TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Nak Pergi Umrah Bersama Bayi Hujung Tahun Ini, 10 Tips Ini Paling Praktikal Untuk Ibu Ayah

5 min bacaan
Nak Pergi Umrah Bersama Bayi Hujung Tahun Ini, 10 Tips Ini Paling Praktikal Untuk Ibu Ayah

Bunyi seperti mustahil tetapi tidaklah sesukar yang disangka. Dikongsikan beberapa tips umrah bersama bayi yang sangat praktikal dan relevan.

Mengerjakan umrah bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak perkara yang perlu diambil kira dan dilaksanakan, apatah lagi bercadang untuk pergi dengan anak kecil. Mungkin ada tips umrah bersama bayi yang sangat praktikal buat parents di luar sana?

Sesetengah masyarakat beranggapan membawa anak kecil ketika umrah boleh jadi menyusahkan dan meletihkan. Ia memerlukan persediaan yang rapi dari segi ubat-ubatan dan makanan. Itu tidak termasuk lagi apabila bayi menghadapi peralihan waktu tidur dan perubahan cuaca.

Namun segalanya boleh menjadi mudah dan menyenangkan sekiranya ibu ayah sudah membuat persediaan lebih awal.

Terutamanya dari segi mental dan fizikal sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci.

Isi Kandungan

  • Tips Umrah Bersama Bayi Untuk Pertama Kali
  • Senarai Lengkap Keperluan Bayi yang Perlu Dibawa
  • Langkah Melakukan Umrah Bersama Bayi

Tips Umrah Bersama Bayi Untuk Pertama Kali

Nak Pergi Umrah Bersama Bayi Hujung Tahun Ini, 10 Tips Ini Paling Praktikal Untuk Ibu Ayah

Source: Arabnews.com

Puan Nur Fatehah boleh melakukannya dan ada berkongsi, di FBnya, tips umrah bersama bayi yang sangat pratikal dan relevan. Jom kita ikuti kisahnya.

Pada awal bulan Mac baru-baru ini, beliau dan suaminya telah pergi mengerjakan umrah. Anaknya yang berusia 6 bulan, Khalish Furqan, turut dibawa bersama.

Setelah tiba di Madinah, ada juga beberapa tip lain yang dikongsikan bagi mempermudahkan urusan ibadah anda serta keselesaan si bayi.

  • Semak dahulu cuaca di Madinah & Mekah semasa di Malaysia lagi, jika anda pergi ketika musim sejuk, bawa lebih selimut, baju sejuk bayi, stoking dan sarung tangan bayi.
  • Sebelum terbang mengerjakan umrah, anda bolehlah belajar dan berlatih cara sembahyang sambil memegang bayi. Ia untuk menenangkan bayi anda jika dia menangis tanpa henti di masjid.
  • Jadikan habit untuk membersihkan anak dan menukar lampinnya sebelum anda keluar ke masjid. Ia untuk menghilangkan rasa was-was (terkena najis atau tidak).
  • Apabila keluar ke masjid, bawa tikar bayi. Pastikan ia ringan dan kalis air. Menurut Puan Fatehah, ruang menukar lampin di Masjid Nabawi ada di sebelah tempat mengambil wuduk.
  • Untuk solat, cari tiang atau dinding tepi supaya mudah untuk anda meletakkan bayi (dan bukannya di tengah-tengah ruang solat).

Nak Pergi Umrah Bersama Bayi Hujung Tahun Ini, 10 Tips Ini Paling Praktikal Untuk Ibu Ayah

  • Jangan bagi bayi menjadi perhatian ramai supaya mengelakkan jemaah lain menggomol dan mencum bayi anda tanpa henti (risiko penyakit berjangkit).
  • Jika anda bercadang untuk mengerjakan solat di ruang Raudhah , bincang dengan suami anda supaya memegang bayi kerana jemaah lelaki lebih mudah masuk.
  • Jika anda menaiki bas dari Madinah ke Mekah, pastikan anda bersiap sedia dengan kelengkapan bayi. Letak semua yang anda perlukan dalam beg yang mudah untuk digalas.
  • Jika ingin mengerjakan waktu tawaf, pergi ketika waktu bayi anda tidur. Contohnya, mengerjakan tawaf selepas solat subuh. Maka, elok sahaja si kecil tidur.
  • Pastikan barangan berharga disimpan dalam beg yang dilekap ke badan kita. Jangan lupa juga untuk zip beg dengan kemas.

