Adakah anda sedang guna 9 barangan bayi yang berbahaya ini?

undefined

Dalam excited mencari senarai barang bayi perlu dibeli, anda tak digalakkan membeli 9 barang bayi ini kerana ia berbahaya untuk si manja anda itu!

Dalam excited menyediakan senarai barang bayi perlu dibeli

Ibu bapa mana yang tak excited apabila bakal menimang cahaya mata. Dalam excited itu, semua ibu bapa akan buat senarai semak barang bayi perlu dibeli apa yang wajib disediakan mereka.

Walaupun banyak membantu, namun ada juga barangan bayi yang ternyata berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kecederaan pada bayi jika tidak digunakan dengan betul. 

Sebab itu kami di theAsianparent ingin berkongsi senarai ini untuk anda. Mari semak ada tak antara 9 barangan bayi ini yang anda pakai. Kalau ada, mungkin sudah tiba masanya untuk menukar barangan itu dengan pilihan yang lebih sesuai, ibu bapa semua!

1. Katil berpagar yang boleh dialih

barang bayi perlu dibeli

Barangan bayi berbahaya #1 – Katil bayi dengan pagar yang turun naik

Mengapa ia tidak selamat:

Cadangan yang lebih selamat

Beli katil bayi:

  • yang tidak ada pagar yang boleh diturunkan,
  • yang ada reka bentuk yang ringkas. Anak masih berisiko untuk lemas jika pakaian mereka tersangkut pada katil.
  • jika membeli katil terpakai, pastikan katil itu tidak lebih dari 10 tahun.

2. Bumper katil bayi

Mengapa ia tidak selamat:

Walaupun bumper katil digunakan untuk menghalang kepala bayi dari terhantuk pagar katil, namun anak anda itu masih berisiko untuk lemas dan terkena SIDS.

Cadangan yang lebih selamat

Jangan gunakan bumper katil bayi. Anda hanya memerlukan cadar tilam yang ketat.

3. Alat bantuan tidur anti refluks untuk bayi 

barang bayi perlu dibeli

Barangan bayi berbahaya #3 – Alat bantuan tidur anti refluks. Sumber gambar: The Express Tribune

Mengapa ia tidak selamat:

Alat ini digunakan untuk menghalang bayi dari bergolek dan meniarap semasa tidur. Bahagian belakang dan kepala bayi juga akan dinaikkan untuk menghalang asid refluks dari terkeluar. 

Namun bayi anda masih berisiko untuk lemas jika mukanya terbenam pada tepi alat itu!

Cadangan yang lebih selamat

Pakar perubatan dan pakar kanak-kanak mengesyorkan bayi tidur terlantang tanpa menggunakan apa-apa dalam katil bayi untuk mengurangkan risiko SIDS. 

4. Selimut dan bantal

Mengapa ia tidak selamat:

Anda mungkin fikir bayi akan nampak comel apabila dibalut dengan selimut yang cantik dan  bantal-bantal. Tapi ini sebenarnya boleh meragut nyawa, seperti kisah bayi ini yang telah meninggal kerana lemas dalam selimut

Cadangan yang lebih selamat

Guna kain bedung dan jangan ikat kain bedung terlalu ketat, kerana ini boleh mengakibatkan hip dysplasia. Ibu bapa boleh menye­laraskan penghawa dingin untuk mengikut suhu yang sesuai supaya bayi tidak terlalu panas atau sejuk.

Jika ibu bapa telah diberi selimut sebagai hadiah untuk bayi, gunakan apabila melakukan aktiviti meniarap dengan anak.

5. Perabot yang tidak dipasang dengan selamat

barang bayi perlu dibeli

Barangan bayi berbahaya #6 – Perabot yang tidak dipasang dengan selamat dan tegap

Mengapa ia tidak selamat:

Jika ada perabot yang tidak dipasang ke dinding dengan selamat, ia boleh terjatuh dan menimpa anak. Dalam kes teruk, kanak-kanak boleh mati dengan serta merta.

Di  antara tahun 2000 dan 2008, CPSC telah menerima 200 laporan kanak-kanak yang meninggal di AS akibat perabot yang terjatuh. Hampir semua (sebanyak 93%) mangsa melibatkan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Cadangan yang lebih selamat

Pastikan semua perabot yang ringan telahpun dipasang di dinding dengan selamat dan teguh. 

6. Meja tukar lampin

Mengapa ia tidak selamat:

Bayi boleh bergolek dan terjatuh dari meja itu jika dibiarkan tanpa pengawasan, biarpun hanya untuk beberapa saat saja! 

Cadangan yang lebih selamat

Cari meja tukar lampin yang ada 4 rel tepi dengan tali keselamatan untuk memastikan anak tidak bergolek. Tempat yang paling selamat untuk menukarkan lampin anak ialah di atas lantai dengan menggunakan alas.

Jangan tinggalkan anak tanpa pengawasan ketika menukarkan lampin dan jika tiada tali keselamatan pada meja itu, gunakan satu tangan untuk menghalang anak dari tergolek.

7. Baby walker

barang bayi perlu dibeli

Barangan bayi berbahaya #7 – Baby walker

Mengapa ia tidak selamat:

Walaupun alat ini boleh mengajar anak berjalan, ia juga membolehkan anak pergi ke mana saja apabila tidak diawasi. Tambahan pula, anak mungkin tidak dapat mengawal kelajuan walker dan boleh langgar dinding atau terjatuh dari tangga dan mendapat kecederaan teruk.

Baby walker juga mungkin sebab anak anda lambat berjalan

Cadangan yang lebih selamat

Adalah lebih selamat untuk mendapatkan mainan activity center yang tidak bergerak dan mempunyai tapak yang kukuh.

8. Kerusi tab mandi

Mengapa ia tidak selamat:

Fungsi kerusi khas untuk tab mandi ialah untuk membantu anak untuk duduk atau baring dalam tab mandi. Ia juga boleh memberi keyakinan kepada ibu bapa yang kurang berani untuk memandikan anak mereka yang masih kecil.

Tapi kerusi ini sebenarnya tidak selamat. Ia senang tumbang apabila tanpa pengawasan dan boleh menyebabkan anak mati lemas.

Sebanyak 174 kematian dan 300 kemalangan telah dilaporkan akibat kerusi tab bayi di antara tahun 1983 dan 2009 kerana ibu bapa mereka telah meninggalkan anak mereka di dalam tab mandi bersendirian.

Cadangan yang lebih selamat

Gunakan tab mandi plastik yang biasa dan ibu bapa boleh menggunakan alas kalis-licin jika perlu. Jangan tinggalkan anak di dalam tab mandi untuk sebarang sebab!

9. Bumbo seats

barang bayi perlu dibeli

Barangan bayi berbahaya #9 – Kerusi Bumbo

Mengapa ia tidak selamat:

Anak yang masih kecil boleh terjatuh dari kerusi ini dengan mudah saja. Anak boleh terluncur keluar atau terjatuh apabila mereka menyandar ke depan mahupun ke belakang.

Lebih-lebih lagi jika ibu bapa meletakkan kerusi bumbo di atas permukaan yang tinggi.

Pada tahun 2011 di AS, sekurang-kurangnya 45 kejadian bayi jatuh dari kerusi Bumbo yang diletakkan di atas permukaan tinggi. 17 daripada bayi ini, berusia kurang dari 1 tahun dan telah mengalami kecederaan tengkorak yang retak!

Cadangan yang lebih selamat

Biarpun menggunakan Bumbo seat, bouncer mahupun activity center, ibu bapa perlu memastikan ia selalu berada di atas lantai.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber artikel: ConsumerReports.org.

Sumber gambar dari: CPSC website

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Selalu Bawa Si Kecil Jalan-Jalan? Ini 10 Barangan Bayi Yang Anda Patut Simpan Dalam Kereta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!