''Jangan Makan Banyak Kicap, Nanti Anak Lahir Gelap!''- Doktor Tampil Jelaskan Mitos Ini

undefined

Bayi hitam atau memiliki kulit gelap dikatakan terjadi disebabkan oleh ibu makan kicap ketika mengandung. Namun adakah ia benar?

Pemakanan ketika mengandung amat dititikberatkan bagi menjaga kesihatan ibu dan menggalakkan perkembangan bayi dalam kandungan. Namun pernahkah anda dilarang minum kopi atau makan kicap dengan banyak kerana dikatakan punca kulit anak menjadi gelap atau bayi hitam?

Disebabkan itulah ramai ibu berasa takut dan berjaga-jaga dalam pemakanan seharian kerana tidak mahu anak menjadi mangsa nanti.

Makan kicap menyebabkan bayi hitam, ini penjelasan daripada doktor

Seorang doktor yang aktif membuat perkongsian di Facebook, Muhammad Izzat tampil mendedahkan mengenai perkara tersebut.

”Jangan makan banyak sangat kicap tu. Kang anak yang dikandung jadi gelap, macam kicap tu gak!”- ujar makcik Senah kepada anaknya yang baru disahkan mengandung dalam 4 bulan.

makan kicap ketika mengandung

credit to sources

”Ko jangan degil dengar cakap mak. Keluarga kita semua berkulit putih, cerah-cerah. Anak kakak ko si Betty tu, tengok anak dia dah hitam legam. Betty degil tak nak dengar cakap mak dulu.”

”Budak-budak sekarang ni bukannya boleh ditegur sikit. Cakap kita kolot lah apa lah. Padahal aku yang makan garam dulu dari korang tau”- tambah makcik Senah bila anak yang dileteri mencebikkan muka bila dihalang makan kicap.

Masalahnya, betul ke makan kicap boleh menyebabkan anak yang dikandung jadi gelap macam kicap tu? Tapi digalakkan pula ibu mengandung ni ambil minuman soya banyak-banyak katanya anak boleh jadi putih ikut kacang soya tu.

Dia lupa ke yang kicap tu sebenarnya berasal dari kacang soya? Pening oi pening!

Tidak salah makan kicap ketika mengandung

ibu mengandung makan kicap.jpg

credit to sources

Meh ler saya jelaskan sikit dekat sini:

  • Warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi. Hal ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicerna di dalam sistem penghadaman dan diserap ke dalam badan.
  • Molekul yang sudah tercerna inilah yang akan diterima oleh bayi melalui uri (plasenta). Penggunaan molekul makanan yang tercerna tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit bayi.
  • Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan sebatian ini dan kulit mereka kelihatan sangat putih. Bukan kulit je sangat putih, malah kening dan rambut mereka akan kelihatan putih kerana sebatian melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka ini dikatakan penghidap penyakit Albino.

Jadi sudah jelas sebenarnya pemakanan tidak mempengaruhi warna kulit bayi. Tapi sebenarnya bergantung pada perwarisan genetik- iaitu warna kulit mak atau ayah bayi itu sendiri.

Penyelesaiannya mudah saja. Kalau nak sangat baby putih melepak, anda kenalah berkahwin dengan mat salleh yang putih melepak.

Faktor yang menentukan warna kulit bayi selepas dilahirkan

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Skin Research and Technology menunjukkan bahawa kulit bayi akan berubah secara signifikan seiring bertambahnya usia.

Ada beberapa faktor bagi menentukan warna kulit anak mengikut ibu atau ayah, iaitu: 

#1. Melanin

makan kicap anak gelap

credit to sources

Semakin banyak melanin dalam kulit, semakin gelap warna kulit anak atau bayi hitam sedikit. Warna kulit ditentukan oleh gen-gen yang terlibat dalam regulasi melanin iaitu suatu zat kulit yang menentukan pigmentasi.

Bayi akan mewarisi gen warna kulit dari ibu ayah kandungnya, campuran gen yang berbeza akan menentukan warna kulit yang sebenar.

#2. Hormon estrogen dan progesteron

Selain itu, warna kulit anak turut dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesteron. Estrogen dikatakan dapat menggelapkan kulit, manakala progesteron pula mencerahkannya.

Bukan itu sahaja, terdapat dua molekul yang mirip dengan hormon ini. Ia mengaktifkan reseptor bagi merangsang penggelapan (tanning) dan pencerahan kulit tanpa merangsang perubahan pada bahagian tubuh lain.

#3. Faktor yang lain

Ternyata warna kulit anak juga ditentukan oleh beberapa faktor yang lain seperti:

  • Alergi
  • Kerosakan kulit
  • Terdedah sinar matahari
  • Terdedah bahan kimia tertentu
  • Kebersihan si kecil

Sumber: Muhammad Izzat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sanggup Nenek Cakap Cucu Hitam Macam Kuali, Anak Rasa Terhina Dengan Perlakuan Emak Pada Anaknya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!