Hanya Berpaut Pada Serpihan Bot Tengah Laut Lebih 2 Jam, Bapa Tak Takut Lemas Tetapi Takut Kehilangan Anak-Anak

Kasih seorang bapa selamatkan anak dengan berpaut pada serpihan kayu apabila bot nelayan yang dinaikinya karam ketika mencari nafkah keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berpantang maut sebelum ajal. Seorang bapa selamatkan anak dengan bertarung nyawa melindungi tiga orang anaknya yang ditemukan terumbang-ambing di tengah lautan. Dia memeluk anak bongsunya sambil sebelah tangan lagi berpaut pada serpihan bot yang pecah selama lebih 2 jam.

Aco, 37, yang juga seorang nelayan bagaimanapun menarik nafas lega apabila mereka sekeluarga diselamatkan oleh sebuah kapal persiaran yang kebetulan melalui lokasi tersebut sebelum menghantar bot penyelamat.

Bapa Selamatkan Anak Ketika Bot Pecah & Karam Dipukul Ombak Kuat

Menurut Aco, ketika kejadian, mereka sedang menyeberang dari satu pulau ke pulau lain untuk mencari ikan di perairan Pulau Pada, Taman Negara Komodo pada Ahad lalu bersama tiga orang anaknya iaitu Irvan yang berusia 17 tahun, Rahman 11 tahun dan Rahim 7 tahun.

Menceritakan semula kejadian itu, Aco berkata bahawa setelah 40 minit berlayar, laut yang tenang tiba-tiba bertukar menjadi ombak besar dengan arus berpusing yang menarik bot mereka sehingga karam.

Tali stereng putus, sekali putus, bot kucar-kacir, kena tolak ombak,” sambungnya.

Anak lelakinya yang berumur 7 tahun itu kurang Upaya dan tidak boleh berenang, jadi ketika mereka dilambung ombak di tengah laut, dia tidak pernah melepaskan pelukan ayahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang lagi menyedihkan, sebelum itu ada kapal lain yang lalu tetapi tidak berhenti untuk menyelamatkan mereka, ujarnya yang berasal dari Gorontalo, Komodo.

Walaupun mengalami kerugian akibat botnya yang karam, dia bersyukur kerana berjaya melindungi anak-anaknya dari hanyut dibawa ombak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Insiden tersebut turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara Indonesia, Raffi Ahmad apabila memberikan kapal bot yang baru agar Aco meneruskan kelangsungan hidup mencari nafkah untuk keluarga.

“Tak perlu risau, nanti saya belikan bot lain saya akan uruskan,” kata Raffi dipetik dari YouTube FYP Trans 7.

“Nanti saya bagi awak bot baru yang lebih baik supaya Pak Aco boleh bekerja semula,” sambungnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dua Beradik Lelaki Termakan Keropok Beracun, Ini Garis Panduan Penting Elak Kejadian Berulang

Baca juga: Bayi Dengan Mata Satu Ini Hanya Sempat Hidup 7 Jam Kerana Keracunan Merkuri!

Baca juga: Bapa Nekad Curi Telefon Demi Kelas Online Anak! 3 Cara Buat Ibu Bapa Gembira

Penulis

Noorhidayah