Rawatan Batuk Yang Mudah dan Berkesan - Ibu Hamil Mesti Cuba Ini Untuk Baik Dengan Segera!
Apakah cara yang anda buat untuk merawat batuk semasa hamil? Adakah ia sama seperti rawatan semula jadi yang kami cadangkan ini?
Merasa tak sedap tekak hingga menyebabkan batuk adalah satu keadaan yang cukup tidak selesa. Kemudian, mulalah anda pun terburu-buru nak mendapatkan ubat di farmasi bagi melegakan batuk semasa hamil ini.
Apatah lagi dengan keadaan sekarang, walaupun hanya batuk, kita pasti akan rasa lebih risau adakah kita juga telah mendapat jangkitan yang tidak diingini?
Persoalan yang sering ibu-ibu mengandung kerap tertanya -tanya adalah, sama ada boleh atau tidak makan ubat terutamanya bila batuk semasa hamil ini?
Boleh sebenarnya, namun tidak salah kita cuba alternatif lain iaitu rawatan semula jadi menggunakan bahan-bahan mudah yang boleh didapati di rumah.
Baca juga: Selamat ke kalau anda makan ubat batuk semasa mengandung?
5 Rawatan Semula Jadi Bagi Melegakan Batuk Semasa Hamil
#1 Bawang putih
Ada tak yang suka atau boleh makan bawang putih mentah? Wah, kalau betul anda boleh makan mentah dengan begitu saja memang salute la!
Bawang putih ini ada banyak khasiat. Ia bukan untuk jadi perencah dalam masakan saja, tapi ia juga dapat merawat batuk ketika hamil dan masalah gatal tekak.
Caranya anda boleh minuman herba dengan empat ulas bawang putih, dua biji tomato dan hirisan lemon. Ia dapat melegakan batuk ketika hamil dan menjadi minuman antibakteria yang lazat.
Cara kedua, anda boleh meletakkan bawang putih ke dalam sup tomato dan makan bersama nasi putih. Fuhh perut kenyang plus batuk ketika hamil ini pun boleh hilang.
#2 Teh herba
Teh herba juga boleh merawat batuk ketika hamil. Caranya campurkan halia, bunga chamomile (spesis bunga matahari) dan hirisan lemon.
Halia misalnya, selalu digunakan dalam perubatan tradisional Cina pada zaman dahulu kala. Ia membantu sistem pernafasan dan mampu singkirkan angin yang dipercayai penyebab sakit.
Kelebihan bunga chamomile pula bersifat anti bakteria dan memberikan ketenangan saat bernafas selepas minum teh herba ini.
Manakala lemon pula mempunyai sejumlah besar vitamin C yang boleh meningkatkan sistem imun tubuh terutamanya ketika hamil kekebalan tubuh akan sedikit menurun. Lemon juga dapat kuatkan badan untuk melawan penyakit.
#3 Campuran madu, halia dan lemon
Antara minuman campuran yang boleh merawat batuk ketika hamil adalah penggunaan madu, halia dan lemon dalam satu cawan minuman.
Cara membuatnya:
- Ambil setengah suku halia dan letakkan dalam air untuk direbus.
- Biarkan air tersebut mendidih selama lima minit
- Kemudian tuangkan dalam cawan dan biarkan suam.
- Selepas itu, tambah dengan hirisan buah lemon dan satu sudu madu
- Campurkan kesemuanya. Anda pasti rasai kelazatan minuman ini.
Bahan yang digunakan ini memang banyak terdapat dalam rawatan tradisi Cina dan sebagai bahan untuk anti bakteria.
#4 Cuka epal
Cuka epal juga boleh menjadi ubat rawatan semula jadi untuk sembuhkan selsema dan batuk ketika hamil. Selain itu, cuka epal juga memberi daya tahan pada tubuh ketika sakit.
Apabila tubuh jatuh sakit, ia akan berubah menjadi alkali. Dengan mengamalkan cuka epal ini, ia membantu neutralkan penyakit supaya tubuh selamat daripada sebarang virus.
Selain itu, ia juga mengandungi mineral penting seperti potasium, kalsium, magnesium, phosporus, klorine, sodium sulfur , zat besi dan banyak lagi.
Jika anda rasa masam, campurkannya dalam masakan yang sesuai seperti sayur goreng atau salad.
#5 Buah beri
Buah beri mengandungi antioksidan yang mampu menghilangkan racun pada tubuh yang menyebabkan rasa tak selesa di bahagian kerongkong serta tekak. Anda boleh letakkan buah beri dalam salad atau buat jus.
Kami juga ada senaraikan ubat batuk yang selamat untuk ibu hamil di sini.
Kesimpulannya batuk ketika hamil ini biasanya akan serang ibu sebanyak dua kali jika sistem imun badan lemah. Ibu-ibu hamil juga diingatkan agar tidak mengamalkan ubat-ubatan yang boleh mengundang bahaya pada kandungan.
Pastikan anda mendapat kebenaran doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan ketika mengandung.
Jadi penyelesaian paling mudah jika anda menghidap selesama dan batuk ketika hamil ini terjawab jika anda mengamalkan ubatan semula jadi di rumah. Bahkan, bahan yang digunakan juga senang dapat di kedai berdekatan.
Namun begitu sekiranya ia memberikan tindak balas tertentu atau anda berasa ragu-ragu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Leigh Fan dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga: Madu lebih baik dari antibiotik untuk rawat batuk dan kahak, menurut doktor