Kenali 7 Ciri-Ciri Batuk Yang Berbahaya Pada Bayi, Ibu Sila Pantau Elak Gejala Bertambah Teruk!

undefined

Ciri-ciri batuk yang berbahaya pada bayi perlu ibu ayah tahu bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk sehingga menjejaskan kesihatan si manja

Tidak semua jenis batuk bayi adalah sama. Sesetengah batuk boleh disebabkan oleh selesema biasa, tapi ada juga batuk lain yang menandakan masalah kesihatan lebih serius! Buat ibu ayah baru, adalah penting untuk anda tahu tentang ciri-ciri batuk yang berbahaya pada bayi.

Hal ini adalah untuk mengelakkan risiko penyakit serius dan langkah rawatan awal boleh dilakukan.

Ciri-ciri batuk yang berbahaya pada bayi 

jenis batuk pada bayi

#1 Jenis batuk seperti menyalak

Jika batuk anak kedengaran seolah-olah seperti menyalak, dan anda lihat dia seperti sesak nafas, maka ia mungkin tanda-tanda batuk croup.

Ciri-ciri batuk yang berbahaya pada bayi ini adalah berpunca daripada virus dalam tekak dan kotak suara yang boleh berlaku jika si manja mengalami selesema. 

Pastikan ibu berikan si manja minum air yang mencukupi bagi mengurangkan gejala batuk ini.,

Walaubagaimanapun, sekiranya keadaan anak masih sama atau bertambah teruk, segeralah untuk membawanya ke klinik bagi mendapatkan rawatan doktor.

#2 Bayi batuk berkahak

Jika bayi batuk berbunyi seperti ada banyak kahak, ia mungkin disebabkan oleh selesema. Seperti batuk croup, berikan anak minum banyak air untuk membantu melegakan gejala.

Cara mengatasi batuk pada bayi jenis ini juga boleh memandikannya dengan air suam untuk membuatkan si manja berasa lebih selesa dan membantu mengurangkan batuk. 

Selsema biasanya akan berpanjangan selama 1-2 minggu, jadi jika anak mengalami selesema yang lebih lama, lebih baik bawa mereka jumpa dengan doktor.

#3 Bayi batuk kering waktu malam

Batuk kering pada anak boleh terjadi disebabkan beberapa faktor iaitu:

  • Persekitaran yang sangat sejuk atau kering
  • Penghawa dingin (AC)
  • Bau yang kuat
  • Tindak balas alahan
  • Kerengsaan saluran pernafasan yang disebabkan oleh selesema
  • Kesan refluks gastrik atau keadaan yang serupa

Batuk kering pada anak ketika waktu malam, ketika cuaca sejuk, atau apabila anak anda melakukan apa-apa aktiviti fizikal, mungkin menjadi petanda asma.

Asma adalah suatu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi radang dan mengecil dan ia menghasilkan lendir yang berlebihan.

Jika anda mengesyaki penyakit asma, bawa anak anda berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

#4 Bayi batuk dengan sengsara

Jika anak mengalami jenis batuk sehingga serak suara, sakit otot, selesema, serta demam yang tinggi, ia menjadi salah satu ciri-ciri batuk yang berbahaya pada bayi dan mungkin petanda selesema influenza.

Influenza atau selesema, adalah penyakit virus yang memberi kesan pada sistem pernafasan.

Cara nak merawat selesema mudah saja – pastikan anak anda minum banyak air dan makan ibuprofen atau acetaminophen. 

Pastikan anak anda sudah mendapat vaksin selesema juga, ya!

#5 Bayi batuk berdehit

Ciri batuk berbahaya yang seterusnya adalah kedengaran parau, gurgling atau seperti bunyi bersiul dan dia perlu menarik nafas dengan cepat, itu tanda-tanda jangkitan bronkiolitis!

Bronkiolitis adalah keradangan bronkiol yang merupakan saluran pernafasan yang paling kecil dalam paru-paru. Ia biasanya berlaku pada bayi semasa waktu sejuk.

#6 Bayi batuk terkokol-kokol

Ciri-ciri batuk yang berbahaya pada bayi adalah terkokol-kokol. Jika si manja mengalami sawan batuk atau batuk lebih daripada 20 kali dalam satu nafas tunggal dan batuk mereka mempunyai bunyi “kokol”, maka ia mungkin batuk terkokol-kokol.

Ciri batuk berbahaya ini adalah disebabkan oleh sejenis bakteria pertusis yang menyerang lapisan saluran udara dan membengkak lalu menghalang saluran pernafasan.

#7 Bayi batuk berbunyi kasar, basah dan berkahak

Jika anak mengalami selesema selama seminggu dan jenis batuk pada anak berbunyi basah dan berkahak, maka ia mungkin boleh menjadi tanda pneumonia.

Pneumonia adalah suatu keadaan berbahaya yang boleh menyebabkan paru-paru anak anda untuk berisi penuh dengan cecair.

Jika anda mengesyaki pneumonia, pastikan anda bawa si manja berjumpa doktor secepat mungkin agar dapat melakukan imbasan.

