Bayi Kerap Gosok Mata, Selain Mengantuk Ini 5 Tanda Ibu Ayah Patut Tahu

Apabila bayi gosok mata, ini tidak selalunya bermakna bayi anda mengantuk. Baca terus untuk mengetahui sebab-sebab lain bayi suka menggosok mata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai orang selalu rasa, “ala… comelnyeeee” apabila nampak bayi gosok mata. Tetapi selain nampak cute, tahu tak ibu bapa bahawa apabila bayi gosok mata, ada sebab-sebabnya?

Mengapa bayi gosok mata?

#1 Bayi anda mahu tidur

Apabila nampak bayi gosok mata dan menguap, ini adalah tanda si manja anda sudah mengantuk dan letih. Tetapi, mengapa mereka menggosok mata ya?

Apabila si manja sudah letih, matanya pun akan rasa penat. Jadi sama seperti mengurut untuk melegakan sakit otot, menggosok mata dapat membantu mata yang keletihan. 

Langkah pencegahan:

Perhatikan si manja anda untuk tanda-tanda mengantuk dan keletihan. Apabila bayi gosok mata dan menguap, ini adalah tanda-tanda bayi anda memerlukan tidur. 

Kenali rutin tidur bayi anda dan pastikan ibu bapa tidurkan si manja mereka pada masa yang sepatutnya. 

#2 Mata bayi anda rasa kering

Mata manusia dilindungi oleh lapisan air mata, yang boleh tersejat apabila terdedah kepada udara untuk jangka masa panjang. Akibatnya ialah mata yang rasa kering dan kurang selesa sehingga menyebabkan bayi gosok mata untuk melegakan matanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila digosok, ini akan merangsangkan pengeluaran air mata untuk melembapkan mata yang rasa kering.

Langkah pencegahan:

Sekiranya keadaan mata si manja selalu kering, periksa dulu, adakah bayi anda dehidrasi? Kalau tidak, ibu bapa boleh rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

#3 Bayi anda sedang belajar tentang diri sendiri:

Selain rasa mengantuk dan mata yang kurang selesa, terdapat sebab lain mengapa bayi gosok mata. Ia mungkin disebabkan oleh perkembangan motor yang membolehkan si manja untuk menyentuh dan mengenali benda-benda baru.

Jadi, jika ibu bapa nampak bayi mereka sedang menyentuh atau menggosok mata, mungkin si manja sedang cuba memahami cara badannya bertindak balas terhadap sentuhan. Ini seiring dengan perkembangan bayi yang baik dan adalah perkara yang normal.

#4 Bayi anda terpegun

Adakah si manja tertarik dengan visual yang luar biasa apabila keluar jalan-jalan? Rangsangan yang terlampau banyak, contohnya dari permainan dengan lampu yang sangat terang, juga boleh menyebabkan bayi gosok mata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Si manja mungkin akan tutup matanya sementara seolah-olah mengelak kemudian menggosok mata.

Langkah pencegahan:

Jika ini berlaku, alihkan perhatiannya dengan menunjukkan mainan dengan kurang merangsangkan. Lagipun, perhatian bayi anda pada masa ini agak pendek, oleh itu dia mudah terganggu.

#5 Terdapat sesuatu di dalam mata bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab terakhir mengapa bayi kerap melakukan habit menggosok mata ialah jika ada sesuatu yang masuk ke dalam matanya. Mungkin ada habuk ataupun bulu halus yang masuk ke dalam matanya.

Naluri pertama ialah untuk menggosok mata kerana ingin mengeluarkannya. Tetapi apabila bayi gosok mata, ini boleh menyebabkan kecederaan akibat benda yang mencalar permukaan mata.

Sebaliknya, celup kapas ke dalam air sejuk dan perah sedikit air ke atas mata dengan perlahan-lahan untuk mengeluarkan benda kecil itu.

Dalam kes teruk dan mata si manja kelihatan berair dan merah, ini mungkin tanda jangkitan. Bawa anak ke klinik dan doktor mungkin akan memberi penitis ubat mata untuk merawatkannya. Peringatan: Jangan gunakan kapas yang sama untuk kedua-dua mata untuk mengelak dari berjangkit.

Langkah pencegahan:

Jangan bawa bayi anda ke tempat yang kotor dan berdebu. Jika terpaksa dan tidak dapat dielakkan, lindungi mata si manja sehingga keluar dari tempat itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips untuk mengelak bayi gosok mata

Untuk mengurangkan kecederaan dan calar pada mata, anda perlu elakkan bayi anda daripada menggosok matanya. 

  • Pakaikan sarung tangan
  • Alihkan tangan mereka dari kawasan mata kemudian berikan permainan untuk mengalihkan perhatian mereka
  • Tetapkan waktu tidur yang tepat untuk bayi.
  • Jangan biarkan bayi menonton tv atau gajet terlalu lama. 
  • Sentiasa pastikan anak anda cukup minum susu atau air (untuk bayi 6 bulan ke atas)
  • Jika bayi kerap menggosok mata dari kebiasaan ada kemungkinan mata bayi kering, bawalah ke klinik dan dapatkan nasihat doktor.

Semoga membantu!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mom Junction

Baca juga: Fasa Bayi Memasukkan Benda Ke Dalam Mulut, Ini Yang Ibu Ayah Patut Peka 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio