Pelik Tiba-Tiba Bayi Hilang Dalam Kandungan, Betul Ke Ia Berkaitan Alam Ghaib?

Ini punca dan cara mengatasi bila berlakunya kehilangan bayi dari dalam kandungan. Adakah ia berkaitan dengan unsur mistik?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahniah, puan hamil dua bulan! Ini adalah detik yang paling ditunggu-tunggu buat suami isteri yang mengimpikan cahaya mata dalam perkahwinan mereka. Namun, bila sudah menginjak ke usia lapan bulan, tiba-tiba bayi hilang dalam kandungan!

Ini yang berlaku pada pasangan suami isteri yang tinggal di Kedah apabila bayi yang dikandung si isteri tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan melalui imbasan ultrasound.

Menurut wanita ini, beliau melakukan pemeriksaan kehamilan di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur. Namun, kelahiran yang ditunggu itu tidak menjadi kenyataan.

Walau bagaimanapun, ujarnya dia mendakwa terasa lenguh badan, perut memulas dan demam panas pada hari terakhir sebelum kandungannya hilang. Bahkan doktor turut memberitahu rahimnya normal seperti mana wanita lain yang tidak hamil.

Tiba-tiba bayi hilang dalam kandungan, apa yang berlaku sebenarnya?

Sebenarnya, sudah ada banyak laporan media yang mendedahkan berkaitan isu ini dan ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah seluruh dunia tanpa mengira bangsa, status, kepercayaan agama dan latar belakang keluarga.

Menurut Prof Madya Dr. Jamiyah Hassan Universiti Malaya (PPUM), keadaan ini dipanggil sebagai pseudosiesis atau istilah inggerisnya phantom pregnancy.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa itu Pseudosiesis?

Pseudosiesis adalah satu keadaan yang lazimnya bersifat psikosomatik yang ada kaitan dengan gangguan faktor mental dan fizikal hingga menyebabkan perubahan pada badan seakan sama dengan sosok tubuh wanita mengandung.

Jelas Dr. Jamiyah lagi, jika seseorang wanita itu terlalu percaya atau berharap dirinya hamil, maka tubuhnya akan menghasilkan hormon yang boleh menyebabkan perubahan tertentu. Antara simptom paling jelas seperti rasa mual, tegang perut dan berat badan naik.

Hujah dari sudut medikal dan psikologi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Minda menipu tubuh

Jika minda seseorang wanita mula menipu tubuh, maka paras estrogen akan naik kemudiannya disusuli pula dengan sakit, stress dan tertekan maka semua wanita akan mengalami gangguan dalam tubuh seperti kelewatan haid, rasa loya dan muntah.

Selain itu, ketidakseimbangan hormon ini juga boleh menyebabkan payudara membesar dan menghasilkan susu.

Bahkan, perut yang semakin membesar itu pula disebabkan lebihan lemak yang terkumpul hingga merasakan seolah-olah ada pergerakan dari dalam yang bukannya gerakan janin.

#2. Imbasan memberi harapan palsu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Otak memainkan peranan penting dalam memberikan sesuatu isyarat pada tubuh hinggalah timbulnya konsep kepercayaan. Ia sama seperti wanita yang ingin hamil hingga mendorong kehendak tersebut.

Oleh sebab itu, wanita tersebut perlu mendapatkan sokongan dari keluarga dan dibimbing secara psikologi melalui sesi pertemuan dengan kaunselor atau pakar psikiatri.

Hujah dari pusat rawatan Islam

Bagi menjelaskan hujah ini, Pakar Khidmat Runding dan Nasihat Spiritual dari Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien, Engku Ansaruddin Agus mengakui pernah merawat lebih kurang 10 wanita yang mengalami gangguan emosi dek kerana hal ini.

Menurut wanita yang pernah dirawat mereka bermimpi entiti yang mengingatkan kandungan tersebut bukan milik mereka dan akan diambil semula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau sendiri tidak menolak kemungkinan wanita hamil itu disebabkan tumpangan dari makhluk halus namun perhubungan antara manusia dan jin tidak boleh hasilkan anak manusia.

Namun, anak dari kaum jin yang akan bertambah jika berjaya memperdaya manusia walau cara apa pun.

Oleh sebab itu, ibu perlu kembali taat kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah supaya diri tidak mudah ditipu dengan helah syaitan dan jin.

Cara menghindari gangguan syaitan dan jin terhadap bayi dalam kandungan

#1. Hapuskan kedatangan pintu untuk jin dan syaitan masuk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika bayi hilang dalam kandungan, maka kita perlu selidik jika adanya amalan khurafat dalam keturunan. Sekiranya ada, maka segala barang yang diwariskan sepert senjata, perhiasan dan barang kemas perlu dihapuskan.

#2. Sentiasa membaca bismillah

Allah menyuruh hambaNya sentiasa mengingatNya dalam setiap amalan supaya dapat dijauhi dari gangguan makhluk halus. Ia memadai dengan menyebut Bismillah setiap apa yang anda ingin lakukan.

#3. Mohon perlidungan dari Allah SWT

Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk membaca doa ini semasa bersetubuh iaitu:

“Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau akan kurniakan kepada kami (berupa zuriat yang lahir dari persetubuhan ini)”.

Manakala ibu mengandung pula amalkan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Semuanya dengan tujuan supaya dapat hindari makhluk halus dari menggangu kandungan.

#4. Sentiasa menjaga akhlak dengan makhluk tuhan

Ingatlah, di atas muka bumi ini turut dihuni oleh makhluk lain maka berbuatlah baik jua dengan mereka dan berhati-hati setiap perilaku anda.

Justeru, pasangan yang menantikan kelahiran atau sedang hamil mestilah mengamalkan dan memohon perlindungan Allah melalui solat taubat, solat hajat, membaca Al-Quran dan banyakkan berdoa.

Selain hindari dari unsur-unsur yang melalaikan dan mengandungi perkara khurafat. Semoga suatu hari nanti ada degupan jantung yang berdenyut dalam rahim anda.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

Sumber: Dahtauker 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga 

Menangani kehilangan…