Sebelum bayi bercakap dan mengeluarkan perkataan pertama, mereka akan menghiburkan anda dengan pelbagai bahasa bayi yang melucukan.
Sebagai ibu ayah, anda hanya perlu menunggu masa bila si kecil perlahan-lahan memberi respon kepada isyarat dan soalan yang diajukan. Namun bilakah waktu dan bagaimana untuk mengetahui si manja anda kini dalam fasa komunikasi?
Bagaimana si manja berkomunikasi? Kajian mendapati bayi bercakap dengan bayi lain
Semasa bayi anda sedang membesar, mereka sebenarnya menangkap apa sahaja bunyi dan perkataan yang berlainan. Bukan itu sahaja, bayi juga cenderung memberikan respon terhadap bunyi yang bernada tinggi.
Walaupun ada yang menggalakkan bercakap bahasa bayi dengan bayi, ada juga yang menekankan kepentingan untuk tidak hanya guna bahasa bayi.
Walaubagaimanapun, beberapa pakar percaya yang bahasa bayi boleh memperbaiki sebutan dan perbendaharaan kata.
Satu kajian baru merungkaikan tentang cara lain untuk bayi berkomunikasi. Menurut kajian baru, bayi belajar huruf vokal lebih baik bila ia datang dari bayi yang lain!
Kajian ini menawarkan cara baru untuk melihat perkembangan bahasa anak anda.
Pengkaji memerhatikan bayi-bayi berusia 5 bulan dan menemui, 40% dari mereka memberi tumpuan apabila mereka mendengar suara bayi lain.
Linda Polka, profesor di Universiti McGill berkata dalam pernyataan yang hasil kajian mereka menunjukkan cara lebih bagus tentang “bagaimana bayi belajar untuk faham percakapan — apa yang mereka belajar bersungguh-sungguh dan apa yang membentuk pengalaman mereka sebagai pendengar dan sebagai orang yang bakal bercakap.”
Aspek menarik dalam kajian bagaimana bayi bercakap
- Pengkaji menggunakan synthesizer untuk membuat bunyi manusia pelbagai usia.
- Mereka beri bayi duduk di hadapan skrin berbentuk checker yang akan tutup dengan sendiri apabila bayi melihat tempat lain.
- Mereka mendapati yang bayi lebih berminat untuk melihat skrin apabila mereka mendengar bunyi huruf vokal dari suara bayi.
- Suara dewasa yang paling lantang boleh menyerupai vokal akustik bayi.
- Apabila bayi mendengar rakan mereka bercakap, ia membantu mereka mengembangkan aspek penerimaan, ekspresif dan motivasi untuk perkembangan bahasa mereka
- Tambah lagi, mereka melakukan ujian yang sama pada bayi berusia tujuh bulan dan mereka masih memberi tumpuan ada bunyi yang datang dari bayi lain.
Tips mengembangkan bahasa si manja
Walaupun bayi suka bunyi dari bayi lain, ibu dan ayah masih boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa si kecil semasa tahun pertama hidupnya.
Bayi selalunya mengutarakan perkataan pertama mereka pada usia 11 ke 14 bulan. Tapi perkembangan bahasa mereka berterusan berkembang apabila mereka semakin membesar.
0 ke 6 bulan
- Kekalkan eye contact. Pegang bayi anda dengan rapat semasa bercakap dengan mereka. Mereka suka lihat muka anda.
- Nyanyi untuk anak anda. Seperi yang diberitahu, bayi lebih tertarik pada suara lantang dan suara nyanyian.
- Mengulang kembali bunyi yang mereka buat boleh membantu memperbaiki penerimaan perkembangan bahasa mereka.
- Sentiasa bercakap dengan mereka. Semasa menyuap mereka, tukar lampin, luangkan sedikit masa untuk berkomunikasi.
6 ke 12 bulan
- Baca buku untuk mereka. Anda tak perlu mengajar mereka untuk membaca buku pada usia seawal ini, tapi dengan membaca perkataan dan menunjukkan gambar, ia akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk mendengar suara anda,
- Main permainan dengan mereka. Ini bukan sahaja boleh mendorong mereka untuk berkomunikasi, malah ia mengajar mereka untuk menunggu giliran dan beri perhatian.
- Tunjuk objek di sekeliling anda dan beritahu mereka nama dan bentuk objek tersebut.
- Jangan pakaikan puting sehingga waktu tidur. Ada kajian mengatakan jika beri bayi anda puting sepanjang hari akan beri kesan pada perkembangan percakapan mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Singapore
Baca juga: Kerap Berbual Dengan Bayi Dapat Merangsang Otak & Membuatkan Anak Lebih Bijak
Baca juga: Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!
Baca juga: Kalau Anak Ada 9 Ciri Lambat Bercakap Ini, Ibu Ayah Tolong Segera Berjumpa Pakar!