X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sanggup Nenek Cakap Cucu Hitam Macam Kuali, Anak Rasa Terhina Dengan Perlakuan Emak Pada Anaknya

5 min bacaan
Sanggup Nenek Cakap Cucu Hitam Macam Kuali, Anak Rasa Terhina Dengan Perlakuan Emak Pada Anaknya

Biasanya orang tua memang sayangkan anak cucu mereka kan? Tapi lain pula dengan kisah yang dikongsikan oleh wanita ini apabila anaknya dilayan acuh tak acuh hanya sebab berkulit gelap

Pernah tak anda melihat anak cucu dibenci oleh seorang nenek secara realiti? Ini kerana biasanya adegan benci membenci anak cucu ini dilihat dalam drama Melayu di tv sahaja. Tapi rupanya ia turut berlaku dalam sesetengah keluarga.

Namun sebenarnya cucu adalah anugerah yang cukup terindah bagi datuk dan neneknya kerana ada pewaris zuriat mereka. Malah, nenek dilihat akan tatang si cucu bagaikan minyak yang penuh dan memberi sepenuh kasih sayang terhadap cucunya.

Bahkan, kalau kita lihat setiap apa yang cucu nak akan ditunaikan sepenuhnya walaupun ibu bapa cucu itu melarang tapi nenek sanggup lakukan apa sahaja.

Tapi lain pula yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila anaknya dibenci oleh nenek dan memberikan layanan yang berat sebelah terhadap anak-anaknya berbanding cucu yang lain.

Nenek benci anak cucu

anak cucu

Menurut wanita tersebut, dia sekadar ingin meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hatinya terhadap ibu kandungnya sendiri yang selalu memberi layanan berbeza terhadap anak-anaknya berbanding cucu-cucu yang lain.

“Boleh dikatakan sudah lama saya memendam perasaan ini apabila ibu kandung saya sendiri terlalu membezakan anak-anak saya berbanding cucunya yang lain,” luahnya.

Menurutnya lagi, dia berkahwin dengan suaminya sejak 10 tahun yang lalu dan kini anak sulungnya telah berumur 8 tahun manakala adik- adiknya yang lain berumur 6 dan 4 tahun.

“Sesungguhnya, anak-anak saya inilah kehidupan saya kini. Malah mereka ini anak yang baik. Itu memuatkan kami suami isteri terlalu menyayangi anak-anak kami,” katanya.

Namun, kisah sedih bermula sejak dia melahirkan anak sulung dan tidak dinafikan kulit anaknya sedikit gelap dan tidak cerah seperti mana bayi lain.

Walaupun kelihatan sedikit gelap, namun keletah anak saya tetap nampak comel dan dia sungguh menyayanginya. Tapi berbeza pula dengan ibunya yang menganggapnya degil kerana masa hamil banyak langgar pantang!

“Sewaktu hamil, mak mengatakan saya degil dan langgar banyak pantang larang sampai terkenan.

“Tak cukup dengan itu, dia tuduh saya banyak makan kicap dan selalu buat kopi untuk suami.

“Lebih menyakitkan, dia selalu memanggil anak sulung kami hitam legam macam bontot kuali. Masa itu hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati saya,” tuturnya lagi.

Nenek tolak cucunya sendiri

cucu

Apatah lagi, sewaktu anaknya masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Dia pasti berlari keanakan untuk salam dan peluk neneknya.

Namun, ibunya tidak nampak dan langsung tidak menghiraukan anaknya itu terutama bila anak cucu-cucu yang lain turut pulang ke kampung.

“Kemudian bila anak sudah menginjak ke sekolah tadika dia mula faham dan tahu yang nenek tidak sukakan dia.

“Anak selalu tanya kenapa nenek tidak sayangan dia. Masa disoal begitu rasa nak mengalir air mata ini kerana anak saya sudah faham nilai kasih sayang itu dan tahu siapa yang tidak menyukainya.

“Pada firasat saya, mungkin dia tidak suka anak sulung saya sahaja tapi rupanya tidak. Semua anak saya dia tetap tak suka walaupun yang bongsu itu putih kulitnya.

“Semasa itu rasa pelik dan mencari mana silapnya kami sekeluarga ini. Malah dengan saya dan suami juga mak makin jauh. Sampaikan rasa malas nak balik rumah mak sendiri!

“Bulan lepas sebelum PKP, ada kami sekeluarga balik kampung tapi perangai mak tetap sama. Anak-anak nak bersalam dengannya langsung dia tolak begitu saja sampai jatuh anak bongsu saya.

Meluahkan apa yang terbuku di hati 

cucu kandung

Disebabkan tidak tahan dengan perilaku emaknya, wanita ini terus menyuarakan rasa di hati.

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

“Mak ini mengapa, sampai ke hari ini layan kami begini, kenapa benci sangat dengan kami sekeluarga?

“Kalau macam ini perangai mak pada kami sekeluarga setiap kali kami pulang ke rumah, adalah lebih baik saya tidak pulang kesini lagi kalau itu membahagiakan mak.

“Masa itu, mak terdiam tidak bercakap apa dan hanya nampak dia menangis. Tapi tak tahu menangis sebab menyesal atau kerana anaknya menderhaka pada dia. Kemudian saya ajak suami balik sahaja tapi disebabkan letih kami bermalam di hotel.

“Sejak PKP ini sudah lima bulan kami tidak pulang ke kampung sampai saya tidak rasa untuk call atau mesej mak.

“Bayangkan bertahun-tahun kami dihina atas sebab yang tidak diketahui. Tapi apa yang saya pasti puncanya anak-anak saya tak comel macam anak cucu yang lain.

“Ada ayah telefon untuk memujuk dan memberitahu rindu anak cucunya tapi saya beritahu ayah biarlah hati dan perasaan remuk ini pulih dahulu barulah saya akan pulang serta belum sedia untuk memaafkan mak di atas perbuatan yang dilakukan pada anak saya.

“Anak saya tidak diminta untuk dilahirkan dengan keadaan kulit yang gelap dan semuanya ini adalah ketentuan yang Maha Esa. Asalkan mereka dilahirkan baik, cukup sifat dan membahagiakan, itu sudah cukup buat saya bersyukur.

“Diharap kalian yang membaca ini mendoakan saya agar perasan yang remuk ini kembali pulih untuk maafkan emak saya.

“Saya tidak mahu kejadian ini berulang lagi di masa akan datang,” akhirinya.

***************

Bagaimana dengan padangan anda terhadap apa yang berlaku pada ibu ini? jom kongsikan pandangan anda itu di ruangan komen bawah. Mana tahu anda juga ada pengalaman yang sama? 

Sanggup Nenek Cakap Cucu Hitam Macam Kuali, Anak Rasa Terhina Dengan Perlakuan Emak Pada Anaknya

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nenek Pilih Kasih, Cucu Kesayangan Dipuji Melambung, Yang Lain Tersisih

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Sanggup Nenek Cakap Cucu Hitam Macam Kuali, Anak Rasa Terhina Dengan Perlakuan Emak Pada Anaknya
Kongsikan:
  • Mana Satu Cucu Aku Ni... Datuk Guna Sepanduk Jemput Cucu Balik Sekolah

    Mana Satu Cucu Aku Ni... Datuk Guna Sepanduk Jemput Cucu Balik Sekolah

  • Mengapa Orang Tua Selalu Bandingkan Cucu? Ini Sebab & Cara Mengatasi

    Mengapa Orang Tua Selalu Bandingkan Cucu? Ini Sebab & Cara Mengatasi

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
    Stories Rakan Kongsi

    Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

  • Mana Satu Cucu Aku Ni... Datuk Guna Sepanduk Jemput Cucu Balik Sekolah

    Mana Satu Cucu Aku Ni... Datuk Guna Sepanduk Jemput Cucu Balik Sekolah

  • Mengapa Orang Tua Selalu Bandingkan Cucu? Ini Sebab & Cara Mengatasi

    Mengapa Orang Tua Selalu Bandingkan Cucu? Ini Sebab & Cara Mengatasi

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
    Stories Rakan Kongsi

    Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.