X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bapa Nekad Curi Telefon Demi Kelas Online Anak! 3 Cara Buat Ibu Bapa Gembira

5 Aug, 2020
Bapa Nekad Curi Telefon Demi Kelas Online Anak! 3 Cara Buat Ibu Bapa Gembira

Seorang bapa nekad mencuri telefon yang dijumpainya bagi membolehkan anaknya mengikuti kelas online ketika musim pandemik Covid-19 ini.Itulah kasih ayah.

Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah ibaratnya kisah anak dan bapa ini, yang mana bapanya nekad mencuri telefon yang dijumpainya bagi membolehkan anaknya mengikuti kelas online ketika musim pandemik Covid-19 ini.

Perbuatannya mencuri memang menyalahi undang-undang, tetapi kisahnya yang menyayat hati menimbulkan simpati sesiapa saja.

Disebabkan anaknya tidak dapat belajar secara online selama pandemik Covid-19 bapa ini nekad mencuri telefon pintar yang dijumpai tercicir oleh pemiliknya.

Kasih ayah demi pelajaran anak

kasih ayah

Kejadian yang berlaku di Garut, Jawa Barat, Indonesia ini bakal meruntun hati sesiapa saja yang membaca dan mendengarnya.

Menurut anak kepada pemilik telefon yang hilang, beliau berjaya menjejaki telefon itu menggunakan aplikasi yang terdapat dalam telefon bimbit berkenaan.

Akhirnya penjejakannya tiba di sebuah rumah pondok kecil. Dia mengetuk pintu rumah berkenaan dan keluar sepasang suami isteri dan bersama tiga anak kecil. Manakala seorang lagi anak mereka sedang belajar di telefon bimbit milik ayahnya yang hilang.

Anak akhirnya dapat telefon bimbit

Terus tidak jadi untuk marah katanya melihatkan keadaan itu. Bapa kepada kanak-kanak itu mengaku memang dia mencuri telefon berkenaan untuk kegunaan anaknya dalam kelas online. 

Walaupun pemilik telefon yang hilang itu tidak membuat sebarang laporan, lelaki berkenaan tetap dinasihati bahawa perbuatan mencuri adalah salah.

Bagaimanapun, anak kepada lelaki berkenaan akhirnya mendapat telefon bimbit apabila pihak berkuasa di daerah itu menghadiahkan telefon bimbit kepada anaknya untuk tujuan pembelajaran.

Hargailah ibu bapa anda sementara mereka masih ada

kasih ayah

Ada yang hanya rapat dengan ibu saja kan? Tak rapat dengan bapa mungkin sebab rasakan bapa garang. Tetapi jangan tak tahu, sebenarnya bapa paling banyak risau mengenai anak-anaknya.

Cuma mereka jarang tunjukkan yang mereka risau. 

Mungkin mudah untuk mengatakan saya sayang ibu bapa saya. Adakah dengan ungkapan sahaja sudah menunjukkan kasih dan sayang kita kepada ibu dan ayah? Bagaimana cara kita melayan mereka? Lihat balik, jangan terlalu alpa mengejar keseronokan dunia hingga lupa siapa yang membawa kita ke dunia ini.

Tiada ibu bapa, tiadalah kita di dunia ini, jangan mendongak langit mengatakan mereka tiada kesan dalam hidup kita. Takbur sangat tu ya anak. 

Ayah yang membanting tulang empat keratnya untuk membesarkan kita sehingga kita berjaya menjadi manusia yang bekerjaya di dunia ini. Apa balasan kita terhadap pengorbanannya?

Terbayarkah kita setiap keringat yang di keluarkan oleh ayah untuk melihat kita berjaya? Hargailah ibu dan ayah selayaknya. Balaslah setiap pengorbanan mereka dengan kasih dan sayang kita. Biar setinggi mana pun kejayaan kita hargailah mereka yang berkorban untuk kita.

Jadi bagaimana caranya untuk kita menghargai harta dunia akhirat ini?

#1. Lemah lembut ketika berbicara

Semakin berumur seseorang itu, semakin sensitif hatinya. Jadi jagalah percakapan. Lidah ini ibarat pisau tajam yang boleh menghiris hati manusia dengan kata-kata. 

Lembutkanlah bicara anda jika dengan orang lebih tua, salah macam mana pun mereka, berusahalah untuk tidak meninggi suara dengan mereka yang semakin berusia. 

#2. Doakan mereka

Doa adalah senjata paling hebat untuk orang Mukmin. Walau apa pun agama anda, berdoalah yang baik-baik untuk kesejahteraan kedua-dua ibu bapa kita.

Titipkan doa kita buat mereka, jangan lupa ya, tiga perkara yang tinggal selepas kita meninggal dunia juga adalah sedekah, ilmu bermanfaat dan doa anak soleh. Jadi nampakkan betapa besarnya peranan doa. 

#3. Buat mereka gembira

Bukan wang ringgit yang dipinta. Tapi belajarnya untuk memberi setiap bulan kepada mereka. Percayalah lagi berkat rezeki anda. Tidak akan miskin orang yang bersedekah. 

Bawa mereka berjalan-jalan atau melancong dalam negara pun jadilah jika tidak mampu ke luar negara. Lakukan aktiviti bersama mereka, paling tidak bersembanglah dengan mereka. Mereka hanya mahu peneman bicara. 

#4. Peluk cium ibu bapa selalu

kasih ayah

Bila kali terakhir anda peluk ibu anda? bila kali terakhir anda peluk bapa anda? Peluklah mereka sekali mereka masih bernyawa. Mungkin mereka rindukan pelukan anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: jabar.suara, viva,zayyan

Baca juga: 

https://my.theasianparent.com10-perkara-yang-anda-patut-tahu-sebelum-menjadi-ibu-bapa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bapa Nekad Curi Telefon Demi Kelas Online Anak! 3 Cara Buat Ibu Bapa Gembira
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham