik adalah paling tepat pada anak lelaki kerana mereka akan ikut segala apa yang ayahnya lakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak lelaki dan anak perempuan itu berbeza. Satu fakta tentang anak lelaki yang mungkin ada ibu ayah yang tidak tahu bahawa anak lelaki ini biasanya akan mengikut apa sahaja yang ayahnya buat atau lakukan bak perumpamaan bapa borek anak rintik.

Jadi, sebagai ayah, anda adalah seorang yang bakal menjadi inspirasi terbesar anak lelaki akan apa yang mereka jadi apabila mereka besar kelak. Bagi anak, ayah adalah susuk lelaki yang mencorak diri mereka sedikit sebanyak untuk menjadi seorang lelaki yang sama seakan ayahnya pada masa depan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram

Menurut sebuah perkongsian Azkiya Aqiqah Catering di Instagram, antara lima perkara yang ditiru oleh anak lelaki akan apa yang ayahnya lakukan adalah salah satunya apabila bagaimana ayahnya beribadah. Jadi, jika ibu ayah ingin anak lelaki menjadi seorang anak yang soleh serta menjaga ibadahnya dengan Sang Pencipta, ayah adalah seorang individu yang patut menjadi contoh padanya.

Sebagai permulaan, ajar dan ajak anak lelaki untuk sama-sama mendirikan solat setiap waktu. Dengan cara ini, perlahan-lahan anak lelaki akan turut mengikuti segala ibadah lain yang ayah buat.

Yang kedua adalah bagaimana si ayah bersikap dengan ibunya. Jika anda mahu anak lelaki membesar menjadi seorang lelaki yang menghormati dan melindungi wanita, tidak kira siapa pun, termasuklah ibu dan adik-beradik perempuannya, ayah adalah individu yang patut menunjukkan sifat dan sikap yang baik terhadap ibunya. 

Seterusnya adalah anak lelaki akan meniru apa yang ayahnya buat untuk adik-beradiknya. Bagaimana ayahnya melayani adik-beradiknya yang lain akan dicerminkan oleh anak lelaki, sebagai contoh sama ada si ayah memarahi adik beradik lain, turut akan ditiru oleh anak lelaki. Jadi, berjaga-jaga ya ayah. Tunjukkan contoh yang baik pada anak lelaki kerana mereka akan tiru tepat apa yang ayah lakukan bak perumpamaan bapa borek anak rintik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak lelaki juga akan mencontohi bagaimana ayahnya mencari nafkah dan berjuang untuk menjaga keluarganya. Perkara ini boleh dilihat apabila anak lelaki sudah cukup besar untuk bekerja dan mencari wang untuk hidup. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang terakhir sekali adalah bagaimana ayahnya bertindak dan menyelesaikan sesuatu permasalahan. Setiap apa yang dipertunjukkan oleh ayahnya kepada anak lelaki akan ditiru. Jadi sebagai seorang ayah, haruslah mempamerkan sifat dan sikap yang baik, agar anak lelaki ini menjadi seorang yang berguna buat masyarakat di luar sana serta keluarganya kelak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Untuk Ayah Zaman Moden, Ini 5 Cara Menjadi Ayah Terbaik Pada Anak-Anak

Baca juga: Suami Kini Lebih Banyak Luangkan Masa Urus Anak Banding Dulu, Sebab Itu Mereka Anak Ayah Sangat! - Kajian 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 5 Kelakuan Si Ayah Yang Paling Cepat Anak Tiru, Hati-Hati Ya Ayah! Ada Yang Memerhati...

Penulis

Farhana Fuad