Suami Merokok Tingkat Risiko Isteri Dapat Barah Pangkal Rahim, Berhentilah Sebelum Terlambat!

Barah pangkal rahim atau kanser serviks adalah kanser ketiga paling tinggi dihidapi wanita di negara ini selepas kanser payudara dan usus besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Barah pangkal rahim atau kanser serviks adalah kanser ketiga paling tinggi dihidapi wanita di negara ini. Menurut laporan Harian Metro, ia membabitkan 12 peratus daripada semua kanser yang dihidapi wanita selepas kanser payudara dan usus besar.

Ia adalah sejenis kanser yang berkembang pada serviks wanita (masuk ke rahim dari faraj) dan lazimnya tidak mempunyai gejala pada peringkat awal.

Bagaimanapun, simptom paling biasa adalah pendarahan faraj yang luar biasa dan boleh berlaku selepas hubungan seks di antara tempoh haid atau selepas menopaus.

Baca juga: Perokok Berisiko Tinggi Terkena COVID-19, Isteri Perlu Bantu Suami Dengan Cara Ini!

Barah pangkal rahim kanser ketiga paling kerap dialami wanita, anda tidak terkecuali

Penyebab utama kanser serviks ialah jangkitan virus papilloma manusia (HPV) dan kebelakangan ini semakin banyak bukti menunjukkan HPV menjadi faktor relevan dalam kanser anogenital lain (anus, vulva, vagina dan zakar) dan kanser kepala serta leher. HPV sering disebarkan semasa persetubuhan faraj atau dubur. Ia juga boleh disebarkan melalui hubungan kemaluan atau melalui sentuhan tangan ke bahagian sulit.

Oleh itu, wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks juga berisiko terdedah kepada kanser serviks walaupun peratusnya sangat kecil. Fakta vs auta kanser serviks dikongsikan doktor Menurut Dr Imelda Balchin, terdapat fakta dan auta mengenai kanser serviks yang sering kita dengar. Ada yang fakta, tetapi tidak kurang juga yang auta. Jom baca perkongsian doktor pakar ini agar kita tidak terus percaya dengan perkara yang auta. 

#1. Kanser serviks tidak boleh dicegah : Jawapannya ialah AUTA. #2. Jika kanser serviks dikesan di peringkat awal dan dapatkan rawatan awal, boleh sembuh : Jawapannya ialah FAKTA. #3. Jika anda dijangkiti Human Papilloma Virus (HPV), anda akan dapat kanser serviks. Jawapannya ialah AUTA. #4. Ada 100 jenis HPV virus. Bukan semua penyebab kanser serviks. Hanya 14 jenis HPV penyebab kanser serviks. Inilah HPV high risk type. Jawapannya ialah FAKTA.

#5. Jika ahli keluarga anda tak pernah dapat kanser, maka anda tiada risiko mendapat kanser serviks. Jawapannya ialah AUTA.

#6. Wanita yang dijangkiti virus HPV boleh melawan dan boleh menyingkirkan virus HPV dari badan dengan sendirinya.
Jawapannya ialah FAKTA.

#7. Hanya wanita yang membuat hubungan seksual dengan lebih dari seorang lelaki akan dapat kanser serviks. Jawapannya ialah AUTA.

#8. Wanita yang sudah mendapat rawatan kanser masih boleh mengandung dan boleh dapat anak. Jawapannya ialah FAKTA.

#9. Kalau dah dapat vaksin HPV, tak perlu lagi lah buat ujian saringan berkala kanser serviks. Jawapannya ialah AUTA.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#10. Usia terbaik untuk menerima vaksin HPV ialah di antara 9 dan 14 tahun. Jawapannya ialah FAKTA.

#11, Semua orang yang sudah dapat vaksin HPV boleh menyingkirkan virus HPV dari badan. Jawapannya ialah AUTA.

#12. Vaksin HPV paling berkesan membantu badan menyingkirkan virus HPV jika vaksin ini diambil pada usia yang muda dan sebelum hubungan seksual yang pertama. Jawapannya ialah FAKTA.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#13. Kalau tak pernah membuat hubungan seks, tak perlu buat ujian saringan kanser pangkal rahim. Jawapannya ialah FAKTA.

#14. Vaksin HPV penyebab kemandulan? Jawapannya ialah AUTA.

#15. Lelaki juga boleh mendapat perlindungan dari kanser di bahagian kemaluan jika ambil HPV vaksin? Jawapannya ialah FAKTA.

#16. Kalau dah menopos, tak perlu lagi buat ujian saringan berkala kanser serviks? Jawapannya ialah AUTA.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#17. Jika suami merokok, suami ini boleh meningkatkan risiko isterinya mendapat kanser serviks. Jawapannya ialah FAKTA.

#18. Kalau dah berkahwin tapi belum ada rezeki dapat anak, perlu juga buat ujian saringan berkala barah pangkal rahim.
Jawapannya ialah FAKTA.

#19. Pap smear tu boleh buat setiap 3 tahun jika keputusannya normal, tak perlu buat setiap tahun. Jawapannya ialah FAKTA.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#20. Kalau tiada apa-apa gejala atau simptom, tak perlu lah buat ujian saringan berkala barah pangkal rahim? Jawapannya ialah AUTA.

#21. Vaksin HPV penyebab anak perempuan jadi gatal? Jawapannya ialah AUTA.

#22. Kalau usia masih bawah umur 20 tahun, tak perlu buat ujian saringan berkala barah pangkal rahim. Jawapannya ialah FAKTA.

#23. Belum semua klinik kerajaan ada perkhidmatan ujian saringan HPV test sebab proses memulakan perkhidmatan baru ini masih dalam peralihan, jadi kita mesti bersabar dulu dan dapatkan ujian saringan pap smear jika belum ada perkhidmatan HPV test.
Jawapannya ialah FAKTA.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#24. Wanita yang dapat kanser serviks itu ialah wanita yang suka berpoya-poya dan tak setia kepada suaminya. Jawapannya ialah AUTA.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro, Dr Imelda Balchin

Penulis

Lala Annuar