6 peraturan pelik ketika bersalin bayi diRaja yang perlu Kate Middleton patuhi, kesiannya!

Ha... jangan ingat jadi kerabat diraja nampak indah saja. Sebenarnya, Kate Middleton pun perlu ikut 5 peraturan ini ketika melahirkan bayi diRaja. Kasihan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa mana yang tidak gembira menyambut kelahiran bayi tercinta mereka? Tapi bagi Kate Middleton yang kini sedang sarat hamil anak ke-3, ada beberapa peraturan pelik yang harus beliau ikut ketika bersalin dan menyambut bayi diRaja.

Almaklumlah, kerabat diRaja kan? Maka, proses bersalin dan proses mengumumkan kelahiran tidaklah semudah macam orang biasa seperti kita ini. Anda tertanya-tanya apa peraturan pelik yang harus dipatuhi oleh Kate Middleton?

Jom semak senarai yang kami beri ini!

6 peraturan pelik ketika bersalin dan menyambut bayi diRaja di Britain

1. Permaisuri harus jadi orang pertama yang tahu tentang kelahiran bayi diRaja itu!

Permaisuri Elizabeth II harus menjadi orang pertama yang mendapat perkhabaran gembira tentang kelahiran bayi diRaja.

Jadi, sebelum Istana Buckingham mengumumkan ia dalam pengumuman rasmi, mereka harus memastikan Permaisuri tahu dulu tentang perkhabaran ini. 

Masa Putera George lahir, Putera William siap buat panggilan telefon yang telah disulitkan kepada Permaisuri untuk mengumumkan kelahiran cahaya mata sulungnya itu. 

Kalau mengikut tradisi, pengumuman tentang kelahiran akan ditulis dengan tangan. Tapi kini ia telah ditaip oleh doktor selepas ibu selamat bersalin. Pengumuman itu akan dipamerkan di atas satu easel yang kemudiannya ditayang di depan Istana untuk umum.

Namun, Putera William dan Kate satu-satunya pasangan kerabat diRaja yang menggunakan Twitter untuk mengumumkan kelahiran anak mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Laungan berita gembira yang akan dibuat

Berita gembira tentang kelahiran bayi diRaja akan diumumkan kepada umum oleh pelaung bandar sejak dulu lagi. 

Sekarang, Tony Appleton akan bertugas sebagai pelaung bandar untuk melaungkan berita gembira ini pada masyarakat. Beliau juga mengumumkan tentang pertunangan Putera Harry dengan Meghan Markle!

3. Bayi diRaja harus dilahirkan di Istana

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Daily Mail

Tradisi yang harus dipatuhi oleh mana-mana kerabat diRaja adalah bayi diRaja tersebut perlu dilahirkan di Istana rasmi. Permaisuri Elizabeth melahirkan anak-anaknya di Istana Buckingham.

Tapi, mendiang Puteri Diana memecahkan tradisi ini. Putera William adalah bayi pertama yang lahir di Hospital St Mary’s (Lindo Wing) , kemudian diikuti dengan adiknya, Putera Harry.

Kini, Kate pun melahirkan anak pertama dan keduanya di sana. Akan tetapi untuk bayi diRaja ketiga yang sedang dikandungnya ini, Kate dikatakan memilih untuk bersalin di rumah.

4. Bapa tidak dibenarkan masuk dalam bilik bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu lagi peraturan penting dalam keluarga kerabat diRaja adalah bapa tidak dibenarkan masuk dalam bilik bersalin.

Namun sekali lagi, Puteri Diana dengan beraninya melanggar peraturan ini ketika Putera William dilahirkan!

5. Gaun untuk pembaptisan

Kredit: Mario Testino / Art Partner

Semua bayi diRaja diwajibkan untuk memakai satu replika gaun pembaptisan yang penting. Replika ini diambil dari gaun pembaptisan asal pada tahun 1841 di mana ia buat pertama kalinya digunakan oleh anak sulung Permaisuri Victoria, Albert Edward/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dulu, gaun asal ini pernah dipakai oleh Putera Charles, Putera William dan Putera Harry. Tapi sekarang, keluarga diRaja ini telah menyimpan gaun asal, maka mereka hanya akan menggunakan replika. 

Peraturan penting yang harus anda ikut sebelum bersalin

Walaupun peraturan untuk bersalin bayi diRaja agak pelik dan mungkin tidak sesuai dengan orang biasa seperti kita, namun ada juga beberapa peraturan yang wajib kita ikut.

Bukan apa, setiap peraturan ini demi kesihatan bayi dalam kandungan kita juga. Jadi ini antara saranan theAsianparent Malaysia:

  • Jangan tertinggal temujanji anda! Tak kiralah sama ada temu janji dengan gynaecologist atau pakar nutrisi.
  • Dapatkan insurans maternity untuk bayi anda. Ia bagus bagi melindungi anda dan anak-anak dalam pelbagai perkara kecemasan
  • Sentiasa semak maklumat pelan kelahiran anda.
  • Beritahu keluarga/kawan jika anda mahu pelawat atau tidak ketika di hospital dan rumah nanti. Mudahlah mereka nak merancang jika ingin melihat anda
  • Pilih siapa yang perlu menemani anda dalam bilik bersalin
  • Pergi ke hospital untuk melihat apa kemudahan yang disediakan
  • Sediakan bilik atau perkakas barang-barang bayi
  • Sediakan beg yang perlu dibawa ke hospital. Jangan tertinggal apa-apa! Letak ia siap-siap dalam kereta, ya?

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Daily Express

Baca juga:

https://my.theasianparent.com5-sebab-mengapa-kate-middleton-jarang-membeli-pakaian-untuk-anak-anaknya/

 

Penulis

Ayu Idris