Bolehkah Bayi 3 Bulan Dilatih Duduk? Ini Tanda Si Manja Sudah Bersedia Untuk Duduk
Secara umumnya, bila bayi belajar duduk dan apa tanda-tandanya?
Pada usia berapakah bayi belajar duduk?
Namun ada juga bayi 3 bulan yang sudah cenderung untuk belajar duduk, persoalannya bolehkah bayi seawal usia ini ajar duduk?
Bolehkah Bayi Belajar Duduk Seawal 3 Bulan?
“Anak saya baru berusia 3 bulan, tetapi dia asyik mahu duduk sahaja.” “Saya perlu menahan belakangnya untuk memberi sokongan. Badan masih lembut pun sudah mahu duduk sendiri.”
Ada tak di kalangan anak anda yang sudah menunjukkan ciri-ciri hendak duduk di awal usia?
Menurut doktor, ia adalah dibenarkan terutamanya jika bayi yang sendiri yang mahu melakukannya, tetapi sebaiknya ibu menyokong belakang bayi.
Bayi Belajar Duduk Pada Usia Berapa?
Kemampuan untuk duduk menandakan bayi mula mengembangkan kemahiran yang semakin kompleks. Ia melibatkan peningkatan kebolehan anak antara motorik kasar dan halus.
Ini juga melibatkan kolaborasi antara otot leher, bahu, perut, punggung serta pinggang. Biasanya si kecil akan melalui tahap meniarap, merangkak, duduk dengan sokongan, hingga dia boleh duduk dengan sendirinya.
Selaras dengan usia, perkembangan setiap anak memang berbeza ya ibu, jadi anda harus sentiasa ingat supaya tidak membandingkan kebolehan anak asalkan si manja sihat dan gembira.
Sebetulnya usia anak bukanlah yang sepatutnya menjadi tanda aras perkembangan si manja. Ibu bapa sebaiknya melihat tanda-tanda yang ditunjukkan oleh bayi, sama ada dia sudah bersedia untuk merangkak, berguling, dan yang tentunya belajar untuk duduk.
Melalui pelbagai proses perkembangannya, biasanya si kecil akan mulai duduk tegak tanpa bantuan di saat usianya memasuki 6 ke 7 bulan.
Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Duduk
Menurut doktor kanak-kanak, Dr. Kurt Heyrman, ada beberapa tanda yang boleh dilihat pada bayi yang sedia untuk duduk.
Namun, ibu bapa sebaiknya terlebih dulu perlu memastikan sekiranya anak sudah mengembangkan kemahiran motornya seperti kemampuan anak menahan lehernya, memiliki keseimbangan, dan memiliki otot-otot tubuh yang kuat.
Secara umum, otot-otot bayi menguat dari kepala hingga kaki, jadi setelah otot lehernya menguat, punggung atas dan punggung bawahnya pula akan menguat menandakan bayi bersedia untuk duduk.
Salah satu tanda bahawa otot-ototnya semakin kuat ialah ketika dia mulai mengangkat kepalanya dari lantai untuk melihat secara horizontal.
Si kecil juga biasanya akan mengiringkan badannya terlebih dahulu, menggunakan lengan, dan menyokong badannya.
Semoga bermanfaat.
Bila bayi akan duduk sendiri tanpa sokongan?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Anisyah Kusumawati dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
Stimulasi Agar Bayi Cepat Duduk Dan Merangkak, Seawal Usia 7 Bulan Ibu Dah Boleh Bantu Mereka!