Bayi Batuk Masa Menyusu Dan Saya Takut Dia Akan Tercekik. Adakah Ia Bahaya?

Apabila bayi batuk semasa menyusu, ibu akan rasa takut jika anaknya tercekik. Bayi anda pernah tercekik? Apakah yang menyebabkan perkara ini dan adakah ia satu perkara biasa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi batuk ketika menyusu

“Bayi saya batuk semasa menyusu dan saya takut dia akan tercekik! Adakah ini perkara biasa?” seorang ibu telah bertanya di forum Babycenter.

“Anak saya begitu juga apabila terlalu banyak susu. Saya cuma dudukkan anak, tepuk belakangnya perlahan-lahan kemudian sambung menyusu,” jawab seorang ibu.

“Ia normal. Bayi perlu belajar cara hisap, telan dan bernafas. Kadang-kadang mereka terlepas satu langkah dan tercekik susu,” kata seorang ibu lagi.

Mengapa ini terjadi?

Apabila ibu mengalami let-down yang kuat, ini boleh menyebabkan susu terpancut keluar dari payudara

Semasa minggu pertama dan kedua ibu mula menyusu, payudara ibu senang dirangsang.

Payudara ini belum membiasakan diri dari segi kuantiti dan sesetengah ibu akan mengalami let-down yang sangat deras terutamanya mereka yang dianugerahkan susu banyak.

Let-down adalah proses di mana payudara mengeluarkan susu dan ia rasa seperti ada denyutan di payudara sebelum susu mula keluar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila let-down seorang ibu terlalu deras, ia boleh menyebabkan susu terpancut dengan tiba-tiba atau mengalir dengan terlalu cepat

Beberapa ibu berpengalaman mengatakan perkara ini:

“Mungkin anak boleh tercekik semasa let down, sebab dapat susu yang terlalu banyak dengan tiba-tiba. Tapi jangan bimbang, ia tidak bahaya.  Saya pernah mengalami keadaan ini ketika menyusu kedua-dua anak saya.” 

Seorang ibu lain pula memberi petua ini:

“Anak saya selalu macam ini semasa let down. Kadang-kadang jika saya dapat rasa sensasi denyutan itu, saya akan berhenti menyusu seketika supaya anak saya tidak tercekik. Jangan lupa sediakan tuala kecil berdekatan anda!”

Adakah let-down saya normal?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bunyi hembusan dari hidung menunjukkan bayi sedang menelan susu ibu

Anda tertanya-tanya adakah let-down anda itu normal atau tidak? Mari lihat tanda-tanda ini –

Tanda-tanda let-down yang sihat:

  • Dalam minggu pertama, ibu mungkin akan merasa kekejangan pada rahim semasa let-down.
  • Pola hisapan bayi akan berubah dari pendek dan putus-putus (seperti menghisap puting kosong) kepada hisapan yang lebih kuat dan lama apabila sudah mendapat susu.
  • Ibu mungkin akan mengalami perasaan tenang, rasa rileks, ataupun sedikit mengantuk.
  • Ibu mungkin mempunyai rasa dahaga yang kuat semasa menyusu.
  • Bayi kelihatan menelan dengan lebih kerap. Apabila bayi menelan, bunyinya seperti hembusan angin yang kecil dari hidung bayi dan anda akan melihat otot di depan telinga bayi bergerak.

Ia adalah normal jika sensasi let-down ini berkurangan apabila bayi anda semakin besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah ibu tidak pernah merasakan sensasi ini, ada pula yang berhenti merasakannya selepas beberapa minggu. Tetapi ini tidak bermaksud let-down tidak akan berlaku.

Ibu-ibu tidak perlu risau kerana anak anda tidak akan tercekik setiap kali dia menyusu.

Badan anda dan bayi anda akan menyesuaikan diri selepas minggu ke-dua dan sensasi let-down ibu tidak begitu kuat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Babycenter dan KellyMom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Wahai Ibu Yang Sedang Menyusu: Adakah Bayi Anda Cukup Makan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio