X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Batuk Ketika Hamil Tidak Berbahaya Tetapi Boleh Cuba 5 Ubat Batuk Terbaik Di Farmasi Ini, Selamat Untuk Kandungan

Walaupun batuk tidak membahayakan kandungan namun ibu yang mengalami masalah batuk berpanjangan perlu mengambil ubat batuk untuk keselesaan. 

Batuk adalah tindak balas badan untuk membersihkan tekak dan saluran pernafasan jika benda asing, mikrob, perengsa, cecair atau lendir tersekat. Walau bagaimanapun, jika masalah batuk kian serius dan berterusan, ia boleh menjadi tanda keadaan perubatan yang lebih rumit dan memerlukan ubat batuk untuk merawat.

Malah wanita mengandung lebih terdedah untuk mengalami jangkitan virus pernafasan seperti batuk terutamanya ketika musim sejuk tetapi bolehkah pengambilan ubat batuk untuk ibu mengandung?

Ada ibu yang mengalami masalah batuk berpanjangan yang menyebabkan ibu tidak tahan lagi menanggungnya. 

Isi Kandungan

  • Punca Batuk
  • Pemilihan Ubat Batuk Ibu Hamil
  • 5 Ubat Batuk Terbaik Selamat Untuk Ibu Hamil
  • Breacol
  • Bena Expectorant
  • Mucolix Syrup
  • Himalaya Koflet Lozenges
  • Robitussin Maximum Strength Nighttime Cough DM
  • Perbandingan Harga
  • Petua Legakan Batuk Secara Semula Jadi

Punca Batuk

Batuk Ketika Hamil Tidak Berbahaya Tetapi Boleh Cuba 5 Ubat Batuk Terbaik Di Farmasi Ini, Selamat Untuk Kandungan

Pelbagai punca yang menyebabkan batuk seperti penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza, jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis), alahan, asma, tabiat merokok dan penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD).

Batuk juga terjadi disebabkan terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja, asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD), rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome), dan tekanan.

Bagi ibu hamil, batuk adalah disebabkan oleh perubahan hormon dan tahap imuniti yang rendah,

Meskipun ibu merasa penat kerana batuk, batuk ketika hamil tidak memudaratkan bayi kerana ia bukan simptom berbahaya, bahkan bayi dalam kandungan juga tidak merasakannya.

Batuk yang kuat dan berulang tidak menyebabkan pengecutan rahim atau plasenta berubah tempat, tetapi ia menimbulkan ketidakselesaan dan sakit pada otot perut.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada dijangkiti selsema atau batuk semasa hamil dan merawatnya sebaik sahaja anda mendapatnya kerana beberapa punca batuk boleh membahayakan bayi, contohnya penyakit seperti asma, bronkitis atau radang paru-paru.

Pemilihan Ubat Batuk Terbaik Di Farmasi Untuk Ibu Hamil

Batuk Ketika Hamil Tidak Berbahaya Tetapi Boleh Cuba 5 Ubat Batuk Terbaik Di Farmasi Ini, Selamat Untuk Kandungan

Sesetengah teh, remedi di rumah dan produk over-the-counter (OTC) boleh membantu ibu mengawal gejala batuk namun ada sesetengah kes boleh menyebabkan bahaya dan berisiko kepada bayi.

Perlu diingatkan bahawa wanita hamil disarankan untuk tidak mengambil sebarang ubat pada usia 12 minggu kehamilan pertama.

Jadi bakal ibu disarankan berjumpa doktor atau mendapatkan pandangan ahli farmasi terlebih dahulu apabila mengalami batuk berterusan atau wujud gejala penyakit pernafasan, supaya rawatan dan ubat batuk untuk ibu mengandung yang selamat diambil dapat diberikan.

Pengambilan ubatan berikut dianggap selamat untuk wanita hamil:

1. Acetaminophen

Paracetamol yang boleh diambil dengan selamat 2 kali sehari untuk sakit tekak dan sakit kepala akibat selesema dan batuk.

2. Antihistamin

Ubat ini boleh melegakan simptom hidung berair dan gatal tekak. Antihistamin generasi pertama seperti chlorpheniramine dan cetirizine boleh diambil dalam dos yang ditetapkan bagi wanita hamil.

Manakala antihistamin jenis baru seperti fexofenadine tidak disarankan pengambilannya kerana kurang sokongan kajian untuk keberkesanan serta kesesuaiannya.

3. Decongestant

Ubat decongestant sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh hingus yang mengalir ke belakang tekak (post-nasal drip),melegakan selsema dan hidung tersumbat. 

4. Expectorant

Ubat batuk expectorant bertindak dengan meningkatkan kelembapan dalam saluran pernafasan dan memulihkan penyingkiran kahak secara semula jadi. Dengan pengambilan dos standard, ubat ini secara amnya dianggap selamat untuk digunakan semasa kehamilan.

Pastikan anda menyemak label dan elakkan ubat yang mengandungi propilena glikol yang mungkin berbahaya kepada janin.

5. Mucolytic

Jenis ubat batuk kategori ini adalah untuk batuk berkahak. Batuk yang bermula jauh dari dalam paru-paru kerana mukus (kahak) yang tebal. Ubat batuk cair kahak ini akan memutuskan jaringan mukus agar menjadi lebih longgar dan mudah untuk keluar apabila batuk.

6. Lozenge

Untuk menghilangkan kegatalan tekak yang menyebabkan batuk.

7. Antibiotik

Mungkin perlu diambil jika mengalami batuk disertai kahak berwarna kuning atau kehijauan, berdehit, demam berterusan dan sakit badan. Pengambilan antibiotik perlu mendapat preskripsi doktor agar ia bersesuaian dengan keadaan diri anda.

Banyak antibiotik dilarang ambil semasa kehamilan kerana risiko kecacatan kelahiran tinggi. Jika tidak pasti mengenai ubat batuk sesuai untuk ibu mengandung, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

Elakkan daripada mengambil sebarang ubat yang tidak dapat dipastikan keselamatan pengambilannya, okay?

5 Ubat Batuk Terbaik Selamat Untuk Ibu Hamil

Ubat Batuk Terbaik Selamat Untuk Ibu Hamil
product image
Breacol
Ubat Batuk Terbaik Mudah Didapati Di Farmasi
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Bena Expectorant
Ubat Batuk Terbaik Untuk Tekak Gatal
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Mucolix Syrup
Ubat Batuk Terbaik Untuk Cairkan Kahak
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Himalaya Koflet Lozenges
Ubat Batuk Terbaik Jenis Lozenges
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Robitussin Maximum Strength Nighttime Cough DM
Ubat Batuk Terbaik Untuk Hilangkan Batuk Waktu Malam
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Breacol

Ubat Batuk Terbaik Mudah Didapati Di Farmasi

Breacol ubat batuk

Breacol ialah ubat batuk yang mudah dijumpai dekat farmasi, tidak memerlukan preskripsi doktor untuk beli ubat ini. Bahan aktif dalam Breacol ialah guaifenesin yang akan cairkan kahak supaya senang untuk dikeluarkan.

Ubat batuk Breacol adalah antara yang paling selamat berbanding ubat batuk lain untuk diambil waktu mengandung.

Apa yang kami suka:

  • Meredakan gangguan dan keperitan kerongkong
  • Mencairkan dan mengeluarkan kahak
  • Melegakan batuk

Breacol - RM19.90

dari Breacol

product imageBeli di Shopee

Bena Expectorant

Ubat Batuk Terbaik Untuk Tekak Gatal

Bena Expectorant ubat batuk

Mempunyai kandungan diphenhydramine dan ammonium chloride. Diphenhydramine ialah ubat antihistamine generasi pertama. Sesuai diamalkan jika mengalami post-nasal drip and selesema.

Post-nasal drip berlaku apabila hingus melalui belakang tekak membuatkan tekak menjadi gatal. Antihistamine ini berkesan untuk membasmi gatal, merah, and bengkak. Ammonium chloride pula membantu kahak kurang melekit dan senang dikeluarkan dari tekak.

Apa yang kami suka:

  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai alergi dengan gejala selesama dan resdung
  • Menjadi pilihan ramai ibu
  • Tidak berisiko kepada bayi dan ibu

Bena Expectorant - RM32

dari Xepa

product imageBeli di Lazada

Mucolix Syrup

Ubat Batuk Terbaik Untuk Cairkan Kahak

Mucolix Syrup ubat batuk

Mucolix ialah ubat batuk berbentuk sirap dengan kandungan bromhexine yang membantu mencairkan dan memudahkan pengeluaran kahak tebal dalam saluran pernafasan. Selamat digunakan ketika hamil, tiada bukti yang mengaitkan bromhexine dengan kecatatan bayi atau risiko lain.

Apa yang kami suka:

  • Melegakan batuk berkahak seperti batuk berkahak yang teruk atau berlebihan (kahak/lendir pekat yang melekat kuat di dinding tekak).
  • Mudah didapati di farmasi dan sering dicadangkan oleh ahli farmasi.

Mucolix Syrup - RM15.90

dari Xepa

product imageBeli di Shopee

Himalaya Koflet Lozenges

Ubat Batuk Terbaik Jenis Lozenges

Himalaya ubat batuk

Lozenges merupakan sediaan berbentuk gula-gula yang mengandungi ubat berperisa manis yang berfungsi untuk memberi kelegaan dan keselesaan ke atas iritasi rongga tekak. Tiada laporan menyatakan lozenges tidak sesuai digunakan semasa mengandung atau semasa menyusukan bayi.

Himalaya Koflet Lozenges bermanfaat dalam kedua-dua jenis batuk produktif dan juga berfungsi sebagai ubat batuk kering. Tindakan antitussive periferal lozenge Koflet mengurangkan kerengsaan mukosa bronkial manakala kandungan anti-radang Koflet lozenge mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan atas, terutamanya di pharynx dan laring.

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai sifat binaan anti-alergi, antimikrob dan ketahanan imun yang memberikan kelegaan daripada batuk etiologi yang berbeza-beza
  • Mudah digunakan
  • Lebih berkesan berbanding lozenges jenama lain

Himalaya Koflet Lozenges - RM5.53

dari Himalaya

product imageBeli di Shopee

Robitussin Maximum Strength Nighttime Cough DM

Ubat Batuk Terbaik Untuk Hilangkan Batuk Waktu Malam

Robitussin Maximum Strength Nighttime Cough DM ubat batuk

Ubat batuk Robitussin boleh memberi kelegaan batuk serta melegakan simptom akibat demam atau alahan pernafasan dengan menyediakan cecair penahan batuk yang mudah dan cepat diambil.

Memberikan kelegaan yang menenangkan dalam rasa berry yang enak, ubat batuk untuk digunakan pada waktu malam ini dirumus untuk mengawal impuls anda bagi membantu anda tidur daripada gangguan batuk.

Apa yang kami suka:

  • Bahan aktif dextromethorphan-guaifenesin dalam ubat ini selamat untuk penggunaan ibu hamil
  • Walaupun harga lebih mahal namun ia terbukti berkesan membanti ibu tidur lena pada waktu malam

Robitussin Maximum Strength Nighttime Cough DM - RM101

dari Robitussin

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Ubat Batuk Terbaik Selamat Untuk Ibu Hamil

Jenama Kuantiti Harga (RM)
Breacol 60 ml RM16.90
Bena Expectorant 120 ml RM32.00
Mucolix Syrup 50 ml RM15.90
Himalaya Koflet Lozenges 10 biji RM5.53
Robitussin Maximum Strength Nighttime Cough DM 237 ml RM101.00

Petua Legakan Batuk Secara Semula Jadi

Batuk Ketika Hamil Tidak Berbahaya Tetapi Boleh Cuba 5 Ubat Batuk Terbaik Di Farmasi Ini, Selamat Untuk Kandungan

Selain daripada mengambil ubat batuk, batuk juga boleh dihilangkan dengan sumber semula jadi. Kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan pun memang dah ada dalam dapur anda.

1. Madu asli

Tak perlu dinafikan lagi bahawa madu asli mempunyai banyak khasiatnya termasuklah melegakan batuk. Madu boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan semula jadi lain seperti perahan limau nipis dan jus lemon.

Kombinasi madu asli, perahan jus lemon dan air suam menghasilkan ramuan mujarab untuk mengurangkan batuk. Madu mampu menenangkan manakala jus lemon boleh membantu daripada berlakunya kesesakan pada rongga.

2. Air kosong

Salah satu cara semula jadi yang paling mudah adalah meminum air kosong dengan banyak. Batuk yang berlarutan mampu menyebabkan sakit tekak. Jadi, amat penting untuk anda mengekalkan kelembapan tekak dengan meminum air masak. Air masak juga mampu mencairkan kahak dan mengelakkan dehidrasi yang boleh mengundang penyakit lain.

3. Halia

Halia mempunyai pelbagai khasiatnya termasuklah membantu membuang kahak dan melegakan serta mengurangkan pedih pada tekak. Keberkesanan halia terbukti apabila dijadikan teh halia dan diminum secara panas atau suam.

Campurkan pudina segar untuk bantu menghilangkan gatal pada kerongkong. Nak membuat teh halia yang menyelerakan untuk diminum sangatlah mudah. Anda hanya perlu rendam halia dan beberapa helai daun pudina dalam segelas air panas.

Campurkan sedikit madu untuk menaikkan rasanya dan minum teh ini dua gelas sehari.

4. Asam jawa

Asam jawa tidak asing lagi dalam masakan Melayu tetapi tahukah anda asam jawa juga mempunyai khasiat yang mampu melegakan tekak anda?

Nak buat air asam jawa pun sangat senang. Anda hanya perlu campurkan dua sudu asam jawa dengan air suam dan kacau hingga sebati. Jangan lupa tapiskan air asam jawa untuk buang biji dan seratnya.

Walaupun masam, air asam jawa mampu menyamankan tekak dan menyejukkan badan. Minum dua kali sehari untuk kesan yang optimum.

5. Bawang putih

Bawang putih bukan hanya untuk menaikkan rasa dalam masakan tetapi boleh juga menghilangkan batuk. Bawang putih sebenarnya salah satu petua tradisional yang berkesan dan amat mudah. Caranya ialah membakar satu labu bawang putih di atas dapur gas selama 15 minit.

Jangan buang kulitnya dan pastikan ianya tidak terbakar sehingga hangit atau rentung. Selepas 15 minit, buangkan kulitnya dan makan begitu sahaja. Kalau tak berselera makan bawang putih, jangan risau sebab ada cara alternatif yang anda boleh lakukan.

Tumbukkan bawang putih yang dah dibakar tadi dan gaul bersama minyak zaitun atau minyak kelapa dara. Kemudian, sapukan ramuan ini pada leher sekerap mungkin.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Batuk Tak Henti? Ini 7 Jenis Batuk Yang Bahaya Pada Anak-Anak!

Baca juga: Anak Kerap Batuk & Lambat Sembuh, Doktor Saran Ibu Beri Minum Air Kembang Semangkuk

Baca juga: Cara Hilangkan Batuk Bayi Dengan Cepat & Berkesan, Hanya Guna Bahan Dari Dapur!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Nursyamimi

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • 8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

    8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

  • Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

    Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

  • Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

    Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

  • 8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

    8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

  • Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

    Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

  • Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

    Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.