Senarai Lengkap Keperluan Bayi yang Perlu Dibawa

barang: tips umrah bersama bayi

Sebagai persiapan perjalanan, ada beberapa kelengkapan yang perlu ada dalam beg kabin untuk persediaan ibu ayah.

  • 2 persalinan baju
  • 6-7 diapers
  • Mainan untuk si manja
  • Makanan bayi
  • Tuala kecil
  • Tisu basah
  • Pencuci tangan
  • Minyak untuk melegakan perut dan memudahkan si kecil tidur (beliau mencadangkan Ritz ManjaQu)
  • Susu
  • Untuk ibu yang mengepam susu, bawa cooler beg, ice brick dan pam susu
  • Sabun basuh botol

Kelengkapan di atas akan membantu anda menguruskan si kecil semasa dalam kapal terbang dan sehinggalah masuk ke bilik hotel.

barang bayi ketika umrah

Manakala, ini pula senarai lengkap barang keperluan bayi yang boleh anda bawa ketika mengerjakan umrah bersama si kecil bagi memastikan bayi anda kekal selesa dan sihat.

  • Pampers yang mencukupi. Untuk berjimat, elak membeli di sana kerana napkin agak mahal dan hanya ada dalam pek kecil sahaja.
  • Ubat-ubatan (selesema, batuk, sakit perut, etc.), termasuk KoolFever. Ubat di sana agak mahal.
  • Baju sepersalinan (baju di siang hari, baju tidur, dan baju basahan)
  • Selimut dan tuala bayi
  • Stoking kaki dan tangan
  • Barang mandian bayi
  • Tisu basah dan sapu tangan
  • Kipas angin bateri
  • Alas dan tikar bayi
  • Sabun dan berus basuh baju (khidmat dobi di sana agak mahal)
  • Sabun dan berus botol susu bayi
  • Minyak bayi (untuk menghilangkan kekeringan kulit)
  • Stroller yang ringan atau boleh lipat
  • Kitty bag. Beg serbaguna untuk meletakkan apa-apa barang yang boleh buat bayi selesa.(finger food, mainan)

Langkah Melakukan Umrah Bersama Bayi

Terdapat beberapa langkah melakukan umrah bersama bayi yang perlu diambil kira supaya perjalanan umrah yang dilaksanakan tidak terganggu. 

1. Niat umrah

Ibu bapa yang membawa anak perlu untuk memasang niat bagi pihak anaknya setelah selesai berniat untuk diri sendirinya di Miqat.

Lafaz niatnya begini:

 “Aku niatkan Umrah bagi anakku Fulan Bin / Binti Fulan dan berihram dengannya kerana ALLAH Taala”

Ya Allah permudahkan lah umrah kami. Permudahkanlah ibadah kami dan disebabkan umrah maka kami mengambil keputusan untuk menggendong anak kami.

Maka bermulalah kita sebagai ibu bapa membantu si anak kecil yang belum memahami apa-apa untuk menjaga pantang larang ihram. 

Jika melanggar pantang, dam atau denda akan ditanggung oleh ibu atau ayah.

2. Tawaf

Dalam umrah, tawaf merupakan rukun yang paling penting kerana perlu elak dari terbatal.

Antara syarat sah tawaf ialah:

  • Berwuduk
  • Tidak berhadas besar
  • Bersih dari najis pada badan, pakaian dan tempat tawaf
  • Menjaga posisi supaya tidak tersasar bahu kiri dari menghadap Kaabah
  • Menjaga niat supaya tidak berubah.
 

Ibadah Umrah adalah ibadah yang penuh dengan cabaran, terutamanya jika anda membawa anak kecil bersama. Seperti yang kita lihat dari pengalaman Puan Fatehah, ia tidak mustahil.

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Dengan persediaan yang rapi berdasarkan tips umrah bersama anak kecil yang dikongsikan, percayalah anda pasti boleh melaluinya.

Yang paling penting, komunikasi dan kerjasama antara suami dan isteri yang mantap. Jadi, banyak-banyakkanlah berbincang dan tolong menolong antara anda dan pasangan.

Bayi selesa dan anda berdua juga dapat menikmati pengalaman spiritual yang indah bersama-sama.

Facebook Puan Pur Fatehah, Dailyumrah, SMJ

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Elak Ditipu Beribu, Wanita Ini Kongsi Panduan Lengkap Pergi Haji Dengan Pakej VIP

Baca juga: Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim

Baca juga: 35 Barang Keperluan Bayi Baru Lahir, #5 Amat Penting & Wajib Ada!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Nak Pergi Umrah Bersama Bayi Hujung Tahun Ini, 10 Tips Ini Paling Praktikal Untuk Ibu Ayah
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham