Senarai Barang Keperluan Haji Yang Perlu Di Bawa, Sediakan Awal Lebih Baik!

Jangan bawa barang terlalu banyak ketika menunaikan haji. Untuk memudahkan anda, dikongsikan senarai barang keperluan haji yang boleh dibawa ke sana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahniah kerana anda insan yang terpilih! Walaupun teruja nak berangkat ke tanah suci, bawa barang keperluan haji yang perlu sahaja supaya segala urusan menjadi mudah ketika menunaikan haji/umrah. tidaklah anda pening kepala lagi!

Checklist Barang Keperluan Haji Untuk Jemaah Lelaki & Perempuan

Senarai barang keperluan haji amat penting untuk memastikan segala urusan berjalan lancar terutama apabila membawa keluarga besar. Perkongsian ini dibuat oleh Farhana Goh dalam posting di Facebook miliknya ketika menunaikan haji bersama suami serta ibu bapa.

“Hana kongsikan sebab ramai sangat DM tanya apa nak prepare untuk ibu ayah dan diri sendiri serta suami.”

Beg kita adalah almari sepanjang di sana. Jadi, bila tersusun mudah untuk mengambil dan menyimpan barang semula.

Barang Mandian:

  1. Syampoo Rambut - Sederhana
  2. Syampoo Badan - Sederhana
  3. Sabun Basuh - 1 Buku (kalau tak cukup nak beli liquid atau serbuk punya pun boleh di sana). Nak hantar dobi pun boleh tapi basuh sendiri lagi senang. 30 minit dah kering.
  4. Ubat Gigi - Sederhana
  5. Berus Gigi
  6. Pencuci Muka
  7. Pelembab Muka - Tak wangi & sah solat
  8. Deodorant - Tak wangi & sah solat
  9. Tuala Wanita (sana mahal dan susah cari size)
  10. Pampers/Panty Liner panjang tebal (Jika kerap terkencing)
  11. Kain Batik - 2 helai
  12. Tuala Mandi
  13. Kain Basahan yang Bergetah (spt berkemban) optional
  14. Kain pelikat - Digunting cantuman (tidak menjadi kain sarung) - utk lelaki
  15. Tali ampaian
  16. Hanger baju lipat . Jual di shopee
  17. Pengepit baju
  18. Hanger kecil utk ampai seluar dalam
  19. Extension Wire
  20. International Charger
  21. Pisau Cukur
  22. Gunting kecil - Tahalul
  23. Ketip kuku
  24. Sikat rambut.
  25. Sejadah sederhana tebal. - solat di bilik @ jamaah di hotel
  26. Buku Tulis @ Pen - Ada kuliah Haji & info2 Haji

Pakaian:

  1. Baju Kurung - 2 Psg
  2. Baju Jubah - 3 Pasang
  3. Baju tidur : Kelawar@ T-Shirts
  4. Seluar Panjang - pakai dalam jubah (elak kain terselak oleh angin)
  5. Telekung - 4 pasang (1 pasang dipakai semasa di padang Arafah warna putih)
  6. Tudung Ziarah -
  7. Beg sling spare - letak HP, buku doa dsb. (biasanya beg sling @ sandang TH cepat putus)
  8. Pin baju - semat name tag bertali di telekung
  9. Pin bayi - semat kain ihram
  10. Kain Ihram - 2 pasang
  11. Baju Jubah
  12. Baju Melayu/Kurta
  13. Seluar panjang
  14. Kain pelikat
  15. Seluar dalam
  16. Seluar dalam pakai buang untuk wanita waktu kerja haji . Senang buang terus kalau terkena najis.
  17. Baju T-shirts
  18. Bekas Botol Air utk minum
  19. Ubat- Ubatan dan Vitamins
  20. Kasut - Cari kasut utk walking shoes @ Selipar Jalan yg selesa
  21. Botol spray untuk wudhu'
  22. Minyak urut panas (kita akan banyak jalan memang amat perlu)
  23. Minyak urut gamat
  24. Minyak Geliga @ Minyak kapak
  25. Beg uncang - utk simpan selipar
  26. Lotion tidak berbau wangi - kulit2 akan kering sebab banyak berjalan atau cuaca panas. Kalau waktu buat Haji tu boleh sapu2 dekat tapak, jari kaki dan tangan.

Barang Keperluan Haji: Kegunaan Di Padang Arafah @ Muzdalifah @ Mina

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Buku Doa & 100 doa
  2. Al Quran kecil
  3. Tasbih - zikir
  4. Penyangkut bentuk "S" - 2 unit semasa sangkutkan plastik barang2 mandian & pakaian.
  5. Plastik utk sangkut dlm bilik air
  6. Beg Tarik TH
  7. beg spare - mcm beg biru ikea
  8. Bekas simpan air @ Kole Air (untuk ambik air panas di Mina) @ termos kecil
  9. Selipar Tandas yang boleh sarung stoking. Sebab nak ke tandas kena jaga aurat juga. Akan selisih lelaki perempuan.
  10. Payung Foldable beli dekat shopee
  11. Tali Rafia - utk ikat khemah yg koyak atau buat langsir dan penyidai
  12. beg uncang utk kutip batu
  13. plastik ais cream - 1 plastik isi 7 anak batu & ikat ( utk melontar)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elak Ditipu Beribu, Wanita Ini Kongsi Panduan Lengkap Pergi Haji Dengan Pakej VIP

Baca juga: Nak Pergi Umrah Bersama Bayi Hujung Tahun Ini, 10 Tips Ini Paling Praktikal Untuk Ibu Ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah