Menurut laporan, video pengawasan pusat penjagaan harian di Carolina Utara telah merakam satu adegan yang mengundang marah kerana seorang bayi berusia 3 bulan yang alah kepada laktosa telah diberi susu oleh pekerja pusat penjagaan, tanpa izin! Ibu bayi, Kaycee Oxendina nyata berang dengan tindakan ini!
Menyusukan bayi orang lain boleh mencetus kontroversi. Sesetengah ibu tidak kisah si manja mereka diberi susu badan oleh orang lain. Namun, masih ada ibu yang tidak selesa dengan tindakan ini. Yang penting, tanpa keizinan dari ibu kandung, tiada siapa boleh menyusu bayi sewenang-wenangnya.
Kaycee berhak untuk marah. Laporan memetik, Kaycee hilang sabar kerana bayinya alah pada laktosa dan pekerja di pusat penjagaan tersebut telah diberi amaran khas untuk tidak menyusukan bayinya! Oleh itu, apabila Jaycee terlihat rakaman tersebut, dia hilang pertimbangan.
Lihat rakaman video tersebut di sini:
Apakah itu alahan laktosa (lactose intolerance)?
Hasil tenusu mengandungi laktosa yang harus dipecahkan dengan lebih kecil supaya ia dapat diserap oleh aliran darah. Ia dipecahkan oleh enzim laktase yang dihasilkan badan. Dalam kes alahan laktosa, enzim laktase yang terhasil tidak mencukupi. Maka, ia tidak dihadam dengan baik.
Bayi yang alah pada laktosa kerap membuang najis dalam bentuk cair. Bakteria yang hadir dalam usus akan mengurai laktosa yang tidak dihadam. Hasilnya, gas dalam perut akan meningkat. Oleh sebab ia tidak dipecah menjadi glukosa dan galaktosa, maka bayi akan kehilangan sumber.
Oleh sebab ia tidak dipecah menjadi glukosa dan galaktosa, maka bayi akan kehilangan sumber tenaga utamanya. Apabila kekurangan tenaga, badan akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga utama, lalu mengakibatkan kehilangan berat badan.
Alahan sejak lahir adalah sebuah keadaan luar biasa di mana seorang bayi dilahirkan dengan ketidakupayaan untuk menghadamnya. Jangan khuatir, jika bayi anda memiliki alahan ini, anda akan tahu seawal kelahirannya.
Apa yang boleh dilakukan jika bayi alah kepada laktosa?
- Bagi bayi yang menyusu susu badan, mereka akan mengalami alahan sementara akibat gastroenteritis. Tapi, terus beri susu badan kerana ia akan membantu memulihkan usus kecil bayi anda.
- Bagi bayi yang minum susu formula, jika alahan disyaki akibat gastroenteritis, hentikan minum sebarang produk tenusu sementara waktu. Apabila gejala mula hilang, bayi anda boleh makan seperti biasa dalam masa beberapa minggu.
Tapi, jika tiada sebarang perubahan pada usus atau perut si manja, walaupun selepas mereka mencuba susu formula tanpa laktosa, bawa si manja berjumpa doktor secepat mungkin.
Baca juga:
7 Soalan Pelik Yang Selalu Ibu Fikir Tentang Penyusuan, Ini Jawapan Dari Pakar Laktasi