Masalah anak batuk sampai muntah

Menurut doktor pakar, batuk tidak selalunya merupakan gejala penyakit. Hal ini kerana ia salah satu bentuh pertahanan tubuh ketika adanya debu, kotoran atau benda asing yang masuk ke dalam saluran pernafasan.

Benda asing tersebut menyebabkan rangsangan pada reseptor di saluran pernafasan yang menyebabkan otak menghantar isyarat ke otot di bahagian dada dan perut untuk berkontraksi.

”Kontraksi otot inilah yang menyebabkan udara keluar dan tersembur melalui proses yang kita panggil sebagai batuk.” katanya.

Dalam beberapa kes, seseorang yang batuk dengan teruk tidak hanya batuk sampai muntah, namun boleh terjadi pendarahan sehinggalah patah tulang.

Bayi batuk dan muntah adalah refleksi yang baik

anak batuk kering

Manakala menurut doktor Yazeed Hair Johari, masalah bayi batuk dan muntah ini biasanya berlaku pada umur dua hingga empat tahun.

Setiap kali batuk sampai muntah, namun anak tidak demam dan selera makan ada. Dia juga sihat dan aktif.

Namun ibu jangan panik. Masalah batuk sampai muntah ini adalah biasa. Lebih-lagi jika adanya jangkitan virus yang membuatkan tekak si manja kemerah-merahan, sedikit bengkak mungkin terjadinya demam ataupun tidak.

Bila ada radang tekak, mukos (kahak) akan dirembes dengan lebih banyak. Ia bertujuan untuk memerangkap bendasing, kuman, bakteria dan sebagainya dari masuk ke salur pernafasan .

”Gag reflex” iaitu refleks untuk meluahkan semula apa yang masuk ke dalam tekak. Ianya refleksi yang baik.

Tapi malangnya, dengan adanya lendir kahak yang banyak pada tekak anak ia boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Bila tekak rasa berlendir, mulalah rasa tak selesa. Anak kecil nak meludah tidak pandai lagi. Maka mereka cuba juga untuk meludah sehingga akhirnya menyebabkan gag refleks dan muntah.

Lendir yang banyak ini juga akan terkumpul pada salur makanan dan menyebabkan “Nausea” atau mual.

Perut pun apa lagi, refleks lah. Badan kita akan cuba buang apa sahaja yang akan menyebabkan kurang selesa .

Adakah anak kecil ini memerlukan ubat? Jawapannya ya sekiranya anak demam dan tidak dapat tidur kerana gejala batuk yang kuat.

Cara mengatasi batuk pada bayi

ciri batuk bahaya pada anak

#1. Tepukan percussion

Cara mengatasi batuk pada bayi adalah dengan melakukan tepukan percussion.

Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung. Teknik ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.

#2. Bunga belimbing dan air beras

Cara mengatasi batuk pada bayi dengan kaedah tradisional yang seterusnya adalah bunga belimbing dan air beras.

Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, petua ini boleh dicuba. Caranya adalah denga mengambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.

#3. Lemon, halia dan madu

Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.

#4. Daun basil, oregano dan daun sirih

Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih. Manakala daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun.

Cara mengatasi batuk pada anak adalah dengan perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.

#5. Wap bawang putih dan minyak zaitun

Cara mengatasi batuk pada anak yang seterusnya adalah dengan wap bawang putih dan minyak zaitun. Ambil sebuah besen, masukkan air panas. Riba anak dengan berhati-hati dan hadapkan mukanya kearah besen tadi.

Tutup kepala anak dengan kain lampin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.

Ia dikatakan mampu melancarkan pernafasan. Boleh juga masukkan bawang putih yang telah dibakar dan ditumbuk.

Masukkan di dalam air panas dan sedikit minyak zaitun. Wapkan anak seperti tadi. Dengan izin Allah, cara meredakan batuk pada anak ini amat berkesan untuk si kecil anda.

Normalkah jika anak sering batuk?

Anak sering batuk dan berterusan lebih tiga bulan bukanlah sesuatu yang normal. Ia menjadi antara petanda utama paru-paru mengalami radang akibat jangkitan virus.

Pakar Pediatrik Sri Kota Specialist Medical Centre, Dr Diana Osman, berkata bronkitis berlaku apabila tiub bronkial yang membawa udara di dalam paru-paru mengalami jangkitan dan bengkak.

Katanya, keadaan itu menyebabkan anak sering batuk berterusan, mengeluarkan kahak dan boleh menjadi akut (sesuatu yang baharu berlaku) dan kronik.

Sekiranya si manja anda berdepan masalah ini, doktor mungkin mempertimbangkan rawatan bronkiti seperti memberikan oksigen, ubat parasetamol sekiranya demam dan proses menyedut kahak.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Selalu Batuk Tak Berhenti? Cuba Semak, Ini 11 Sebab Kenapa Bayi Selalu Batuk & Bila Patut Jumpa Doktor

Baca juga:  6 petua semulajadi untuk sembuhkan batuk anak dengan cepat

Baca juga: Anak Batuk Lama Mungkin Menghidap Batuk Kering, Ibu Ayah Waspada 9 Tanda Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!