''Kepalanya Tersepit Di Celah Besi Katil,''- Bayi 7 Bulan Maut Ketika Penjaganya Berbuka Puasa

Bayi 7 bulan dilapor telah meninggal dunia apabila ditemui dalam keadaan kepalanya tersepit pada celah besi katil di salah sebuah asrama berdekatan Jitra

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malang sememangnya tidak berbau. Biarpun kita sudah berusaha menjaga anak kecil sehabis mungkin, namun tetap sahaja risiko bahaya menanti. Begitulah kejadian menyayat hati berlaku terhadap bayi 7 bulan yang dilaporkan meninggal dunia.

Ketika bulan puasa ini, pastinya waktu sahur dan berbuka adalah paling sibuk untuk anda menyediakan hidangan di dapur. Bagi yang ada anak kecil, ibu ayah atau penjaga mungkin akan tidurkan atau meninggalkannya sekejap agar dapat berbuka.

Bayi 7 bulan dilapor meninggal dunia selepas tersepit di celah besi katil

gambar sekadar hiasan

Menurut laporan oleh Harian Metro, seorang bayi lelaki berusia 7 bulan ditemui mati akibat tersepit pada celahan besi katil di sebuah asrama kebajikan di Jitra, Kedah pada Selasa yang lalu.

Menurut sumber, polis telah menerima panggilan daripada sebuah hospital pada jam 8.30 malam berhubung kematian mangsa sebelum bergegas ke lokasi bagi melakukan proses siasatan.

Katanya, ketika kejadiaan terdapat dua pekerja asrama iaitu lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 60 tahun sedang bertugas pada waktu berkenaan.

”Kejadian dipercayai telah berlaku antara jam 7 hingga 8 malam selepas pekerja lelaki dan wanita tersebut meninggalkan bayi 7 bulan itu di atas katil dalam keadaan terbaring bersama bantal di bahagian kiri dan kanannya kerana hendak berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib,”

”Setelah siap solat, wanita itu kemudiannya memeriksa kawasan katil asrama dan terkejut melihat mangsa telah tersepit dalam keadaan kepalanya tersangkut di celah-celah besi katil berkenaan.” jelas pihak polis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Difahamkan asrama itu mempunyai seramai 26 orang penghuni berusia antara 22 hari hingga 15 tahun dengan majoritinya adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan, kurang upaya dan cacat.

Bayi 7 bulan maut ketika tinggal di asrama sementara

Beliau berkata, siasatan awal pihak polis mendapati ada kemungkinan bayi merangkak dan cuba keluar melalui celahan besi katil.

”Manakala pemeriksaan pada badan mangsa juga tidak menemui sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Berikutan kejadian itu, pihak polis telah menahan dua pekerja terbabit bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk dibedah siasat.

Sebelum ini, mangsa dihantar ke asrama tersebut untuk penjagaan sementara sejak 1 April lalu kerana ibu ayahnya kini berada dalam tahanan berkaitan dengan kes dadah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Rodzi Abu Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan siasatan lebih lanjut masih dilakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katil bayi mengundang bahaya tanpa ibu ayah sedar

Antara katil yang populor dan menjadi pilihan ibu ayah adalah jenis drop side baby cot. Biasanya ia memiliki sebelah penghadang yang boleh gelongsor, diturun-naikkan bagi memudahkan anda mengambil atau meletakkan si manja.

Sejak Disember 2010, Consumer Product Safety Commision (CPSC) berpusat di Bethesda, Maryland mengumumkan pengharaman katil ini di seluruh Amerika Syarikat ekoran banyak kecederaan dan kematian bayi berpunca daripada penggunaannya.

Antara bahaya yang boleh terjadi ialah alat gelongsor yang dipasang pada drop-side baby cot berisiko untuk rosak atau patah. Ini sekaligus menyebabkan terbentuknya ruang antara katil dan penghadang sehingga bayi boleh terjatuh, tercekik, lemas atau tersepit di celah ruang tersebut.

Sekiranya ibu ayah memiliki katil bayi jenis ini, sentiasalah melakukan pemeriksaan agar anda tidak tersilap sewaktu memasangnya. Dalam insiden kematian yang disiasat oleh CPSC, ibu ayah tidak sedar bahawa penghadang telah dipasang dengan salah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, anda juga perlu pastikan tiada skru patah atau bahagian yang longgar. Jika ada kerosakan, jangan cuba membaiki sendiri penghadang tersebut kerana antara kes kematian yang dilaporkan adalah berpunca daripada tindakan ibu ayah yang membaiki sendiri katil bayi.

Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa dan berharap kejadian sebegini tidak akan berulang lagi.

Sumber: Harian Metro, 1 dunia anakku

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman 

Baca juga: Terdengar Suara Sesak Nafas, Wanita Ditemui Maut & Bayi 4 Bulan Masih Di Payudaranya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan