AWAS! Pedih Ulu Hati Yang Berpanjangan Boleh Menyebabkan Kanser!

AWAS! Pedih Ulu Hati Yang Berpanjangan Boleh Menyebabkan Kanser!

Aduh...sakit ulu hati menyerang lagi! Kenapa sakit ulu hati kerap sangat berlaku ni?

Pedih ulu hati merupakan keadaan yang dialami oleh ramai orang, malah lebih kerap terjadi kepada ibu hamil. Apabila keadaan ini terjadi, pasti kita rasa tidak selesa di bahagian dari perut ke abdomen, dada atau kerongkong seperti rasa panas dan terbakar.

Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, umumnya akibat asid refluks, satu keadaan di mana sebahagian kandungan perut dipaksa kembali ke esofagus. Nah, bila jadi macam ni pasti anda rasa mual dan adakalanya muntah selepas makan.

asid refluks

Sebelum itu, ketahui  sebab pedih ulu hati terjadi:

  1. Asid refluks (gastrik)
  2. Penyakit Ulser Peptik (perut dan usus)
  3. Penyakit saluran darah koronari
  4. Penyakit radang pankreas kronik
  5. Penyakit radang hempedu
  6. Jangkitan kuman/kulat pada esofagus (tekak) seperti kandidiasis

Selain itu, aktiviti seperti makan terlalu banyak, berbaring sebelum makan, berbaring selepas makan, makan (snacking) di tempat tidur, atau berlebihan berat badan pun boleh menyumbang kepada terjadinya pedih ulu hati juga ya!

Pedih Ulu Hati Akibat Asid Refluks (Gastrik)
gastrik

Bagi yang pernah mengalami asid refluks, pasti anda tahu macam mana tak selesanya keadaan ini. Ada sesetengah orang yang akan muntah setiap kali selepas makan terutama jika makan berlebihan.

Selain dari pedih ulu hati, gejala lain bagi asid refluks adalah seperti:

  • Mual dan muntah berpanjangan ke dalam kerongkong atau mulut anda
  • Perut kembung
  • Cegukan(hiccup), 
  • Batuk kering dan batuk diwaktu malam (akibat kemasukan asid kedalam saluran udara dan paru-paru) 
  • Sakit tekak

Pedih ulu hati akibat asid refluks yang tidak dirawat atau dikawal boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan seperti:

  • Radang esofagus
  • Ulser tekak – boleh menyebabkan pendarahan dan muntah darah
  • Tekak sempit – akibat keradangan berpanjangan yang boleh menyebabkan sukar menelan makanan dan minuman
  • Esofagus Barret – sejenis ketidakstabilan sel esofagus yang boleh berubah menjadi sel kanser
  • Kanser esofagus

Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor

Walaupun pedih ulu hati merupakan keadaan biasa, tetapi ada beberapa keadaan yang serius boleh berlaku. Jika anda mengalami keadaan ini, jangan berlengah untuk berjumpa doktor dengan kadar segera:

  • Kehilangan berat badan yang tidak dijangka
  • Muntah darah
  • Najis berwarna gelap
  • Kesukaran atau kesakitan semasa menelan

Ada beberapa jalan penyelesaian bagi menangani pedih ulu hati akibat asid refluks ini mengikut peringkat ketidakselesaan pesakit.

Doktor mungkin akan menyarankan pesakit untuk menukar gaya hidup sebelum beralih kepada cara rawatan lain seperti ubat-ubatan.

Rawatan Konservatif

  • Kurangkan berat badan
  • Tidak makan 3 jam sebelum tidur
  • Kurangkan makanan berasid (masam) dan minuman berkafein dan makanan pedas
  • Penggunaan bantal lebih ketika tidur
  • Hentikan atau tukar ubat kelas NSAID, Calcium Channel Blocker dan ubat steroid

Rawatan Medikal

  • Penggunaan ubat antasid 
  • Penggunaan ubat kelas “Proton-Pump Inhibitor” untuk tempoh 1-2 bulan seperti ubat Lansoprazole
  • Penggunaan ubat kelas “H2 Receptor Antagonist” seperti Ranitidine

Sekiranya keadaan lebih serius dan pesakit tidak pulih, jalan terakhir adalah dengan melakukan pembedahan. 

Pesakit tidak disarankan untuk mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor atau mencuba ubat yang tidak disahkan oleh KMM ya! Buat ibu hamil atau menyusu badan, dapatkan preskripsi yang sebetulnya dari doktor supaya mendapat rawatan yang sesuai dan tidak membahayakan bayi.

Semak di aplikasi theAsianparent ubat yang sesuai diambil semasa hamil dan menyusu dengan klik di bahagian ‘medicine’ dan taip nama ubat untuk maklumat. Sekiranya anda masih ragu-ragu, tanyakan kepada doktor anda.

AWAS! Pedih Ulu Hati Yang Berpanjangan Boleh Menyebabkan Kanser!pedih hulu ati

Pengambilan ubat akan memberikan keredaan sementara untuk pedih ulu hati. Kami sarankan perubahan gaya hidup bagi mencegah dari ketidakselesaan ini berterusan.

Maklumat lanjut dan pertanyaan kesihatan mahupun ubat-ubatan juga boleh didapati di www.doctoroncall.com.my

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

AWAS! Pedih Ulu Hati Yang Berpanjangan Boleh Menyebabkan Kanser!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini telah disadur dari Doctor On Call, atas kebenaran mereka.

Baca juga:

5 Tanda Bayi Muak Kerana MENDERITA Sakit Refluks Dalam Diam…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner